Bila sakit mula datang
Salam
Semua kita ada mengalami kesakitan pada badan luaran dan dalaman Dulu sihat sekarang sudah mula sakit. Kita tahu kita sakit apabila pergerakan kita tidak selaju dahulu. Tempoh masa berada dalam tandas semakin lama dan lama. Dunia berputar-putar macam kita berada dalam museum tsunami di Acheh sahaja ni.
-
Kekerapan membuang air kecil di waktu malam mungkin memberi tanda awalan bahawa badan seseorang itu sedang didatangi penyakit 3 serangkai. jantung ada, kencing manis ada, kolesterol tinggi .. Rasa haus ynag teramat sangat di tengah-tengah malam memberi sokongan kepada tanda awalan tadi bahawa badan seseorang sedang diuji oleh Allah .. bahawa nikmat kesihatan sudah mula ditarik sedikit demi sedikit.
-
Doktor dah kata “.. *i tell u what you cannot eat . makanan manis out. garam kurang. carbohydrate kurang. seafood organ dalaman santan goreng-goreng pun tak leh.Telur kuning kulit ayam out. red meat out. .."*Apa yg IN doktor ? “.. what is not out is IN "
Such as “.. ikan dan sayur jer …”.
Adushhhh ..
Bagaimana dengan jemputan khawin, kenduri kendara kami?
mana ada org kenduri menghidangkan lauk ikan tawar dan sayur kobis air jer?
Oh tuhan . ampunkan dosa kami. Kurniakan kepada kami kesihatan sebagaimana kamu memberi keafiatan kpd org org yg kamu afiatkan. (doa qunut).
Ameen.
- kata-kata arwah PM DR Abdul Ghani (U.M) tiba-tiba dtg membisik sesuatu kpd ku. Jgn risau kawan ku. Kemuncak kesakitan ialah satu kematian. Oleh itu , bersiap sedialah kamu wahai teman.
Wallahu aklam.
p/s: semua penyakit ada ubatnya. Try apa tu .. ubat dari Saudi Arabia? habatus sauuda. Biji-bijirin 1001 jenis ubat selain dari mati.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/02/bila-sakit-mula-datang.html