botol susu tepung bayi 1 - 10 bulan
Salam
Semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ..mengimpikan mereka dikurniakan seorang anak, dua, 3 dan ..
ramai lg anak yang sihat dan aktif. Dari Allah Taala. Mereka adalah penyeri rumah tangga. Rumah kecil anak 12 lebih meriah di kala perayaan dari sebuah istana besar di atas puncak gunung tanpa .. tangisan anak-anak. Itu kata oranglah.
Dalam keadaan sekarang di mana ramai kita bekerja di luar kawasan , manakan bisa kita memerah susu kambing untuk anak anak kita sejurus selepas solat subuh. Satu cara penyelesaian ialah .. membeli susu tepung bayi S26, Dumex, Lactogen, Dutch Lady, ….. , dan tepung gandum sebagai alternatif.
- Setiap hari dan malam .. kita masukkan susu tepung mengikut sukatan ..ke dalam botol susu anak anak tersayang. o yes ..jgn lupa masukkan air suam jugak dgn susu susu itu sekali. Kocok sedikit biar solution susu berstatus berehhh dan sedap rasanya. Sedikit demi sedikit … lama lama kita nampak dengan jelas .. susu tepung semakin habis. Stok susu semakin nak habih!
Syukur dengan nikmat tuhan kepada kita ..kita nampak dengan jelas dan penuh kesedaran bahawa susu dlm stok semakin habis jam demi jam. Oleh itu langkah seterusnya ialah kita membeli susu susu tepung yang baru.
Kalau tidak susah kita dengan bayi sekecil 1 - 10 bulan ini. Itu baru bayi dgn stok susu dari Mydin; TESCO ..belum ayahnya lagi.
-
Setiap hari kita hidup dengan bantuan susu. Dari susu, jika Allah izinkan, bayi membesar .. tanda dia membesar ..badannya semakin berat dan wajahnya semakin tembam .. ( istilah orang moden - chubby, obese..he..he..). Kadang kadang saiz jari bayi lebih besar dari jari ibu atauu ayahnya … hebat sungguh .. susu formula + kambing + lembu + ….
-
Dalam ruangan terhad ini, izinkan saya membawa tuan kepada sukatan umur hayat kita masing-masing.
Setiap hari jika kita bangun dari tidur .. kita tidak sedar dengan jelas ..bahawa bilangan hari, minggu, bulan dan tahun untuk kita berpeluang hidup di atas muka bumi tuhan ini sudah semakin habis. (rujuk: seksyen obituary Paper Star Malaysia) …Ini berbeza dengan sebuah bekas tupperware kita menyimpan susu bayi di atas. Kita cepat sedar keadaan stok level susu anak kerana kita sayangkan anak kita melebihi diri kita sendiri.
Jika ditanya bayi ..siapa lebih penting di sini ..ibu kau/ ayah kau atau engkau bayiku sayang ?
Sudah tentu bayi ..tanda dengan pensil 2B ..ayahlah yg penting sekali. He.he..he.. bijak kau baby/
Atas sebab ketidaksedaran baki hayyat dikandung badan inilah ..semua kita ..memasang banyak angan-angan dan berusaha bermati-matian.
Contoh angan-angan dan kerjaan masig-masing:
4.1 lelaki tua berumur 60+ berhajat mengahwini isteri muda berumur 20 tahun (masya allah). Hairan seribu juta hairan ..how come parents budak sekolah T6 Atas sanggup serahkan anak daranya kpd si tua kaya tersebut?
4.2 lelaki tuan melayu berumur 50+ bercadang mengahwini janda benggali buat roti tempayan selepas musim raya kurban ini (astaghfirullah hal azeem). how come no advice dari anak anak ..jgn jgn daddy …rusak buah pinggang daddy; gigi daddy ok kor tu?
4.3 perempuan semi-uzur berumur 50+ bercadang membeli apartment RM800K di Pulau Pinang (syabas!)
4.4 lelaki tua sibuk membesarkan kebunnya
4.5 perempuan tua sibuk membilang menantu profesional, cucu cicitnya lahir di luar negara termasuk UAE
4.6 ada orang itu sibuk menimbang , menyukat emas ..cukup atau tidak untuk dibawa ke majlis persandingan , perkhawinan, pertunangan ….dan
banyaklah lagi angan-angan tambahan pula musim hari raya berjerebu (2015) dan musim cuti ramai orang menjalankan kenduri kendara perkhawinan.
Tiba-tiba .. tanpa disedari ..ada kalangan kita tersungkur mati di dalam opis - stroke doktor pakar kata atau silap makan ‘ubat kuat’ berserta dengan tapai ubi …mabuk ?
Ada orang mati kerana kepak kapalterbang tiba-tiba jatuh ke atas keretanya. Antara banyak kereta yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas di ibukota (Karak ke Kuala Lumpur) ..kereta simati pilihan target terjatuhnya kepak kapalterbang - ini semua perancangan tuhan!
Ada orang mati kerana tercekik tulang ikan terubuk RM60/sekilo
Ada orang tua buta mati kerana patukan ular tendung berbisa.. hobby suka meraba .. see i dah kata?
Ada orang mati terkejut keputusan bolasepak antarabangsa Malaysia lwn UAE 0 - 10
Ada orang mati ..tergelincir dalam tandas, terhantuk .. pecah kepala ..
Ada pemain golf mati terkena sambar petir kilat di padang GOLF (golongan orang lupa famili)
ada orang mati atas perut pompuan Siam, Vietnam, Hong Kong, … hadiah tiket Air Asia (everybody can fly including old old but strong men) dan matilah ..
semua angan-angan.
Tak takutkah kita ..tuan tuan/puan,puan?
Jom ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w
Dunia ini sementara.
Akhiratlah kekal abadi.
Buatlah sesuatu yg membawa makna yang habih habih - seghoti (the real truth) kpd kita di satu zaman ..tidak ada lagi titik ..gostand ke belakang. Tidak ada lagi .. program retreat ke Hotel 3 bintang di tepi tepi pantai pantai Dungun, Kemamang, Besut, Sabak .. scale down ‘target pembangunan ekonomi negara’ contohnya.
Sekian. Renung-renungkanlah.
Maaf dipinta jika tersilap menulis ini. Aku manusia biasa.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/botol-susu-tepung-bayi-1-10-bulan.html