Brain Drain is lupa .. hutang budi kita


Update terakhir:

Salam.

Alaihai emak ..

Hari ini seorang pakar Bahasa Inggeris Nick Rogers menulis artikel yang sangat baik dalam STAR SUNDAY 28 NOV. bahagian Sisipan - Education.

Tajuknya “ why we should do maths and science in English?”

Hujah-hujah nya ialah:

· Bahasa Inggeris adalah Bahasa Antarabangsa. Silap . Bahasa Penjajah sejak tahun 1500 hingga 1950’an. Mereka jajah kita dan sedut semua hartanah, isi bumi Negara kita.
· Istilah mathematics dan science yang tersangat mantap
· Bangsa German, Jepun dan Korea yang tersohor dengan produk ekonomi telah pun beralih ke arah penggunaan Bahasa Inggeris; begitu juga Bangsa Cina yang berjumlah 3 bilion ramainya; bangsa India menjadi 3rd kilang software - jenama produk IT dan computer di mana jumlah pendudiknya melebihi 1 bilion memeluk B.I sebagai lingua francanya. Bangsa India dengan bahasa inggeris mengeluarkan jutaan peguam tersohor hasil didik dalam B.I.

Tetapi Nick Rogers tidak sedar bahawa:

· Ada bangsa telah hilang identity budaya mereka setelah mengambil B.I sebagai satu wadah bahasa digunakan dalam dunia pendidikan di Negara mereka sejak 100 tahun yang lalu. Contoh terdekat Singapura. Anak-anak muda mereka telah mulai meninggalkan tradisi kuno nenek moyang mereka dalam semua aspek seperti budaya hidup, pemakanan, penghayatan hidup dan tingkah laku, budaya seks bebas dan pembunuhan bayi dari peringkat janin lagi
· Kalau bangsa melayu tidak berusaha mempertahankan bahasa melayu siapa lagi yang dapat kita harapkan. Ada lagi kah sinifikan pantun

Pisang emas di bawa belayar
Masak se biji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Mengapakah orang melayu lama sangat berpegang kepada ajaran agama islam yang murni yang turut sama menekankan kepentingan ‘menghargai budi orang ‘ seperti menghargai budi ibu bapa, nenek moyang, keturunan darah , budi guru-guru, budi ustaz-ustazah, budi Negara kepada kita? YES budi.

Melalui penghargaan budilah timbulnya ..cinta sayang antara ibu dan anak, cinta dan hormat anak kepada bapanya. Cinta budilah timbul rasa hurmat ke dalam hati anak-anak murid kita. Jika kita cinta pada tanah air .. apa-apa pun .. kita akan berkurban untuk tanah air ini juga.

Pejuang-pejuang bahasa dan bangsa akan berkeras juga dengan keputusan pembubaran PPMSI pada awal tahun 2010. Sekarang sudah timbul pula desas desus , kepentingan Subjek Sejarah sebagai satu alat ukur jati diri, patriotic dan berbagai-bagai lagi. Mengapa Sejarah?

“Brain drain” yang berlaku dalam kalangan cerdik pandai ialah .. jika dikaji secara detail .. besar komposisi mereka yang telah berhijrah dari Tanah Melayu ke Negara lain seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Australia dan New Zealand untuk membina kareir .. rupa-rupanya .. mereka telah melalui pendidikan mereka hampir2 100% dalam Bahasa.Inggeris. Yang menyedihkan dari tanah penjajah itu lah mereka mula menulis dan mengkritik segala apa yang telah dibangunkan oleh Negara ini. Tidak ada yang indah Negara ini. Diskriminasi? Meritokrasi? Kroni-kroni. Inilah mengapa pihak KPM, KPTM menekankan kepentingan Sejarah sebagai subjek wajib di peringkat SPM mulai tahun 2013 selain dari subjek Bahasa Melayu supaya sedikit sebanyak mereka akan melihat ‘budi yang telah banyak’ Negara ini kurbankan untuk mereka. Penulisan pensyarah kanan UPHM Dr Ridhuan Tee pun sangat menarik .. beliau.. banyak mengupas mengapa orang melayu mesti mempertahankan budaya dan bangsa melayu untuk survival generasi masa depan.

Brain drain = hutang emas boleh dibayar = kejar kemewahan = kejar emas/wang ringgit; lupa ibu ayah di kampung; rasa hina beribu bapa yang bertungkuslumus di sawah bendang, menoreh getah, nelayan, mencari buah kayu, ulam peraga, petai, kerdas, jering, tongkat ali, pasak bumi, penjual belacan, budu, pengulam songket, jala, menjaja keropok kering, menjaja ikan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga seseorang dan lain-lain

Berbahasa Melayu; menetap di sini , bumi kita dibesarkan dan di bumi ini kita mati = hutang budi di bawa mati

Bolehkah begitu?
Sekian.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/11/brain-drain-is-lupa-hutang-budi-kita.html