Bila bergaduh ..
Salam Pernah tak anda melihat orang orang tua mu bergaduh? Alah..mak bergaduh dgn ayahlah. 2) Kadang-kadang bila pergaduhan sudah memuncak .. maka mak akan ungkit macam-macam. Maklumlah emak dari keluarga orang berada. Bila ayah ..asal usulnya dari seberang ..orang musafir lara (sehelai sepinggang)..aduhai … tahap pertahanannya tidak seutuh ..pasukan PDRM di Lahad Datu, Sabah 2013 lagilah. Tak ada benda nak berpaut untuk .. menolong membebaskan ayah dari serangan mulut dan ‘karate-kick’ mak kita. Kasihan. Akhirnya bercerailah mereka kerana .. ayah seorang pendekar .. dia tak kan menjilat lagi .. ludah emak yg pernah ditujukan khusus untuknya. Faham kau? 3) Begitu jugalah yg berlaku bila orang orang melayu bergaduh. Si A kata itu ini kepada Si B dan si B pun balas ..itu dan ini. Kemuncak pergaduhan antara orang melayu selama 50 tahun ini sudah sampai satu taat .. orang bukan melayu pun menumpang semangkuk dua ..menghentam isu isu dlm agama islam kita. Bukan itu sahaja .. peluru orang bukan islam menerjah kepada .. prestasi guru guru melayu yg mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sekolah seluruh negara. Baru baru ini .. kredibilitui profesor melayu pun ..turut diheret sama. Bukan setakat profesor kangkung sahaja .. mereka sebut …tetapi lebih dari itu. Pendek kata …malu besar kita ..umat melayu di kawasan Asia Tenggara ini. Ini berlaku ..bila kita umat islam terus berbalah dari semua aspek ..dari kecil kpd besar dan ..utama. Bila imej profesor melayu dicemuh dan dihentam sebegitu rupa .. saya terpanggil .. untuk menulis sepatah dua .. jom .. kita kembali kpd pangkal jalanlah. Kita kena ingat ..2 bekalan utama yg Nabi Muhammad s.a.w. tinggalkan kpd kita semua iaitu Al Quraan dan Al Hadith. Jom kita baca bersama-sama dan amalkan apa yg terkandung dlm kedua dua sumber ini. Insya allah kita akan berjaya. Kita lupakan .. semua kisah lama ..dan kita hidup rukun damai semula. Tak mahu ker tuan / puan hamba? Kita pakat pakat hidup berbahagia. Kau ingat tak lidi penyapu. Jika batang lidi itu tak banyak sangat … bilangannya .. penyapu yg ada senang rosak. Tetapi jika batang lidi tersangatlah banyak ..kualiti penyapu lidi ..akan tiba tiba kuat semula. Mahal beli penyapu lidi yg sedap dipegang sesedap rasa ini. Jom tuan/puan hamba. Lupakan sengketa tersebut ..bergaduh pasal politik ke, islam syumul ke .. kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w yg satu dan sama. Sekian sumbangan saya untuk negara. Jngan dibiarkan negara ini hancur angkara kita bergaduh siang dan malam seperti sepasang ibu bapa yg bercerai talak 3. Si ibu dah lupa semua pengorbanan si ayah kita selama ini atau di sebaliknya. Wallahu aklam bis sawab.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/03/bila-bergaduh.html