Buah kelapa Sabak Bernam, Selangor
Salam
Tajuk: Buah kelapa tua dan buah kelapa muda
Semasa di Sabak Bernam, iaitu kampong isteri saya , kebanyakan masa dihabiskan melihat orang mengutip buah kelapa yang sudah lama luruh ke tanah dari pagi hinggalah ke petang.
Secara logik, payah nak dapat buah kelapa muda jika tidak dipanjat sendiri. Ini adalah kerana tangkai kelapa muda masih kuat berpaut kepada tandannya. Walaupun begitu, dalam pemerhatian saya, saya mendapati ada juga kelapa muda yang sudah luruh ke tanah. Hairan bin ajaib saya.
Adakah kelapa tua kuat tangkainya atau buah kelapa muda yang isinya tersangatlah enak telah ditebuk tupai – lantas jatuh lah dia ke bumi tidak seperti hipotesis matematik diskrit - kelaziman dunia – buah muda mesti payah nok luruh ke tanah.
Begitu jugalah rasmi kehidupan manusia zaman la ni.
Semalam dah ada penyokong muda Kelantan (umurnya 19 tahun) yang mati kemalangan di Kuantan. Kasihan dia. Walaupun Red Warriors muncul juara, tidak ada pun peminat yang mengingati si mati di Kuantan tersebut apatah lagi skuad Red Warriors (Kelab BolaSEpak Kelantan) membaca al-Fatihah untuknya di saat pasukan bolasepak ini dijulang sebagai Juara FA Malaysia.Sedangkan di Brazil , ada penyokong tua pasukan Brazil yang terlampau liat nak mati walaupun Brazil sudah tewas mudah dengan Peru 0 - 5. Roliknya , Peru payah nak tumpaskan Brazil maklumlah ramai pemain pemain Brazil membintangi kelab Eropah seperti Barcelona,Real Madrid sedangkan pemain Peru sekadar bermain dengan kelab Saudi Arabia dan Jepun sahaja.
Oleh itu bersiapsedia dan berwaspadalah tuan hamba. Itu nasihat pada diri saya sendiri dan semua pembaca budiman. Bila tuhan nak ambil nyawa kita, dia tak kira kita muda atau tua. Berpangkat ataupun tidak. Walaupun kita tidur dengan pelempar peluru Malaysia tersohor sekali pun, bila tempoh hayat kita dah tamat, malaikat senang sangat nak ambik nyawa kita tak kira di mana kita berada. Pernah tak tuan hamba mendengar, abang sebelah rumah itu rebah dalam tandas lantas mati di situ sahaja? Sedangkan .. dalam satu kes lain, walaupun pak chik tua itu dipenuhi badannya dengan wayar yang berwarna warn dalam ward Hospital USM Kubang Kerian sekali pun .. payah benoooor dia nak mati. Mengapa yer? Ilmu kebal apa yang telah digunakan oleh Pak Chik ini selama ini….
Oleh itu .. bersiaplah kalian untuk bekalan ke kampung akhirat sana. Di sana di sana.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/buah-kelapa-sabak-bernam-selangor.html