bila sudah gila


Update terakhir:

Salam

Gila ini macam macam jenis.

Ada orang gila fesyen. Gila begini banyak habiskan duit.
Ada orang gila duit. Tak kira halal atau tidak semua dia kebas.
Ada orang gila nama. Pergi mana mana nak suruh orang sanjung kpdnya sepanjang masa.
Ada orang gila betina. Makin kaya betina itu, makin gila lah jantan ni. Tak malu?
Ada orang gila janda orang. Makin tinggi arwah si suami janda tu ..makin gila lah orang jantan sebelah sana tu.  Hishhh.. hidung tak mancung, pipi tersorong sorong?
Ada orang gila pangkat. Macam macam cara dia buat. Tak cukup cukup.  Bomoh siam panggil .. bomoh hindu dari benua India pun mari. Tunjuk skill.
Ada orang gila kuasa. Sejak turun temurun kuasalah tuhannya. Na u zubilah..
Ada orang gila dipuji. Mula mula hendak suaminya dulu puji dia. Baru dia senyum senyum sepanjang hari.
Ada orang gila research. Tengok ular nak research. Tengok biawak kepala dua, dia pun mula nak research.  Tu lah RU sangat. Tak  berada dalam RU kan senang hidup di Malaysia. (ketawa)
Ada orang gila share itu dan ini. Tak cukup dengan geng dia sharing sharing …dia extend sharing luar negara.
Ada orang gila makan. Siang makan. Malam makan. Sayangnya tak gemuk gemuk gak.
Ada orang gila kurus. Semua ubat dia telan. Sekarang confirm ada penyakit. Now mula kurus.

Astaghfirullah hal azeem.
Cukuplah itu tuan puan.

Bersederhana bukan ke bagus.

Jika dah khawin, syukurlah.
Jika dah senang, cukuplah.
Jika hidup, ingat sikit pasal mati itu kerana mati itu wajib.

Jika tak happy, solat hajat. Buat muhasabahlah sikit sikit.
Tambah seorang lagi?  kasihanlah organ organ dalam tubuh ini. Kasilah mereka berehat seketika.  Kuat dah buah pingggang dok layan segala kerenah mu itu selama keni. Kasi rehatlah .. insyallah.

Sekian.
Wasallam. Kita ini baka mati.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/bila-sudah-gila.html