berita - hadith palsu, bohong
salam
Tadi dalam khutbah Jumaat pak imam
ada menyebut
- cerita seorang sahabat nabi radhiaullah an hu .. yg susah nak menghembus nafas terakhir kerana tersekat sekat nak mengucap 2 kalimah shahadah sebelum dia mati
dan disebabkan perkara ini ; ibunya terpaksa dikerah datang dan memaafkan nya dahulu ..
pak imam ini … istiharkan cerita itu tak adalah dalam nas nas mana mana.
So cerita ustaz, ustazah semua itu selama kini .. adalah tidak benar.
- fadhilat itu dan ini
seperti membaca Surah Yusofff .. anak bakal lahir akan jadi handsome, awesome pun tak benar. Tak ada pun dalam hadith sahih mana mana pun.
So cerita ustaz, ustazah dari mimbar masjid gelugork ke mimbar masjid luar dari gelugokr itu pun berkenaan fadhilat surah yusoff adalah tidak benar. Palsu.
Baca Surah Yaseeen .. dapat itu dan ini .. tak ada pun nas nas sahih ..
so dari pak imam khutbah ini ..dia kata semua ini tak ada ..palsu.
Tapi kalau baca ..surah Yaseen … untuk mendapat ganjaran dari Allah pada hari jumaat ini semata mata .. memang ada ..
tetapi tak ada pun cerita extended story itu dan ini.
Orang yang bikin cerita bukan bukan atau extended version story story .. tempatnya anNAAR (neraka) na u zubillah. Mu faham kor?
- cerita ..Sayidinan Omar R.a . tanam anak perempuan nya hidup hidup itu sebelum dia memeluk islam pun tak ada .. cerita palsu. Cerita bohong.
pak Imam ini menyebut bohong itu cukuplah kuat macam nak bunuh kita pulak. Kuat macam petir kilat sambung menyambung jer. Relaxlah ..pak imam ..bukannya kita telinga pekak pun. Story slow slow pun ….kita faham benar dah.
So cerita itu semua rekaan semata mata. Pak Imam Dr Daniel (PhD)
Dasyat.
- Pak imam ini mengajak kita buat analysis .. kerana agama kita hidup dari dalil dan hujah yang benar .
My komen:
saya setuju belaka ..apa yg pak imam ini cakapkan.
tetapi .. orang islam biasa macam arwah ayah, ibu dan saya ..mana ada waktu nak buat analisa itu dan ini pasal agama kerana:
bahasa arab bukan bahasa tok nenek kita pun.
kita tahu angguk membabi buta jer dari muda sampai tua.
Analisa ini sesuai sangatlah untuk orang yg gila buat research masters dan phd di universiti.
Orang biasa .. pakai dengar jer sudahlah…kita percaya bulat bulat apa yg ustaz ustazah kata ..maklumlah semua ustaz ustazah dah dapat surat watikah dari majlis agama ..itu dan ini dari seluruh negara.
Problem besar ..pak imam ini ..tak tahu ke .. tak ramai orang berminat nak gi masjid, surau pun setiap hari dan ketika. Tengok saja lah ..berapa kerat orang solat subuh berjamaah; bilangan pasangan muda islam bercerai berai .. kes tak cukup belanja .. di rumah pulak … berapa kerat ibu dan ayah solat subuh ikut time frame yg betul .. dengar dari jauh ,.. ada orang sembahyang subuh gajah ,,,seperti solat subuh 1130 pagi ..gitulah …
eh eh eh ..nak suruh orang begini buat analisa pasal hadith dan cerita dari Saudi Arabia pula .. where got road lah ..Bro.. confuselah pak imammm…
Klau ustaz dan ustazah buat cerita banyak tak betul dan palsu ..pecat jerlah ustaz dan ustazah ini ..habis cerita. Dok pelihara ustaz ustazah ini buat apa nyor! Dimana kredibiliti watikah majlis agama itu dan ini. He..he..he.. hope u can follow lah .. hujah orang kampung gelugok , georgetown ini. Follow tak?
Keadaan Iman umat islam pada waktu ini tersangatlah parah ..
kami tak pernah gi mekah, madinah pun .. macam mana nak analisa pasal hadith itu dan ini/ surah ayat al quraan itu dan ini .. tak pernah gi umrah sana dan sini 10 kali setahun ..ada body guard lagi
nak analisa cerita PM Malaysia main duit RM2.6 bilion pun kami semua cukuplah keliru .. sana sini .. bunyi tipu jer.
sekarang analisa cerita .. pegawai setiausaha bahagian kewangan Kementerian Belia dan Sukan kebas duit RM38 juta pun .. kami turut keliru juga.
Yang mana satu benar dan yang mana satu palsu dan tipu setipu tipunya.
Pendek kato.. umat melayu di tipu jer dari dulu sampai sekarang.
Sekianlah. Tak bestlah ..khutbah ini. Menjatuhkan maruah ustaz dan ustazah sahaja. Itu feeling saya lah. Sorry lah jika tak jeliro dengan hujah dan dalil saya yg .. cetek ilmu agama.
Wallahuu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/berita-hadith-palsu-bohong.html