Bilakah kesabaran diperlukan ?
Salam.
Bila kesabaran diperlukan
· Mata mengantuk tetapi solat isha’ dan subuh belum ditunaikan lagi. Bangunlah. Bersegeralah.
· Sabar. Bersolat di masjid. Tukar bersolat di rumah depan TV kepada solat di masjid di belakang Imam. Insyallah 27 kali ganda ganjarannya.
· Dah khawin lama, tetapi belum dikurniakan seorang cahaya mata pun. Berubatlah. Tanya-tanya orang sekeliling kita. Tanya how? Doa jangan lupa. Allah yang memberikan rezeki kat kita itu. Kita hanya boleh berusaha. Tawakallah kepada NYA.
· Duit tak cukup lagi. Niat nak beli itu dan ini terutama sebuah rumah. Sabar. Ikhtiarlah. Deposit RM22,000 (10 percent deposit) jika nak membeli sebuah rumah di Lembah Kelang la ni. Rujuk Berita Harian Sabtu 7 Hb Mei 2011.
· Bos mintak kita settlekan sesuatu temasuk bekerja Sabtu dan Ahad 25 jam sehari. Gila bos ni. Contoh test test programming computer itu dan ini. Sabarlah. Kita baru kerja. Tak mampu kita nak melawan BOSS. Sabar. Buat yang terbaik. Jaga mulut dan hati itu. Jangan lawan bos. Telan semua benda yang pahit. Itu lah dugaan bekerja di bawah organisasi firma orang. Makin kuat kita bekerja/ makin kaya orang lain. Sabar. Satu hari nanti kita bukak firma computer sendiri. Cubalah.
· Belajar memasak. Selama ini semua makanan di restoran, warung ..kita complain tak sedap. So .. sabarlah. Pagi sabtu ..cuba try memasak masakan kegemaran sendiri. Jadi tak? Nak tahu masakan kita ituu sedap, cuba ajak orang-orang masjid makan selepas isya’. Buat tahlil. Kalau semua pulang dari majlis anda , Ok. Itu tanda .. anda ada bakat bukak restoran sendiri. Tahniah berkat kita bersabar. Tekun memasak. Sabar memasak. Tiap-tiap hujung minggu kita bersabar dengan memasak semua makanan yang kita paling gemari. Boleh tak?
· Study siang dan study malam. Time exam dah datang. Kena studylah. Pointer rendah. Sabar! Kita mesti study kuat kuat dan try berjumpa dengan pensyarah anda. Tanya itu dan ini. Jika pensyarah marah kat kita, sabarlah telinga itu. Profesor-profesor di universiti semua bersabar studi dari muda sampai ke tua. Sabar. Kita mesti study. If esok paper maths exam. Sabar studylah subjek math situ. Sabar. Jangan study paper TITAS pulak. Sabar. Kalau tak faham pun , buat pura-pura faham lah. Sabar banyak-banyak. Esok after exam.. bas trans nasional setia menanti. Kita boleh pulang bercuti. Sabar sikitlah. Kita mesti kena study. Boleh jadi tak berkesan sangat kerana maths bukan subjek kegemaran kita yang semula jati. Tetapi kita mesti bersabar. Sabar dan tabah dan tekun .. menduduki peperiksaan maths yang mana ramai dah students yang gagal bukan sekali. Sabarlah.
· If ibu bapa suruh kita khawin dengan orang yang mereka rasa paling sesuai dengan anda. Terima sajalah. Mana tahu – disebalik itu semua, banyak khair (kebaikan) yang menanti. Ada satu ayat dalam kitab Al-Quraan mahfumnya lebih kurang berbunyi ‘.. jgn sangka ..yang baik itu baik untuk anda .. dan jangan fikir yang tak baik itu tak baik untuk anda .. kadang-kadang benda yang nampak baik ..tiba-tiba banyak kesusahan yang menanti anda pada akhir bulan pertama, tahun pertama dan lain-lain lagi’. Taatlah pada ibu bapa. Sabarlah. Sabar mentaati ibu dan bapa kita.Jangan melawan membabi buta. Taat pada ibu bapa taat pada rasul. Taat pada rasul taat lah kita pada Allah Taala.
· Sabar keluarlah kamu berjihad. Keluar berdakwah. 40 hari. 4 bulan. Tabligh. Sabar. Marilah kita sama-sama ikut jamaah. Kuatkan iman dan amal. Fikir agama dan amal. Ubah fikir dari fikir pangkat dan darjat. Kita sabar untuk belajar fikir tentang kebesaran Illahi dan sunnah Nabi. Sabar untuk belajar bercakap .. amalan mulia berdakwah Nabi Besar Muhammad s.a.w. Sepagi sepetang kita keluar jalan Allah lebih baik dari dunia dan se isi-isinya. Insyallah.(rujuk: Buku Fi sabilillah). Sri Petaling. Markaz Dakwah Tabligh Malaysia.
· Sabar. Tukar sedikit demi sedikit minat membaca akhbar melampau-lampau- tukar bahan pembacaan . cuba bacalah kitab agama. After baca – amalkan lah. Sabar. Beramal bukan satu yang mudah. Kita mulakan dari sedikit demi sedikit. Lama lama banyak lah amalan kita nanti.
· Sabar. Dunia ini penjara kepada kita orang islam. Kita tak leh buat itu dan ini. Berzina tak leh. Menderhaka kpd ibu ayah tak leh. Minum arak pun tak leh. JUal anak anak kita yang ramai ni kat orang tak ada anak pun tak leh. Macam-macam tak leh. Sabar. Makan rasuah tak leh. HARAM. Menipu majikan takk leh. REZEKI Haram. Makan riba tak leh. Sekali kita makan riba – hukumnya seperti kita berzina dengan ibu kandung kita lebih dari 36 kali. Bayangkan lah. Rujuk buku bank Muamalat – Riba dan Pengharamannya (ms: 12-13). Bersabarlah. Kalau dah ada rumah kecil , kereta Proton 2 buah . Cukup dah lah. Bo ambik pinjaman bank lagi. BAHAYA sedang menanti. Sabar hidup dgn apa yang ada. Sifat Qannah. Sifat redha dgn apa yang ada. [Dalil-dalil pengharaman riba/ interest ms: 8 Buku Bank Muamalat]
· Sabar bangun malam buat susu untuk anak tercinta. Dulu tak ada anak , berusaha sungguh nak dapat anak. Now dah dapat anak-anak, sabar sikitlah bangun buat susu lagi dan lagi. Tukar lampin anak. Tukar. Sabarlah. Kalau tak nak pakai lampin pun taka pa. Tak yah pakai. Senang jer. Esok sabar .. kena lap satu lantai maklumlah ..anak kecil umur 2 tahun berak , kencing dari hujung bilik nya hinggalah ke kawasan parking kereta ayah nya. Sabar. Dah tak nak pakai lampin. Tukar duit beli sabun dan penyuci. Taburkan perfume satu rumah. Penanggan tak mahu pakai lampin kat anak. Padan muka kita sendiri. Sabarlah.
· Sabar – dengan suami kita. Jika dia askar/polis hutan. Masuk hutan selalu selalu 6 bulan setahun. Sekali balik .. dia buat kita macam … (fill in the blanks). He..he.. [jgn bimbang ..saya pun anak polis juga].
· Sabar – simpan-simpan sikit jika nak marah-marah kat jiran tetangga. Sebenarnya tetangga kita adalah saudara kita. Sebab itu nabi kita Muhammad s.a.w mengesyurkan jika kita mencari sebuah rumah, cuba-cuba tengok jiran-jiran mu. Jika jiran mu bagus akhlaknya/ beruntung besarlah kamu. Begitulah betapa pentingnya kita memilih jiran. Ada jugak orang/ bila dia berpindah ke dunia lain/ jiran-jirannya semua berpesta riang. Ditanya mengapa? JIran yg mati itu – buruk mulut dan hati budinya. Bayangkan orang cina/ hindu pun riang gembira bila dah tiada lagi di dunia ini.
· Sabar separuh dari iman. Perkataan ‘sabar’ ni .. senang dicakap dan senang didengar jer. Nak amalkan bukanlah senang. Ustaz pun sama. Bukan semua ustaz gerenti sabar. Ada juga yang tak sabar. Terlampau payah nak tukar dari benda bercakap kepada benda amalan hidup seharian. So belajar-belajarlah bersabar. Ustaz atau pun bukan ustaz. Kita semua lah. Umat nabi muhamad. Umat terbaik di sisi Allah Taala. Rujuk Al Quraan. Title kita umat terbaik. Bayangkanlah.
· Sabar jika tuhan memberi kita satu jenis penyakit seperti kencing tak puas-puas. Begtu juga, ada tuhan duga orang dgn penyakit gaut, sembelit, buasir, sopak dan lain-lain. Sabar tuan hamba. Penyakit dari Allah. Nak duga siapa yang paling bertakwa.
· Sabar. Kita hidup kais pagi makan pagi jer. Tuhan mengetahui segala-segalanya. Susah payah mencari rezki ..semua itu dikira ibadat .. jika kita ikhlas berusaha di mana-mana sahaja kita berada. Di sekolah, politeknik, universiti, pasar awam, drebar bas, penjawat awam , penjawat swasta dan lain-lain. Semua amalan dikira ibadat. Sama-sama lah kita bersabar membina kehidupan dunia ini. Sekejap jer. Sabar. Didik anak-anak biar dapat menggantikan kita. Jika kita tergolong sebagai orang-orang mukmin mukminah ..biarlah kita dapat meninggalkan anak-anak yang mukmin mukminah. Bukan capitalist, komunist, etis, Dracula, penipu, penjahat, perosak rumah tangga orang, pengkhianat bangsa, negara dan ..semua ini yg Allah benci.
Itu jer lah untuk hari ini. Tolong sampaikan walaupun sepotong ayat. pahala ..bertambah-tambah.
Sekian.
Wallahu aklam. p/s: saya pun sedang tekun belajar sifat sabar ini. Bukan anda seorang jer. Sabarrrrr. Jgn pandang serong kat saya. Tulisan saya adalah satu kumpulan pengalaman saya selama ini. Yg baikk dari Allah , yang lemah tu ..kesilapan saya sendiri.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/05/bilakah-kesabaran-diperlukan.html