Best kerja kerajaan di Malaysia ini
Salam
Orang melayu suka sangat kerja kerajaan. sejak zaman Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj. Mengapa?
Ada 5 sebab utama iaitu:
(i) gaji tetap. kerja atau tidak .. gaji tetap ada. Jika isteri seorang guru sekolah kerajaan… dapur mesti berasap punya. Maknanya .. adalah makanan atas meja. Oleh itu saham guru di kampung tersangat lah tinggi. Ramai orang lelaki normal memasang angan angan mengahwini mereka. Sekarang jika si wanita itu janda dan berstatus guru , dulu arwah suaminya ..penjawat awam juga … minat orang lain nak masuk meminang pun .. cukuplah tinggi. Mengapa? dapat 2 pay cheque. Cikgu itu sendiri bertambah dgn pencen arwah suami nya pula. Selalunya .. dreber teksi plet dapat / berjaya menawan hati guru tersebut. Ajaib?
Settle bukan?
(ii) tak payah pecahkan kepala otak nak reka formula matematik, fizik itu dan ini.
Sektor kerajaan .. tak payah tunjuk kita terlampau pandai. Tak ada gunanya. Kerana .. kita pandai atau hebat sekali pun .. gaji kita tetap sama ..dgn penjawat awam yg suka mencuri tulang @ malas.
Sellalu jika kita beri idea dalam mesyuarat .. kita juga yg akan dilantik jadi pelaksana/ jurutera kpd ideas tersebut. Akhir bulan ..gaji jurutera ini sama jer dgn org lain yg selalu berdiam diri dalam mesyuarat.
Settle? sedap kerja kerajaan.
(iii) pinjaman rumah ada dalam kerajaan.
Kalau kita dah disahkan dalam sektor keraajjan ..kita boleh isi borang dan buatlah rumah / beli rumah di kampung halaman..
kita bayar ansur ansur. Kalau kita bayar RM800 sebulan .. selama 25 tahun .. saiz rumah sangatlah besar. Ini payah dapat kalau bekerja dgn sektor swasta seprti ST Muar. Tanyalah. mana ada?
(iv) dapat rawatan percuma di wad wad hospital kerajaan untuk ibu bapa
Nikmat mendapatkan servis doktor dan nurse untuk ibu ayah yg sakit .di hospital . merupakan satu lagi kebaikan/ bpnus bila bekerja dalam sektor kerajaan.
Tanyalah ..ibu ayah yg terlantar seminggu dua dalam hospital. Mengapa ini?
Minah cikgu sekolah menengahlah ini. Dapat ward klas pertama. Besar lubang hidung ibu ..jika ada waris warah dia bertanya khabar dio di ward spital Kubang Kerian, Kelantan itu. Seronok si sakit dalam konteks dalam layanan baik dari si doktor pakar dan nurse nurse serba muda .. he..he..
(v) cuti sabtu ahad .. semua ada gaji.
Kallau kita kerja kontrak .. bila bekerja adalah gaji tetapi
kalau tidak berkerja kerana sakit sorry..tak ada gaji.
Tetapi dalam sektor kerajaan ..
kita sihat atau sakit (pura pura sakit pun ok jugak kot).
semua ada gaji.
Jika ada kenduri dalam waktu kerja pun contoh 1200 - 230 ptg hari Jumaat (di Johor) pun..semua masa pergi kenduri .. kerajaan membayar gaji. He..he.. sedap cukuplah sedap. Sebab itu akhbar kata dari 0800 hingga 5 ptg .. waktu produktiv kerja penjawat awam adalah 4 jam jer/ simple matematik.
Untung bukan? mana ada dalam kerajaan .. di dunia ini yg menawarkan skim kerja sesedap ‘raja’ ini. Tak kerja pun ..ada gaji. Rugi besarlah org berbangsa malaysia tak mahu kerja kerajaan yg sebagus ini. Sokonglah kerajaan kita ini. Selamat Dunia dan akhirat.
Wallahu aklam. Fikir2lah wahai anak anak malaysia ku. Mahu join atau tidak?
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/best-kerja-kerajaan-di-malaysia-ini.html