beli membeli


Update terakhir:

Salam

Celik mata bangun dari tidur jahh di kampung
Otak sesetengah manusia
Fikir  beli membeli.

Beli makanan
Beli sarapan
Kalau hidup sebatang kara
Rm5.00  sudah cukup.  Alhamdulilah. Teh satu, karipap satu, nasi lemak 1.

Kalau hidup berdua
Rm10.00 sarapan lebih dari mencukupi.
Tetapi rm5.00 pun dah cukup
Jika suami isteri mau berkongsi
Ikan goreng bahagi 2,
Timun batang bahagi 2,
Sambal setengah sudu seorang
Ayam jika ada
Kau sikit
Aku sikit
Ok tak?
Kita amal sunnah Nabi Muhammad  s.a.w
Makan bertalam.  Semua kongsi.
Ok tak?  Kau mau?

kalau balik anak cucu 10 orang pun
rm10.00 pun sudah cukup.
kita makan berkongsi kongsi.
waktu sarapan?

Dulu nenek bangun jam 4 pagi
masak pulut
parut kelapa
goreng 2, 3 ekor ikan kering
rebus ubi kayu

kita makan bertalam
dengan kopi ore
sedap..semua sedap.
Tak payah belanja banyak banyak.
Tinggi ekonomi.
simpan duit beli tanah sikit sebanyak di kawasan pedalaman kampung.
Boleh?

  1.  sekarang susah cari nenek seperti di atas.  Kalau ada  panggil pemberita akhbar Sinar.
    sekarang nenek berduit.
    duit pencen nenek banyak.
    Atuk kau?
    Lama dah atuk mati.  R  I  P.
    oleh itu nenek ada pencenlah.

kalau arwah atuk constable  polis
pencen nenek paling kurang rm1K, 1.5K
itu mcm lah.

kena pulak nenek jenis jimat cermat.  Semua pokok dia tanam.  Dari pokok lada hingga pokok durian belanda semua ada cucu.
ayam itik ada dlm reban. Bangun cucu .. g  kutip telur ayam itik tu. Kambing, lembu ada juga. Susu lembu jgn cakaplah.  Kerjakan ttik lembu betina tu .. perah steady steady ..1 baldi susu lembu segar ada. Tapi kau berani ke  cucu? He he he.  Bukan senang handle barang tu cucu?
kereta atuk ada
tetapi jarang nenek bawak.
takut
takut itu
takut ini.  Hantu takut. Polis takut. Saman polis ..lagilah takut.
wal hasil dah lama kereta atuk tak bergerak ke mana mana.
Bila cucu balik
nenek cukup seronok.

why?
duit pencen dia
bolehlah dibelanjakan
bnyk bnyk.  Time ni boleh tunjuk ..nenek ada duit lah.

satu pagi  setakat
RM40 pun ok
satu mlm rm100
pun ok

kalau cucu pulang
cuti sekolaH

duduk 3 hari 3 mlm
habis rm800
itu sikit jer.

yg penting
nenek happy.

makan cu
makan
main cu
main
tanah atuk kau luas
sejauh mata memandang

basikal gajah benggali roti ..atuk ada.
Entah dari mana atuk kau dapat.
mesin rumput atuk pun ada
try cu
try.

motosikal atuk ada
kereta atuk pun ada.
yg tak ada kapal selam je cucu.

Try cu  try
jgn tak try

waktu cuti ni  lah
kita try mcm mcm

best tak?

he..he..he..

dunia dah bnyk berubah
nenek atuk nowadays  pun dah bnyk berubah
mereka jalan AirAsia, FireFly, Malindonjer
MAS pun ok jugak.
handbeg pun trendy. Pink ada. purple pun ada.
nenek pakai satu warna dari top  to bottom
all green
handbeg Bonia nenek kecil jer ..green jugak.

pokoknya
cucu mau tengok atuk nenek tak?
jom jgn lupa

call call  atuk tu.
he..he..he

Sekian.
beli membeli.
duit raja kita
sehari hari.

bukan gitu  ke  pak?
melayu, cina, india, indon, kemboja, thai
semua sama

celik mata duit
tutup mata pun duit.

tak percaya
datanglah kota bharu kelantan ni.
berduyun duyun orang beratur beli sarapan
ada yg mandi
ada yg belum mandi
ada yg bergigi  ori
ada tu ..tak ada gigi pun semua alright.

yg penting makan beli makan
aktiviti penting waktu sekolah cuti ni
jamu anak cucu balik kampung
1 tahun  sekali

wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/beli-membeli.html