Bercuti di Labuan dan Kota Kinabalu
Salam
Hujung minggu yang lalu saya dan ipar-duai saya bercuti ke Labuan/ Kota Kinabalu. Rumah tumpangan kami ialah di rumah abang ipar saya ABJ,Kak Muun di JKR, Labuan. He..he..
-
Best jugak naik feri dari Labuan ke Menumbuk , iaitu pekan kecil di Sabah dan 2 jam memandu baru sampai ke Kota Kinabalu. Sampai di Kota Kinabalu ..abang ipar saya Tuan Haji ABJ dah siap-siap booking satu apartment .. yg besar dan sesuai untuk kami menginap 2 hari 1 malam jer di KK. Di dalam Pusat Bandar KK. Senang nak shopping ..tingkat 8 tau? Nasib baik ada sistem security yg hebat. Senang sikit hati kami. Fully furnished and air-cond. Bilik air 2 buah. 8 orang. 3 pasang famili. ok punya? he..he.. kami makan lunch, dinner dan berehat .. semua di apartment ..hanya gi mari gi mari ke bandar KK ..kita jalan kaki ramai-ramai. Orang lelaki jadi pak guard sukarela jer. Jaga isteri masing-masing. (siapa lagi bukan?)
-
Isteri saya dan kakak-ipar, anak saya HSBMS , ibu mertuanya, Hj Haidzir ..apa lagi. shopping lah. Ikan kering, udang, permata , aghhh..macam-macamlah. Susah nak sukat .. dah cukup shopping atau belum dia orang ini.
? He..he.. Saya beli beg NIKE jer harga RM28 jer (sure bukan original kan?) ..tapi tak apalah sekadar ..nak muatkan kain sembahyang , tasbih, serban, berus gigi, sabun, shampoo ..bukannya nak muatkan ikan kering dan basah pun. (ketawa). -
Masjid Labuan dan Kota Kinabalu ..sangat besar dan cantik. Bilangan jamaah ..jangan sebutlah buat malu sahaja..macam masjid ditempat tuan hambalah. Hari Jumaat / Hari Raya .. penuhlah masjid ni. Tetapi waktu subuh .. tak sampai 2 baris pun ahli ahli kariahnya. Apa leh buat? Iman tak kuat .. walaupun hadith ada menyebut .. pahala paling besar solat berjamaah ialah solat Subuh/ Isyak'. Tetapi kita tahu mcm mcm tak sama dengan kita mengamalkannya. O Tuhan ampunkan dosa kami semua. Ameen.
-
Saya terkejut juga tengok kerajaan Sabah membina gereja berskala besar dan sungguh megah sekali .. macam masjid2 di semenanjung. Bayangkan ..gereja terlalu banyak hingga ke curuk kampung pendalaman ..negeri sabah. Mengapa yer? Pertama Ketua Menteri Sabah orang Kristian. Kedua: besar betul ni .. orang orang melayu islam kita banyak ke Sabah ..untuk shopping dan bersantai jer. Tidak terlibat dgn kerja dakwah-dakwah ala tabligh .. fi sunnah ann biya ..alai his salam wa tus salam. Alangkah ruginya kita? Saham akhirat kita tak sama-sama ambil bahagian.
-
Ramai pendatang di sana. Ada ramai orang filipino ..berniaga di dalam pasar .. karang kraf, perhiasan, souvenirs, kain baju , beg beg kulit asli dan bukan asli, dan ..macam-macam lagi. Rimas juga kami. Sikit-sikit disuanya kami dgn handphone Apple, Ericson, Nokia dan ..tali-pinggang ..berbelit-belit di atas badan mereka. Buah-buahan ada banyak di pasar tetapi ada yang mahal. Sebiji mempelam manis dijual dgn harga RM3.70 sebiji. Mahal bukan? tetapi saya beli juga. Diet punya pasal? Rumusan:
lain kali saya akan ke sana lagi insyallah ..tetapi jika Allah izinkanlah saya nak join jamaah dakwah dan tabligh lah. Berbaloi kot di sisi Allah.
Perjalanan pulang dari KK ke Labuan ..kami kena ribut dan hujan yang lebat. Mungkin tuhan marah sedikit dekat saya seorang. Pergi shopping jauh jauh ..sampai ke sana menaiki Air Asia RM200 pergi dan balik. Tetapi ..apa boleh buat. Saya manusia biasa jer. Ada time saya lemah iman senang ikut jer dgn pelawaan anak dan ada kalanya saya kuat .. Inilah maksud ertinya ‘iman’ manusia macam saya semakin lemah hari ke hari. Hanya iman Sayyidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali (radhiallahum .ajmainn). yg kuat ..dan diredhai oleh Allah Taala.
SEbelum tutup cerita ini saya sebagai wakil rombongan dari Semenanjung nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Hj ABJ dan Puan Hajjah M kerana layanan bagus yang diberikan sepanjang kami berada di sana. He..he.. ikut hadith .. tuan rumah ..jika datangnya tetamu mesti layan 3 hari 3 malam. Rezeki datang mencurah-curah dan penuh keberkatan. Ameen. tak terbalaslah layanan tuan hamba itu semua di dunia ini yg sementara.
Sekian. Laporan ringkas dari saya untuk sama-sama kita renung-renungkan.
p/s: after Labuan ..saya ke Hotel Vistana , Kuantan. Alumni UTHM. Sambil melawat anak kami di UIA, kampus UIAM. Sambil menyelam minum air ..orang tua kata. What say u ..tuan hamba?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/10/bercuti-di-labuan-dan-kota-kinabalu.html