Berjumpa dan berpisah
Salam
Adab manusia ialah kita berjumpa kenalan baru … lama lama kita akan berpisah.
Kenapa?
a) kursus sudah tamat.
b) tempoh perkhidmatan sudah tamat - bersara. Ramai orang menangis atas pentas warna warni.
c) kes kemalangan. Bercerai mati.
d) tempoh hayat di satu satu taman perumahan sudah berakhir. Dulu suka duduk Taman Istana, BP lepas itu ..Taman Kenangan Indah, PR dan …. mcm mcm taman ada ..tetapi ..kita akan berpisah jua.
–
Begitulah putaran hidup. Tak boleh kawal .. macam mana pun ..kita kawal ..bila takdir sudah tersurat begitu ..kita akan mula mencari haluan sendiri satu hari nanti.
Yang penting ..bila berjumpa kali pertama , kita senyum .. dan bila kita berpisah kali terakhir ..pun ..kita tetap tersenyum.
Jika boleh buat begitu .. alangkah bagusnya. Senang atau susah cara kehidupan begini.
Moto aku .. aku suka , seronok ..tinggal di mana mana ..time semua orang suka kat aku ..masa itulah aku nak tinggalkan kalian .. biar kita berpisah dengan .. rasa suka sama suka sudah lah.
Yang tak mahu .. kita meningggalkan satu kawasan perumahan itu .. saat itu semua orang dah mula menyampah dekat wajah dan nama kita. Bukan setakat wajah kita jer orang menyampah .. enjin kereta kita di waktu subuh pun ..orang sakit hati mendengarkan nya.
Ini aku belajar dari arwah ayahku. Satu tip ..hidup rukun damai dengan isteri, jiran tetangga dan sahabat taulan.
Sekian. Maafkan saya yer?
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/10/berjumpa-dan-berpisah.html