Bila berkawan-kawan
Salam
Semua kita mempunyai kawan. Binatang di bawah rumah kayu kita pun ada kawan. Kucing jantan ada kawan-kawanya tersendiri. Dia memilih kawan-kawan mengikut klasifokasinya tersendiri - ilmu haiwan di rimba. Sebagai manusia, ada antara kita yang telah berkawan sejak sekolah rendah, ada yang sekampung dan ada juga yang berkawan dalam satu opis sahaja di UTHM (kebetulan) sebagai contohnya. Demi persahabatan, kita ada peraturan untuk menjaga hati kawan supaya hidup kita bertambah sihat, riang dan gembira. Salah satu tanda orang ‘gila’ ialah dia tidak ada kawan. Kalau tak percaya ..cuba type google .. type mad shooters in USA universities
Di sini ada beberapa adab yang boleh diikuti demi menjaga keutuhan persahabatan:(i) Bila kawan Berjaya dalam sesuatu cabaran (pengajian) , di waktu konvokesyen, sampaikanlah ucapan tahniah kepadanya berulang-ulang kali; berjaya dapat anak - ucapkan tahniah dan bersyukur. Bari hadiah ok? Beli sejambak bunga RM50 tanda kita menumpang happy ..dia dah dapat ijazah pun. RM50 ? apalah sangat. Harga kawan mahal tau ?(ii) Senyumlah bila bersua dan bercakap dengan nada gembira; gigi tolong berus dengan baik. (iii) Bila kawan kandas/ sakit/ mengalami kesusahan, kecelakaan ucapkan ‘takziah’ kepadanya. Minta dia bersabar dan tabah hati. Kita sama sama menangis. Sama sama susah hati.(iv) Biarlah kita yang mempunyai tangan disebelah atas (memberi) dan elakkan diri dari menjadi tangan yang selalu di bawah (menerima)(v) Jika kawan menjemput kita ke majlis perkhawinannya, anda wajib hadhir sebagai memenuhi hak kawan(vi) Jangan suka berhutang dengan kawan; sifat pinjam meminjam akan menimbulkan perkelahian, buruk sangka; jika berhutang cepat-cepat bayar sebagaimana dijanjikan. Tak leh bayar semua now/ bayar half. Explain why tak leh settle 100% full.(vii) Sentiasa membantu kawan setakat yang termampu.(viii) Jaga rahsia kawan; jangan malukan kawan dalam banyak keadaan. Kalau dia UMNO , kita PAS .. jangan bergaduh. Yang penting we are all true muslims now.(ix) Jika ada rezeki lebih, belanja kawan-kawan kita dengan sedikit makanan, minuman, hadiah ole-ole dari seberang sana sekembalinya kita dari pelancungan luar Negara.(x) Tanya khabar kawan ‘lama tak dengar cerita kau zali!, ke mana kau?’. Style tanya biar nampak kau perihatin.(xi) Jangan menceroboh hak kawan. Contoh pinang(usik) tunangan dia pulak. Masuk rumah kawan dengan salam dan duduk baik baik dalam rumah orang. Jaga biji mata mu itu dan mulutmu juga.(xii) jangan bangkang idea kawan. If dia kata Mahathir is his superstar . and u say TG Nik Aziz ahli syurga .. so what!.. idea macam macam. Hormatilah pendapat kawan dan lawan. Kita bahagia.
Insyallah jika kita sama-sama amalkan adab di atas, ke mana mana kita pergi , kita akan mempunyai ramai kawan bukan setakat 1 hari, 1 minggu, 1 semester bahkan sampai kita sama-sama mati. Kawan sepanjang hayat. Kawan yang baik adalah satu rezeki besar dari tuhanmu. Empat biji gunung emas tak sama nilainya dengan 1 kawan yang baik dan berkualiti. Bila tengok dia, cakap dengan dia ..kita teringat perintah tuhan yang agong. ( Radhious Solihin). Sejuk hati kita. Terubat rindu kita. Bila berjauhan dengan dia, .. walaupun seminggu , kita rasa .. sudah bertahun-tahun kita berpisah. Elakkan dari hidup tanpa kawan. Darjat kemanusiaan kita bergantung kepada ramai mana kawan kita yang ada. Kita berkawan tidak memilih pangkat, sosio-ekonomi, parti politik, darjat pelajaran. Kalau semua kawan dah rosak akidah..kita cari lubang gua .. lari jauh jauh dari mereka. Bertapa. Jaga iman , amal dan fikir kita. Kita muslim , mukmin berkawan semua orang yang ada adab dan mahu mengamalkan adab.
Rujukan:
Ilya’ Ulumiddin. Imam Ghazali r.a.Radhius Solihin.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/bila-berkawan-kawan.html