Bila pulak kita bersedia untuk ..
Salam
Saya sedang membaca artikel dari Datuk Zaid Ibrahim (lawyer & politician).
Betul dia kata. Bencana alam selalu berlaku di Malaysia tetapi kita rakyat Malaysia tidak pernah (kurang sangat) mengambik pengajaran dan iktibar.
Kita dok asyik angguk-angguk dalam masjid .. bila mendengar khatib membaca khutbah atau pak guru menyampaikan kuliah agama itu dan ini. Kalau kita ada alat untuk mengukur ‘darjah anggukan’ tersebut .. kita mesti dapat merumuskan bahawa ..banyak benar mereka faham bila melihat meter anggukan tersebut. Tetapi jauh sungguh meleset anggapan kita semua. Angguk, faham tidak dapat diterjemahkan kepada tindakan yang jitu .
Tetapi . rumusannya ..kita sekadar mendengar dan melihat sahaja. Tidak lebih dari itu.
- Datuk Zaid menggadu dua perkara dan saya cukup bersetuju:
2.1 pegawai kerajaan ramai bercuti pada 25 - 27 Disember 2014 yang lalu. Dalam keadaan begini, pegawai bawahan terpaksa menunggu kata restu dari bos untuk bertindak seterusnya. Bot bot sampan walaupun ada , ada yang rosak dan tidak boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir dalam keadaan sedemikian dan berkala serta merta.
2.2 rompakan, samun menyamun dan mencuri harta orang banyak berlaku.
Ada juga orang tidak berhati perut. Dalam keadaan orang bersusah-payah dengan bencana banjir, mereka memasuki rumah rumah ini untuk mencuri seberapa banyak yang boleh. Mereka berbuat demikian kerana mereka tidak beriman langsung dengan hari akhirat. Kalau orang kelantan .. melakukan sedemikian .. malulah Tok Guru Nik Aziz kita ..
kerana kalau orang kelantan berbuat demikian , apa lagi dengan orang dari negeri lain kerana .. Kelantan selalu digelar dengan ‘serambi mekah’ itu dan ini. Di sinilah banyak masjid dan surau surau .. mempunyai program mengajar risalah risalah Rasulullah .. dan seharusnya .. mereka adalah contoh untuk diteladani. Saya rasa cukup sedih melihatkan perkara ini berlaku. Sudahkan anak anak kita terdidik dengan agama dan moral yang tinggi?
Tetapi ilmu tidak sama dengan amalan. Banyak ilmu tidak semestinya banyak amalan jika tuhan tidak kurniakan taufiq dan hidayah kepada kita semua .. ilmu agama tidak mampu diterjemahkan dengan amalan amalan mulia.
Balik kepada sistem kerja buat kerajaan/ Majlis Tempatan @ Bandaran.
Bukan setakat .. banjir sahaja .. kita tidak bersedia ..tetapi banyak lagi aspek kehidupan yg lain kita tidak bersedia.
Tengok sahajalah . di tepi tepi jalan raya seperti di Shah Alam, Selangor. Banyak pohon rendang .. menutupi papan papan tanda jalan raya. Ada jalan .. banyak lubang dan jika ditampal tidak dubaut dengan baik dan profesional. Bagi pelawat luar yang sedang memandu … papan papan tanda ada yang tidak jelas dan terselindung dengan daun daun dari pokok pokok boleh menyulitkan penglihatan dan tindakbalas dari mereka. Kenapa tidak dipotong/ ditrim sahaja daun daun dan pokok pokok tersebut agar jalan jalan raya di sini selamat dan senang dirujuk. Lubang lubang dari jalan raya yang rosak boleh membawa padah kepada penunggang motosikal terutama penuntut penuntut sekolah/ kolej. Kadang kadang perkara ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kehilangan wang kerana kemalangan maut atau kerosakan kenderaan.
Kadang-kadang kita pun terfikir .. ramai orang melayu diambik kerja sebagai staf majlis bandaran. Sudahkah mereka menjalankan tanggung jawab mereka sebaik baik mungkin untuk faedah rakyat jelata?
Tidakkah Pegawai pegawai atasan melihat perkara ini di depan mata mereka sendiri setiap hari? Apakah yang telah dibuat sebagai ketua jabatan/ pengarah? Patutkah Obama (Presiden Amerika) datang baru kita pakat pakat nak bertindak?
Apa yang rakyat lihat .. ramai staf .. mengambil masa rehat terlampau lama pada jam 10 pagi dan 1 tengah hari.
Dalam perbualan di kedai kedai kopi (nasi berlauk) .. ada perbualan yang tidak mempunyai kaitan dengan skop pekerjaan.
Bila ini berlaku .. banyak aspek kerja .. terabai .. dan langsung tidak dipedulikan oleh semua orang.
–
Banjir besar di Kelantan .. tuhan turunkan .. sebagai satu pengajaran kepada semua kita ..rakyat Kelantan. Jangan merasa selesa sangat dengan 3 benda:
- negeri yang mana 90% adalah melayu islam
- negeri yang mana banyak bercakap pasal islam (bahkan dalam pasar besar pun diputarkan kaset me ngaji Al Quraan) dan
- negeri yang mana .. tahu banyak benar hal hal islam dibandingkan dengan negeri lain seperti Pulau Pinang maklumlah Pulau Pinang di bawah pemerintahan orang bukan beriman
Itu sahajalah penulisan saya kali ini. Penutup cerita bulan Januari 2015.
Maaf diminta jika ..banyak yang salah kerana .. kita pakat pakat ambik iktibar. Kalau betul .. buatlah sesuatu sebelum kita kehilangan pekerjaan di majlis majlis bandaran di seluruh negara. Rasa rasa .. orang Nepal dan Bangla ada dah ..nok try ambik kerja demor adik kakok .. tu.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/01/bila-pulak-kita-bersedia-untuk.html