Bila satu kampung gelap gelita ..dunia


Update terakhir:

Salam

Sejak petang tadi kawasan kampung di rumah saya .. gelap gelita.  Putus bekalan letrik.

Tak seronok .. bila gelap kerana:

(i)  selera makan terganggu ..maklumlah ..tak nampak jelas … ayam atau ikan terbuk ini?  Ikan terbuk terkenal sangatlah dengan tulang-tulang yang kecil kecil tetapi terlampaulah banyak .. walaupun sedap ..dibandingkan dengan kembong/ tambang .. bila gelap ..bahaya ..  mungkin mati terceki tulang ikan terbuk menjenguk kita tau?

(ii) tak ada mood nak baca Surah Al-Mulk, Ar Rahman,   study/ baca buku/ baca jurnal/  intai-intai FB dan lain-lain lagi. Why? gelap gelemak youuuuu.
(iii) wajah isteri pun .. walaupun berkulit cerah . .. di waktu siang .. bila gelap menyelubungi dunia .. wajahnya.. macam ..  bayang-bayang sahaja.  Menakutkan juga..(laugh)  bila dari satu sudut ternampak batang-batang giginya tersusun rapi….  TAKUTlah.


Teringat saintis/ engineer .. kafir yang mencipta ..letrik/ bulb electric ini .  Jika dia seorang muslim/ mukmin ..sudah tentu dia akan mendapat pahala .. sejak dahulu 1800 - 3030 ..  bayangkanlah pahalanya. Hatta orang di masjid -masjid memerlukan bekalan letrik ..untuk mengadap Allah Yang Maha Esa.  Orang dalam tandas masjid memerlukan cahaya ..untuk membezakan batu original dengan batu .. yang berbau busuk .. entahlah.. mungkin teraba raba ..mencari batang paip .. nah ..basuhkan segera!

Minggu lalu, ada ramai umat islam ..ajak saya boikot Facebook dan Google dan .. today ..cuba boikot kuasa letrik ini.  Boleh kau?  Kita tak mampu ..bukan?  Why?  kita tahu cakap sahaja .. dunia ini sementara ; akhirat kekal abadi.  Bila tak ada bekalan letrik ..baru tahu …  siapa BOS  dalam dunia pada hari ini!


Sekarang ramai orang tenggelam dengan nikmat dunia.  Mereka hanyut .. seperti anak Nabi Nuh a.s . dahulu .. dulu anak Nabi Nuh tenggelam dgn kekufurannya .. lantas ditenggelami oleh Allah dalam satu banjir yang tingginya ..melampaui .. ketinggian gunung gunung yang tersangatlah besar.

SEkarang pun ..orang kita pun tenggelam dalam nikmat dunia yang berbagai-bagai.  Ada yang dapat rumah besar, pangkat besar, kereta besar, ayam besar, dapur besar, sinki besar, gelang besar, cincin besar, .. isteri pun bersaiz besar.  Silap silap haribulan .. jika isterinya .. wrestlingnya / paut tengkoknya dan buat grip yg tak disengajakan se kali ke kiri dan sekali ke kanan .. .. tiba-tiba patahlahtengkok tuan hamba  ..mungkin mati sisuami yang terkenal dgn sakit dada, sakit lutut, sakit usus, sakit .. macam macam sakitnya.
Ha..ha..

Orang islam pun ..tenggelam dalam kenikmatan.  Tuhan berikan bermacam-macam kenikmatan.  Ada kesihatan melampau-lampau .. hinggakan sanggup mendaki gunung Everest .. gunung Kinabalu, Sabah .. semua gunung dia nak daki ..  yg dia tak nampak ialah .  mendaki .. kebesaran Allah /  kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w

yang menghairankan … orang orang yg sihat / super sihat ini ..  selepas susah payah mendaki gunung, bukit bukau .. tiba-tiba mereka mengambil keputusan untuk turun semula ke kaki bukit .. why?  Kenapa tak stay di sana sahaja?  Gila bukan?  Ada orang mati mendaki gunung .. sejuk ..mati dalam gaung .. salji/ gaung ..kena tiupan .. badai angin yg melampau-lampau..  ada yang mati dikejar polar bear yang serba putih tetapi bertaring panjang …. mati kau .di robek robek oleh gigi gigi beruang yg besar itu // …bukankah ini satu kebodohan .. menghabiskan tenaga .. naik bukit, gunung .. dan terus ditiup angin ..  hingga jatuh ke dalam gaung yang dalam.  Ada kumpulan manusia yang terkena PETIR di atas bukit.  Kerana suka sangat .. mendaki bukit, .. menjelajah .. hutan rimba ..terpatuk ular kapak yang expremely berbisa. Saya rasa BODOH kita.  Apa cerita nak beritahu kat malaikat . why got kill ..brother?

Kalau kita join dakwah tabligh ..keluar dakwah 3 hari, 40 hari, 4 bulan di seluruh pelusuk negara …. dan keluar untuk mendakwah .. org org yang gila mendaki gunung ganang ..  alangkah bagusnya.  Allah Taala memberikan kita .. nikmat menjalankan kerja dakwah bukan setakat di kampung yang gelap (terputus bekalan letrik tadi jer ) bahkan ..hingga ke kawasan Pergunungan Nepal ..  ajak mereka pulang ..jer ..  wat apa susah susah brother/  bukan ada Supermarket atas gunung itu pun; isteri kau bernama Habibah pun tak ada .. jom ..marilah kita kembali ke pangkal jalan/ paras ketinggian bumi yg biasa-biasa kita semua handle/  nyata.

Ikuti perintah Allah, ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Orang yang berjaya ..membawa .. pulang ..orang yg ‘sesat’ .jalan ini .. besarlah pahalanya seperti orang  islam, mukmin yg menciptakan teknologi lampu eletrik       .. semua amalan baik orang buat dalam library , dalam masjid, dalam dewan conferens, kuliah, bilik darjah , dalam bas Transnasional, dalam perut Kapal terbang, kapal selam (berapa bilion tu Malaysian Navy beli ..scorpion ?) ..  KFC, McD, Mamak mamak,  dan juga hingga ke dalam sangkar ayam serram0 .. semua amalan baik manusia ini .. engineeer / inventor api tersebut akan memperolehi pahalanya. SEcara agregat .  Timbunan timbunan pahala.  Hanya untuk mu Allah.  Kita anggap orang lalai .. sesat ini sedang berada .. dalam cahaya yang gelap ‘gelita’.  Mereka gagal melihat keindahan dunia di sebelah bawah bukit, gunung gunang , banjaran gunung .. lembah Klang dan lain-lain lagi.  Yang mereka nampak ialah puncak EVEREST.  Hushhhhh..   blind?

Orang dakwah ..yang bersusah payah (jihad) berjaya ..membawa kesedaran kpd orang yg sesat walaupun sedikit jer .. tak kira ..buta mata / buta hati .. semua itu Allah Taala akan kurniakan .. ganjaran yang tersangatlah besar ..  AZEEEMMMM.. Syurga Firdaus ..kita kekal di dalam nya selama lamanya ABADI ABADA.

Sekian.  Hargailah nikmat cahaya letrik yg terang benderang ini.. hargailah nikmat iman ..di mana kita dapat membezakan  amalan mulia , amalan jahat, amalan  sia-sia dan amalan amalan ..  yang berbentuk pura-pura.

Allah Maha Mengetahuinya tuan hamba.

Wasa;llam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/bila-satu-kampung-gelap-gelita-dunia.html