Bila kerajaan dah taja kita ke luar negara ..


Update terakhir:

Salam/  Selamat SEjahtera

Ini untuk muhasabah diri saya dan ..kawan-kawan semua yg dah pernah belajar luar negara 1 - 50 tahun yg lalu.

Kerajaan sudah banyak melabur wang untuk menaja si fulan bin si fulan untuk melanjutkan pengajiannya di peringkatIjazah,  Masters dan ada yg sampai ke PhD.  Ada yang telah membawa semua ahli keluarga untuk menamaninya mencari sekeping skrol Masters/ PhD.  Oleh yang demikian rakyat memerlukan input yang baik dari beliau sekembalinya dari luar negara.  Input tersebut ialah dalam bentuk:

(i) idea yang bernas
(ii) perkongsian ilmu dan pengalaman yang luas
(iii) kaedah terbaru hasil kajiannya - hasil projeknya terkini -
(iv) sebuah buku mengenai ilmu nya dari luar negara - THESIS

tetapi ada jugak orang bila kembalinya ke tanah air .. dia melawan ‘tangan boss’ dengan cara:

(i)  memencilkan diri jauh jauh dari ketua majikannya, staff satu opis dengan nya
(ii) bukak kelab ‘bual/ borak’ dan membincangkan segala segala yg berlaku atas muka bumi tuhan  ini tetapi tidak ilmu yg pernah dipelajarinya

Mengapa jadi begitu:

(i)  silap pilih orang .. majikan akan ditanya di akhirat kelak/  pilih bulu bila memilih candidate untuk biasiswa itu dan ini/ contoh pilih anak-anak buah; pilih ahli politik yg sama
(ii)  angkuh
(iii)  sikap tidak mengenang budi siapa boss , siapa rakyat Malaysia

Oleh yang demikian, saya terpanggil .. untuk menulis sesuatu .

Biarlah apa yg kita tulis dan cakapkan ..sesuai dengan darjat kesarjanaan kita.
Bila kita orang matematik,  kita cakap tentang matematik.  Jika kita pakar sains sosial kita sebarkan ilmu sains sosial terkini yg telah kita analisa, kupas, dan bentangkan ke persada antarabangsa
dan seterusnya// jika kita ustaz dari Scotland St Andrews Universiti .. PhD agama - buat perbandingan agama  - budaya yahudi, kristian dalam rumah tangga orang islam ;

kita cuba cakaplah bidang tersebut/  takut apanya?
Jangan kita pakar aeronotikal engineering .tetapi kita cakapbunyi bunyinya macam orang pelihara  itek serati dan kambing . Sibuk membincangkan makanan ayam dan itek serati kita sahaja.   Jangan buah fikiran kita ..tak ubah seperti seorang saudagar minyak atar di tepi kaki lima Kuala Lumpur sahaja.  Jagalah kesarjanaan kita wahai teman yg budiman.  Banyak wang rakyat Malaysia telah digunakan untuk membangunkan otak kesarjanaan kita siang dan malam.  Tak ingat engkau?

Bila menulis dan berdiskusi ..biar nampak kita orang matematik/  kita orang komputer networking//  kita orang artificial intelligence/  kita pakar Bukit Aman - polis perisik segala kemuslihatan dan tipu daya alam kad kredit di asia dan seluruh dunia.  Majalahyg kita bawa ke sana sini ..biar nampak minat kita.  Dalam bidang ilmu yg sama.  Jangan belajar agama jer tinggi tinggi ..baca majalah.. minyak wangi, accessories wanita .. MLM siang dan malam

Kita berkongsi ilmu semata mata untuk keredhaan Allah Yang Maha Esa.  Bukan pangkat dan darjat .. matlamat kita .. tidak ada pahala itu semua. Jika kita dapat kenaikan gaji RM2000 setahun pun ..kita masih makan nasi 2-3 pinggan jer sehari semalam/ tidur menemani isteri yg sama juga //  ..  tidak ada marginal return yg hebat-hebat pun walaupun marginal cost kita sudah naik setakok demi setakok  ..  tahap kepuasan hakiki? ..kita tak akan dapat di dunia ni .. itu dalam kawalan  ilmu Allah .. kepuasan hidup di dunia adalah sementara.. Jika mahu yang kekal abadi ..fikirkan usaha dakwah untuk kesejahteraan umat ..hingga ke akhirat sana.  Fikir dan usahakan dalam agama.  Berjihad untuk agama Allah yg maha suci.  Mati kita , mati seorang shahid .. balasan nya Allah yang kurniakan.  Salaman salama.

Sekian.  Yang baik dari Allah dan yang tidak baik ..itu semua kelemahan diri saya sendiri.  Saya pun ..ada syaitan/ iblis juga ..sepanjang masa membisik segala supaya ..saya tergelincir lantas memasuki neraka jahanam bersama-sama dgn mereka.  Sebarlah yang baik walaupun satu potong ayat .. itu jua. (Al-Hadith)

Astagh firullah hal azeem// zikirullah .. subhanallah, alhamdulilah, Allah hu Akbar

Wallahu aklam/  God knows best/

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/bila-kerajaan-dah-taja-kita-ke-luar.html