berbuka puasa


Update terakhir:

Salam

Best berbuka puasa.

Kenapa?

Sudah berlapar 12 jam ..  mestilah seronok berbuka puasa.

Di Malaysia ini majlis berbuka puasa mempunyai makanan seperti:

*  kueh
** buah tamar

  • akok, ondel-ondel, tri manis
    ** nasi
    ** lauknya - ayam atau ikan atau sayur sahaja
  • buah-buahan seperti buah tembikai , nenas dan lain lain lagi.

Masa yang diambil bergantung kepada:

A) keadaan lapar seseorang
B)  kualiti makanan
C)  tempat mana berbuka -  kalau di masjid jameek ..sekejap jer ..lebih kurang 10 minit kerana jamaah sibuk nak mendirikan solat maghrib tetapi kalau di rumah orang orang kebiasaan .. lebih kurang 20 - 30 minit lah baru selesai.

kadang-kadang aku pun hairan ..why nak solat cepat cepat?  bukan kita PM pun .. solat maghrib time slot is 0725 mlm to 08 25 mlm ..  we have 60 minutes.  Why rush ?

makan rush
tidur rush
balik raya rush
tidur suami isteri dan biology all  rush, rushing
sebab itu banyak accidents ..aduhai?

D)  Ramai mana nak makan?  Jika 1000 orang nak makan juadah yang sedikit .. cepatlah habis
tetapi jika makanan itu banyak tetapi orang tak beberaa ramai  ( hujung hujung bulan ramadhan bila geng Kelantan sudah ramai yang balikkampungnya)  ..  lama sedikitlah nak habis.  Ada masa nak bangun selepas makan pun terpaksa memerlukan pertolongan orang lain.

Apa apa pun .. suasana berbuka puasa adalah terbaik.

Dapat mengeratkan silatul Rahim antara anak anak yang sudah lama tak berjumpa.
Anak sulong dapat makan bersama sama dengan anak bongsu ( 18 orang semuanya).
Anak sulong berrumur  45 tahun bekerja di Singapura angkat pasir sedangkan anak bongsu baru 10 tahun.
Ayah ibu berumur 70 tahun.  Semua gigi dah tak ada punya.  Kasihan.

Bising sedikit .
Ada yang berebut maklumlah .. daging ayam bahagian peha bukannya banyak.
Tulang ayam banyak sedikitlah ..  kerana sekarang musim panas.

Ayam tak cukup makan di luar sana.  Rumput semua kering.

Ada juga anak yang baik ..dia benarkan ayam ayamnya di makan oleh adik adik yg lain.
Sifat ikram muslimin.

Semua ini perlu dididik.

Makan bertalam.

Jika makan secara berpingggan.

Lain caranya.

Siapa cepat dia dapat banyaklah.

Siapa yang makan banyak dengan pantas ..dia boleh makan bertambah tambah terutama  mereka yang ada tapak tangan dan jari jemari ala Pakistan dan Arab marghi  tu.

Sesiapa yang makan slow ..  nasiblah  ( saiz jari jemari too sweet)

Begitulah keadaan berbuka puasa.

Tetapi semua kita
makan beradab.

Ada doa memulakan bebuka puasa
dan ada doa penutup ..bila semua makanan …  licin dan bereshhhh.

Alhamdulilah.

Selepas terawih nanti jam 0930 atau 1030 malam .. ada makanan pula.

Durian pulut ke
Tapai ada
durian pulut tapai .. ada

colek keropok pun ada di Trengganu
colek nenas + garam dan lada burung pun ..ok jugak .

Begitulah ..kehidupan orang melayu di kampong.

Sekian.
Banyak nostalgia kita masing masing.
Yang best ..jika ibu ayah masih ada.

Jika tidak ..
sunyi sedikitlah.

Wsallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/berbuka-puasa.html