Bila berjanji kita tepati
Salam
Kita mempunyai ramai kawan. Ada yang kita suka mendampinginya dan ada yg kurang kita mendampinginya.
Bila kita menjemput orang ke rumah, selalunya kita menjemput kenalan yg memahami hati kita .. kalau tidak cukuplah kita setakat berbual di tepi koridor opis, kantor, sekolah, politeknik atau universiti sahaja. Berbual tepi longkang dipenuhi nyamuk pun ok jugak.
Tahap kerapatan kita berkawan menyebabkan kita suka menjemput si anu dan si anu ke rumah untuk menjamu selera dan macam macam perbincangan lagi seterusnya. Satu bulu? Tengok jer ..persahabatan org MLM/ insurans ..selagi kau aktif MLM/insurans ..wah cukup intim mereka tetapi ..bila kita QUIT bisnes MLM/ insurans .. kita tak akan dipedulikan lagi. Why? ini ilmu orang kafir. Tindas menindas untuk kepentingan diri sendiri.
Melalui bacaan kitab Ilya Ulumidin .. saya turunkan .. sifat sifat kawan yg boleh kita rapati dalam zaman ICT ialah:
(i) cerdik . Bila berbual ada ‘ilmu’ kita dapat berkongsi. Problem solver.
(ii) pandai berbahasa @ sopan terutama dgn org org lebih tua(senior pangkat) darinya
(iii) ada potensi kita boleh buat macam macam projek dgnnya. Business potential.
(iv) saling faham memahami perasaan kita sebagai mukmin / mukminat terutama bulan puasa yg penuh berkat ini. Tengok sahaja dia ..kita teringat ALLAH yang Maha Agung. Kena sembahyang terawih 20 rakaat malam ini sebagai contoh
(v) suka berkongsi idea untuk terus berjaya dalam kareer masing-masing
(vi) tak lokek mengucapkan tahniah bila kita berjaya dapat anak/ cucu/ apa apa pencapaian dan mengucapkan takziah bila kita jatuh ke bawah dlm sesi perjuangan seperti belajar itu dan ini/ bisnes itu dan ini
(vii) pandai simpan rahsia / kelemahan kita sampai mati
(viii) janji ditepati dengan rela hati ( Ghazali, 1985)
(ix) jaga sembahyang 5 waktu sehari semalam (tahu halal dan haram) [ Zakaria, 1965]
(x) menerima kita seada-adanya. kalau kita cacat percakapan ..dia ok jer. sabar dia mendengar sampai habis 1 ayat kita seperti ..jom kita minum teh tarik jom jom. Gagap dia ni.
Sifat sifat kawan yg patut kita berwas pada
(i) suka makan/ mengkhianati kita (tikam belakang)
(ii) suka chop kita sampai mati secara lisan atau tindakannya
(iii) menipu & payah nak mengaku kesilapan dia
(iv) suka ambil peluang menggunakan tenaga kita untuk faedah dia sahaja
(v) suka membocorkan kelemahan kita seperti mengadu kpd BOSS kenapa kita patut dilucutkan dari jawatan itu dan ini. Mulut laser.
(vi) suka cakap besar pasal kehebatan dirinya, anak anaknya, dan kaum kerabatnya. Pendek kata ..dia adalah sepandai PRESIDEN OF USA . Mr OBAMA.
(vii) suka berhutang. Hishh baik jgn simpan org macam ini. Suka berhutang ..payah nak bayar tuan/puan. kalau mintak balik duit kita ..silap silap bergaduh besar kita dengannya disaksikan oleh semua teman dan pak guard sekolah.
(viii) suka mengumpat. Today mengumpat bini orang , esok dia akan mengumpat laki kita pulak . may be. Big chance s/he will do that…
(ix) tak jaga sembahyang 5 waktu di waktu lapang/ ataupun tidak ( Zakaria, 1965).
(x) selalu merendah-rendahkan kita semasa berdua atau lebih dari kita berdua. Memalukan kita.
Saya menulis ini sekadar menasihati diri saya .. dan anak anakku sekalian ..agar kita berwaspada sepanjang masa. Ada orang sanggup bersusahpayah untuk kita dan ada orang sanggup hancurkan kita setiap ketika. Adushhh!
Sekian. Yang baik dari Allah ..dan yang tak baik ..semua adalah kelemahan saya yg masih belajar ilmu ilmu agama sejak dahulu sampailah ke hari dinamakan hari ‘mati’. Al Fatihah.
Rujukan: 1) Ilya Ulumidin (karya Imam Ghazali rah.alaihih ) 1985.
2) Maulana Zakaria, Shaharanpur, India. The Teachings of Islam. 1965.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/bila-berjanji-kita-tepati.html