berbuat baik
Salam
Tadi kami buat taklim di rumah. Alhamdulilah.
Membaca 1 , 2 hadith dgn seisi keluarga selama 10 minit sehari jer.
Pasal berbuat baik.
Allah suka orang yg berbuat baik.
Surah Al Baqarah ayat 195
-
tengok istilah tu..
Allah suka -
di sini saya senaraikan benda yg senang kita berbuat baik
3.1 buat baik kpd ibu bapa
how? Senang jer ..hujung bulan transfer sedikit wang kpd ibu bapa. Tanda thank you.
3.2 calling ibu ayah. Apa khabar mak? Tadi saya masukkan sikit wang untuk ibu. Tengoklah hujung minggu ni, kita cuba datang mengjenguk mu di kampung. Mak nak makan gapo?
Best..feeling orang orang tua mu.
3.3 melawat anak di sekolah asrama, sekolah agama, pondok tahfiz. Goreng banyak sikit mee hun tu ..maklumlah di sana ramai orang lapor
3.4 bawa ubi kayu ke rumah jiran mu. Kalau tak ada, bawa separuh ayam ..boleh?
jangan berkira adik
3.5 tolong jiran hantar anak anaknya ke sekolah. Ptg nanti dia tolong kita
3.6 ziarah jiran, saudara mara yg sakit terlantar di hospital atau rumahnya. Jgn bawa 10 jari asal jer. Belilah buah tangan sikit.
3.7 ziarah jiran. Slow talk ..jom meed kita sama sama gi solat berjamaah. Aku boleh tolong ajar mu al quraan , mahu tak?
3.8 ok ok ok aku bawak anak mu ke library. Aghhh..tak susahlah ..opis aku di sebelah tu jer
3.9 senyum dan bercakap dgn baik, sopan dgn kawan kawan cina, india, bangla, pakistan, rohingya, bosnia, amerika, russia, afghanistan kita. Aduhai ramainya depa nii
3.10 nah ..air segelas ..rafiq pakistan jual karpet. Jgn kacau kacau bini aku ok? Lambat lagilah rayaaaa
3.11 kalau ada taufik,hidayah, tenaga , ongkos ..jom khawin dgn mualaf itu. Tolong agamanya. Boleh?
he..he..he..
cuba buat benda begini.
insya allah aman hidup kita.
Dunia ini Allah punya.
Kita pun Allah punya.
Allah suka kita berbuat baik ..
ok dah tu kan?
sekian.
wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/04/berbuat-baik.html