Bila nak exam peperiksaan besar
Salam
Sekarang pelajar universiti sedang mengalami demam peperiksaan. Elok juga saya kongsi-kongsikan sedikit petua semasa budak budak mabuk begini. Kita mulakan dengan :
bila nak exam
(i) jagalah kesihatan .. minum air mineral 7 liter sehari bagus jugak
(ii) jangan tidur lewat-lewat ..nanti miss SUBUH dan miss jam 0830 pagi kertas peperiksaan
(iii) buatlah solat sunat banyak banyak .. seperti solat dhuha, tahajud dan macam macam lagi. Mintak Tuhan turunkan ilham .. dan keberanian di waktu menjawab kertas matematik diskrit, statistik gunaan, pengaturcaraan komputer C++, JAVA, VBASIC dan lain lain lagi
(iv) senyum sedikit … senyum lebih lebih .. mula mula try kat depan cermin dahulu .. if OK .. can apply senyuman kat .. semua warga universiti/ politeknik/ sekolah dan lain lain. After exam .. cancel senyuman itu please. Why? senyuman ini menawan dan kadang kadang menggoda maklumlah sekarang ramai orang tua .. weekend husband and wives sahaja.
Mengapa kita kena senyum? Bila senyum ..ini bermakna kita ceria. Kita senyum di saat saat kita dapat menjawab soalan paling senang kepada soalan paling paling payah punya. Dulu .. cabaran saya ialah membuktikan .. benda benda induction and recurrence dalam discrete maths. Memanglah payah .. kertas itu ..sah dah lecturer kasi soalan payah payah supaya ..tahun depan ..bilangan pelajar dalam tahun 2 ..semakin berkurangan .. senang sikit hidup dia. He..he..
(v) exercise sikit kat tasik dekat dekat .. nak maghrib contohnya 0530 - 0645 ptg. Berlari lari macam .. mat salleh berlari. Kasi otak .. dapat more oxygen dan .. keluarkan gas carbon dioxide .. bila badan cergas ,,senang hafal formula maths / stats/ programming. O yes bila sebut buat exercise ..pun ..jgn overdo it..lagipun ..kita kena ingat …. kita berlari ni .bukan nak jadi athlete sukan olimpik london pun/ sekadar kasi keluar peluh .. dan masamkan ketiak kita jer …BERESHHH?
(vi) makan makanan yg biasa kita makan. Jangan try masakan exotic, myopic atau apa apa .. mamak mari pun jangan ..nanti food poisoning .. mampus kau?
(vi) jangan buat affair dengan mat guard atau kakak guard universiti/ buang jer handset itu .. 1 bulan .. ataupun ..tanamkan handset itu .. dalam tanah dekat .. dengan hostel kita. Why? kita tak mahu diganggu maklumlah carry mark just borderline jer 26.5 /60.
Pass mark = 50/100 = pointer 2.00
Paper discrete finals — mengikut pengalaman lecturer aku tak ada lagi students cina cina dia dapat 20/40. Maximum is just 12/40 markah jer. Melayu? majoriti 5/40. pandai kan? Dulu kan .. paper finals .. profesor kita yang bina soalan finals discrete itu . Terangkat punggung students that day/ padan muka. He..he..
(vii) study quiz , tests, assignments , projek (subjek) .. dan discuss dgn kawan kawan yg jauh lebih pintar dari diri sendiri. How about your close friends? satu nasib jer .. test1 .. 4/20 jugak. tak leh diharap pun… tidur memanjangggggg..
(vii) berzikitlah sikit sikit. Maklumlah …mengikut sejarah prestasi matematik kita finals is as follows
UPSR Maths Gred C
PMR Maths Gred B
SPM Maths Gred C5
Matrikulasi Maths Pointer 2.3
TEST1 maths discrete 4/20
Aduhai ..wahai tuhan ku… tolong tolong kak chik ni/
tak lulus ..ni .. mak ayah suruh khawin dengan abang sepupu di lahad datu ..ashkar .. cepat janda aku ni silap silap haribulan.
Please ROBBB..let me study .. another 2 years ..get a degree .. and can say GOOD BYE Lahad Datu.. he..he..
Itu je lah .. nasihat saya .. pada adik adik semua.
Jaga diri.
My doa .. dari dekat dan dari jauh ..pakai GPS ..
Wallahu aklam bis sawabbbb.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/06/bila-nak-exam-peperiksaan-besar.html