bila di atas


Update terakhir:

Salam

Seronok berada di atas.
Negaraku Malaysia sebuah negara aman dan damai.
Angin di pantai yg menyapa wajah sesiapa menunjukkan kedamaian penduduk negara ini.
Walaupun penduduknya berbilang bangsa, kami saling bertolak ansur dalam banyak keadaan.

Keberadaan seseorang merujuk kepada penghormatan negara kepada seseorang individu.
Ini ada kaitan dengan pangkat derajatnya , kebijaksanaan dan hikmahnya dia dalam satu satu bidang.

Selalunya Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar, Raja raja Melayu, C.E.O dan banyak lagi ..menikmati kebesaran di atas.

Di bawahnya kerajaan Malaysia menyediakan banyak kemewahan dan keistemewaan.
Selain dari gaji, dia menikmati elaun elaun tertentu.

Seperti elaun perumahan, elaun berada di luar negara, staf sampingan seperti drebar, pengawalnperibadi dan lain lain.

Contoh elaun penasihat Petronas adalah di sekitar RM12K hingga RM16K sebulan. Di samping disediakan pejabat tereksklusif di Tingkat 86 Petronas Twin Tower .. Tun Mahathir diberi juga peluang menggunakan jet peribadi PETRONAS kemana mana destinasi.

Subhana allah, Alhamdulilah dan Allahu akbar.

Tetapi .. keberadaannya di sana memerlukan ketaatannya yg tak berbelah bahagi kepada pihak kerajaan.

Selagi dia taat, selagi itu penulisannya akan mendapat sambutan dari banyak pihak.

Tetapi bila tidak akur ..perkara pokok iaity ketaatan hakiki kpd kerajaan berkuasa
Maka dengan sendirinya terlucut semua kenikmatan dan keistimewaan tersebut.

Buktinya di bawah

Ini menunjukkan bahawa 2 perkara
pertama , nikmat dunia tidak kekal buat selama lamanya.kedua, bila jatuh ..macam macam orang mengata. Besar kemungkinan banyak jasa bakti kita mula dilupai orang.
begitulah indahnya dunia sekadar pinjam pinjaman ini.semua di hadapan mata kita sekarang untuk dijadikan pelajaran dan iktibar dunia dan akhirat kita bersama.
Allah Maha Kuasa. MAKHLUK tidak ada kuasa.
wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/bila-di-atas.html