berbaloi kah mempunyai anak yang ramai?


Update terakhir:

Salam

tadi waktu tengah hari .. saya sempat mendengar 4 orang panel bercakap tentang tajuk di atas ..dalam TV3.

  1. bagus jugak rancangan itu? Tetapi .. satu jer komen saya. Bagaimana kita ukur anak-anak yang berkualiti? Adakah jika anak itu berjawatan tinggi .. itu namanya anak yang berkualiti?

Atau adakah ..jika anak kita asyik memerap kat rumah .. dari usia muda sampai ke umur tua.. sambil menjaga .. segala keperluan kita sebagai warga tua .. anak yang sebegini tidak berkualiti?

Payah kan nak jawab? Saya dapat rumuskan satu sahaja .. kualiti ini adalah relatif dan subjektif. Kedua-dua istilah ini .. mungkin hang Kasturi dan hang Lekir tak faham kot .. jika mereka kelaur dari tanah perkuburan mereka. Kenapa? kerana ..istilah ini dipinjamkan dari bahasa inggeris. Kenapa tak di permudahkan istilah ini? Kalau kita kata ..jika anak itu kaya .. ittu anak bagus .. jika anak itu miskin .. itu anak yang tidak bagus. Bolehkah kita kata begitu?

dalam drama-drama swasta ..sejak merdeka 1957 (hitam putih ) sampailah ke lani (4G) .. istilah anak bagus dan anak tidak bagus ..semuanya berpaksi dengan ‘kekayaan dan darjat’. Sebab itu masayarakat kita semakin hari semakin tenat. Tidak ramai orang ang bijak ..mahu bercakap dengan gaya yang bersahaja .. apa itu anak yang bagus? dari perspektif Islam dan Duniawi.

  1. Setelah mencapai umur 50 ‘an ini saya katakan ..anak yg bagus itu ialah .. jika kita dengar dia bercakap ..sejuk hati saya ..dan jika kita lihat dia berjalan ..bergaul dgn kawan-kawannya .. sedap mata kita memandang ..bila dia pandai memilih kawan-kawan yang .. bertuhankan ALLAH Yang Maha Esa. yang selebih-lebihnya itu …contohnya anak kita menjadi guru, doktor atau PILOT Air Asia .. itu semua bunga-bunga kehidupan sahaja. BONUS.

Sekian. Wasallam.

wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/12/berbaloi-kah-mempunyai-anak-yang-ramai.html