Bergaduh - pantang larang
Salam
Lidah dan gigi lagi tergigit ..apatah lagi laki bini?
Ha..ha..
Selalu sangat kita dengar laki bini (suami isteri) bergaduh .. jika kita tinggal di berek polis, askar, kastam, kuarters guru, flat, apartment, dan rumah teres di sesebuah taman perumahan.
Punca bergaduh laki bini?
- jealous - cemburu buta
- berjudi
- pengotor
- habis duit/ pokai
- lampu rumah dia jer tak ada di kawasan perumahan
Huraian:
- org perempuan sifat semula jadinya cepat cemburu. Apatah lagi ..jika dia dah tak ada gigi dan .. wajah semua bengkak-bengkak macam roti … tak leh tengok suami berbual bual dengan kerani lulusan UiTM Shah Alam atau KDU di mana-mana kawasan universiti atau labi hotel. Mulalah mengamuk .. malulah si suami itu? Itulah ..org dah kata .. check kualiti gigi bakal isteri masa muda muda dulu . Jangan guna piawai nabi jer. He..he..he..
Di dunia politeknik, universiti .. komposisi staf ..ramai wanita. Kaum lelaki itu ada ..tetapi ramai dah .. ke arah berpencen esok dan lusa. Bila ramai perempuan, probabiliti kita berurusan di opis kerajaan ..mestilah kita berjumpa budak Ani itu .. bekas pelajar politeknik , uitm dan .. mcm mcm lah. Kena pulak budak Ani tu mempunyai set gigi yg cantik .. mengamuklah bini dia itu. Kasihan kat abang itu yer?
He..he..he.. tak adil jika kita dedahkan cemburu wanita tanpa gigi jer .. bagaimana pula dgn lelaki tanpa gigi/ giginya berkulat serba hitam dek kuat merokok / no degree/ masters/ Ph.D ini? Sekarang zaman org org perempuan ramaii nak tolong suami menambahkan jumlah duit di rumah (katakan).
Pada episod ini elok jugak kita .. story pasal lelaki cemburu kerana isterinya ramai peminat pagi, petang dan awal awal malam. Dia tak percaya sangat jika isterinya .. keluar ke kota kota besar atas dasar jemputan jadi keynote speaker apa tah lagi dijemput ke Bandung, Hanoi, Rome atau London. Dia akan ikut serta .. tapi sepanjang konperens …hati dia membengkak jer .. why? isterinya profesor di kelilingi oleh students Iran, Iraq, Bangladesh, Pakistan dan .. banyak negaralah. Kan Malaysia dah jadi hub pendidikan bertaraf global?
Bila balik ke apartment .. awas prof .. cakap tu ..slow slow talk sikit. Hati org laki kau tu membengkak sejak Day 1 Konperens lagi .. kak.
Ha..ha.. aghh malaslah nak sambung cerita ni .. kasihan kat kakak prof tu jer. He..he..he.. mesti the first sentence ..laki dia kata .. “kau gi mintak tolong student Iran kau dah lahhhhh.."
itulah tanda org lelaki cemburu. Tak tahu kah dia ..jantan Iran lawa lawa .. belum tengok students perempuan Iran lg cik abang. Cukup mengancam!
Dulu tak mahu belajar elok elok sangat. Asyik besarkan tidur, makan dan main sepak takraw jer. Sekarang tak kah susah . .. (laugh slow slow sikit ..kakak prof akan bunuh kita tau?)
- berjudi
Ada orang lelaki itu suka berjudi. Di gelanggang ayam dia berjudi. Di pesta World Cup Brazil pun dia berjudi. Ditaggang nya RM10,000 untuk Brazil menang lawan Jerman. Keputusan 7-1. Brazil kalah. padan muka dio! Kumpulan kalah itu tak apa lah ..yg masalahnya ..ialah abang kita ni pinjam duit along untuk berjudi. Dia kalah malam itu. Along charge RM100 sehari. Bayangkanlah .. hutang pokok RM10,000 darab dengan 100 hari bersamaan dengan RM10,000 + (RM100 darab 100) = RM20,000 ..my god!
Yang sayangnya ialah RM10,000 yg asal itu ..abang kita ini tak pegang pegang apa apa duit RM10,000 nya pung. Semua main dalam internet. Sekarang setiap masa sepanjang hari ..along dok hubungi dia. Bila mahu bayar hutang RM20,000 kerana kes Brazil kalah main bola dengan budak budak yahudi germany.
Kasihan cik abang yer. Itu sal , bini cukup marah siang dan malam. Dulu pakai kereta cukupnya steady .. sekarang pakai proton iswara second hand jer dia tanpa air cond. Lagilah malu si bini. Naik jer ..keto iswara ..mulalah berperang laki bini ini. Kasihan depa berdua ini.
- KIV
- KIV
- rumah tanpa cahaya lampu .
Di kawasan perumahan ..semua rumah ada lampu dan bekalan letrik. Budak sekolah rendah darjah dua pun paham ..rumah aku ada api. Kenapa boy ..rumah kau tak ada api? tengok rumah leha ayahnya kerja drebar lori bandaran pun ada api .. kau seorang jer ayah cikgu ..tak ada api/
dipanggilnya semua org org TNB .. mereka pun double check mother board switch api dlm rumah ..semua accessories .. tip top punya. Sepanjang malam depa tolong check wiring manalah tahu silap wiring punya pasal.
Result : rupa rupanya ..ayah cikgu itu tak bayar bil api 3 bulan dah memanjang .. terbongkarlah crita memalukan ini .. malu besarlah .. berperanglah laki bini pasal bil letrik!
Begitulah sketsa hidup suami isteri. Arwah P Ramlee pandai mencipta lagu lagu ini ..50 tahun yg lalu. Aku cukup seronok mendengar lagu lagu P Ramlee .. sayangnya .. dia dah tak ada lagi. Kalau dia ada sudah tentu ada lagu ..profesor di atas tadi.
Oleh itu .. mereka yg baru khawin .. berwaspadalah selalu. Jangan tak gosok gigi itu. Jangan berjudi dan .. ingat bayar bil api itu setiap hujung bulan. Bila kita punya rumah tak bercahaya ..sedangkan rumah org lain semuanya menyala .. sah dah ..dia tak bayar bil api. Malu kita dibuatnya. Budak darjah 2 . perli kita ramai ramai setiap hari.
Ha..ha..ha..
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/09/bergaduh-pantang-larang.html