Beramanah dan berhikmahlah kita hendaknya
Salam
Arwah ayah saya seorang anggota polis (PDRM). Al Fatihah. Setiap pagi …semasa dia berunifom lengkap .. ada lencana ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ di pin ke atas lengan bajunya di sebelah kiri.
Bukan dia sahaja ..berkeadaan begitu ..semua anggota polis .. berpakaian dan ber pin begitu. Ada lencana amanah. Tahun 1983 arwah ayah bersara di IPP Tumpat , Kelantan. Meninggal Dec 2002.
-
Bank Simpanan Nasional BSN pun ada juga simbol amanah - skim Amanah Saham Bumiputera. Amanah Saham Nasional.
-
Seorang teruna islam ..bila berkhawin ..jurunikah ..membaca kepadanya panjang lebar ..pasal amanah. Betullah ..mengambil anak perempuan orang secara amanah .. sekarang bergelar isteri mu sudah.
Si ayah pun ada amanah besar juga ..jika dikhawinkan anak perempuannya kepada lelaki yg menjaga dan memikirkan agama 24/7 .. ini baru mengamalkan amanah yg sebenarnya…
tetapi jika ..ada ibu bapa yg telah bersusah payah mendidik anak anak gadisnya ..bersekolah arab/ pondok ..tetapi di saat zaman perkhawinan ..diserahkan kepada budak jojo ..yg tak menjaga solatnya , tak peduli perintah tuhannya, mengambil rasuah dalam opis, di tepi jalan, dlm restoran mamak, curi tulang, mulut laser … maka mengikut kitab agama .. si bapak inilah yg telah merosakkan satu amanah besar dari tuhan yg agung.
Oleh itu apakah ‘amanah’ ini?
- Seorang guru ada amanahnya. Profesor pun mempunyai amanahnya tersendiri seperti buat penyelidikan dan keluarkan jurnal berwasit, buku untuk simpanan universiti. Menteri Besar pun ada amanahnya iaitu jaga kebajikan rakyat jelata di negerinya seperti arwah TGNA di Kelantan. Hatta Perdana Menteri pun ada amanah. Semua pemimpin akan disoal oleh Allah tentang subjek yg di bawah kepimpinannya. Amanah adalah kebertanggungjawaban. Saya seorang suami. So soalan bocor ialah ..
4.1 kamu beri apa kpd isteri mu? anak anak kamu ? ibu bapa tua kamu; jiran tetangga kamu?
Jawapan untuk isteri - mesti nafkah zahir dan nafkah bathin. Itu jawapan skema. Semua orang tahu. Ada tu ..lebih nafkah bathin dari nafkah zahir (makan minum, rumah tempat tinggal, Honda Accord putih, rumah flat di Penang, tingkat 5; pakaian, gelang, anting-anting, tandoori, roti canai, langsir jenis hotel 5 bintang, bedak wangi sesedap bau dan macam macam termasuk dapur serba moden). Nafkah bathin .. semua orang tahu ..ialah ..hubungan biologi ..tengok sang kambing .. apa dia buat dgn Madame Kambing sebelum proses biologi dijalankan … manusia dapat anak tak berhenti henti- musim tengkujuh. Puas chemuh mak mertua ..melawat anaknya ..musim pantang dan larang sambil membawa batu besar dari anok sungai untuk maksud memanaskan badan dan berurut betis dan kaki si anak nya satu masa dulu. Kurus lembik si isteri makan ikan kering, ikan haruan setahun sekali musim hujan turun lebat tengkujuh tak henti-henti , .. ishhhh kesihan sungguh berpantang seorang diri. Ubat kampung akar kayu jgn cakaplah ..bila sihat .. sang suami dtg lagi. Tok serik serik ..
4.2 ilmu agama ada kasi bang?
4.3 fikir-fikir agama kpd sang isteri ..bagaimana bang?
4.4 mana berani ..kau atau dia ..untuk kejut waktu subuh ..kau atau dia … oh patut pun ..kalian miss subuh setiap hari .. sembahyang qodo jer Jer …yer 1100 pagi subuh gajah , zebra
4.5 kamu guru sekolah DG41/44/48 ada buat persiapan ker?
4.6 persiapan apa tu .. how come banyak .. envelop pos laju dlm kereta kau ni ..mana buku buku murid murid yg perlu ditanda? mana ..jom aku nak tengok ..
tak nampak pun ..kau ni guru .. nampak banyak ciri ciri usahawan jer kau ni ..tengok ..borang insuran Prudential pun ada …rubber stamp ..tak ada pun ..cop sekolah
amanah ke ni?
Begitulah tuan/puan. Bnyk masa kita kelihatan letih tetapi sayangnya keletihan buat kerja lain selain dari PdP sebenarnya. Bukan betul betul mengajar anak orang asli di Pahang tu.
Jangan kita dok asyik menyanyi dlm TV; padang sekolah; dewan besar sekolah jer pasal amanah ..tetapi ..benda itu tidak kita diamalkan sepenuh hati. Sedihnya!
Oleh sebab itu … anak menzalimi org tua nya/ ada pemimpin rasuah .. masuk lokap 12 bulan / ada Superintent Polis umur 60 tahun kena jail .. tak malu ..sungguh. Ada jawatan besar, nama pun besar, gaji tak cukup cukup lagi ….tengok apa dah jadi kawan?
Teringat ..tazkirah arwah TGNA …orang melayu kito teruk zaman loni. TV , khutbah jumaat, tazkirah dipasangkan setiap hari dok cerito pasal agama, restoran cino pun ada tazkirah agama, pagi petang ada program pasal agama .. tetapi yg ramai masuk lokap polis ialah melayu islam juga lagi dan lagi jantan dan betina berderet deret masuk jel.
Memalukan .. sangat sangat. Jika tak ada langsung program tazkirah TV, khatib, dakwah tabligh sana sini rata riti … macam mana orang melayu kito ini? Mungkinkah lagi teruk dari arab jahiliah- Abu Lahab, Abu Jahal, …? (arwah TGNA royak tu)
Sebagai penutup … marilah saya dan kawan kawan semua - ayuh kita mengambil keputusan membetulkan diri secara dalaman dan luaran bersungguh sungguh sebelum datangnya satu hari ..di mana kita tak boleh pulang lagi dah ke dunia ini (jenguk sekolah mu itu ) ..untuk melakukan perkara yg baik baik termasuk menjalankan amanah tuhan kpd kita semua PdP, RnD, dan mcm mcm amanah atas kepala kita masing-masing.
Sekian.
Wasallam/ maaf deh? aku tazkirah pada diri ku juga ni … tuhan cukup murka ..mu cakap ..tetapi mu sendiri tak amalkan … rujuk PU Yeob - orang Kampung Gajah, Perok ,,, di masjid sungai gelugok Sept 29 2015
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/beramanah-dan-berhikmah.html