Bila syaitan menangis
salam Betul kata ustaz .. payah masuk syurga tetapi .. Allah Taala mempunyai sifat maha pengampun dan maha penyayang. Bila sepasang teruna dara .. mengambil keputusan untuk berkahwin mengikut hukum hakam agama islam yg suci murni .. menangislah si syaitan durjana. Bila habis sahaja .. ibadat puasa di bulan Ramadhan al Mubarak .. Allah Taala istihar .. Dia sudahkan ampunkan semua dosa umat umat islam yg telah menjalani ibadat puasa dgn sebaik-baiknya. Sekali lagi ..syaitan dan tenteranya akan menangis … sia sia skill mereka menipu umat Nabi Muhammad s.a.w ini. Alhamddulilah. Bila selesai ibadat Haji di Mekah .. dan Madinah .. saya ada mendengar dari sheikh haji saya di Maktab Nenas ..kita pulang ke tanah air .. dengan dosa kita telah diampunkan oleh Allah jua. So syaitan dan teamnya .. akan menangis dan menangis tak berhenti henti. Begitulah ..tuan puan hamba. Jagalah ibadat kita ini .. jangan seronok sangat .. bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa dosa kita ini. Kita kena mempunyai harapan agar ibadat kita ..tuhan terima .. Ameen. Ingat ..akhirat bermula sejurus kita mati atas muka bumi ini lagi. Mengapa? kita tak boleh pulang ke bumi lagi untuk beramal itu dan ini sebagaimna disarankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Gunakan peluang ini semasa kita hidup segar bugar ke sana sini. Selamat Menyambut Ramadahan yg mubarakk. Sekian. Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/06/bila-syaitan-menangis.html