Buat baik


Update terakhir:

Salam

Bulan puasa di merata rata tempat orang bercakap tentang ‘berbuat baik’.
Terutama orang orang tua.

Mereka tak ada pilihan lain lagi.  Jnatung mereka sakit. Lutut mereka entah ke mana?  Makan pun tak selera manor dah ..  isteri ada atau tidak .. semua tak apa ..
Sebab itu otak dan sanubari mereka asyik fikir berbuat baik sahaja.

Memandangkan perkara itu, saya sambung sikit lagilah ..perkara ini.

Buat baik kepada 10 kumpulan manusia:

1.  Ibu
2.  Ayah
3.  adik beradik
4.  saudara mara
5. jiran tetangga
6.  kawan kawan seopis/ sepejabat/ semega Mall dan lain lain
7. haiwan
8.  bangsa lain
9.  orang tidak bernasib baik
10. pendatang asing

Keterangan

  1. Ibu -  ini mestilah. Dia melahirkan kita.  tak puasa atau berpuasa ..kita ada dalam perutnya.  Berat .. 20 kilogram ..  tambahan ..dia bawa kita ke hulu hilir selama 9 bulan dan 10 hari.
    Oleh itu kena hormat kat ibu sangat sangatlah.  jangan guriskan hatinya.

Tanpa dia , kita tak akan jadi PM, isteri PM, anak PM, raja, Sultan dan macam amacm.  Semua kita melalui channel ibu ..  syukurlah.  Alhamdulilah/

2.  Ayah
Ayah pun kita kena buat baik.  Dulu dia yang bersusah payah .. cari duit. Pelihara lembu, jual lembu. Dapat untung ..dia hantarkan kita ke sekolah.

Jika ayah polis .. macam macam dia kena tempuhi.  Bertembak tembak dengan BOTAK CHIN .. dia selamat. Akhir bulan dapat gaji.  Duit itu ..dia sekolahkan kita dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 Atas.
Bersyukurlah.
Walaupun ayah tidak handsome macam Imran Khan .. itulah ayah kita.
Tangan dan jari berbau ..lembu.  Why?  pemelihara lembu.
tangan dan jari berbau macam macam ..semata mata mencari nafkah untuk kamu sekalian.  Oleh itu sempena hari raya ni .. jangan g beli neck tie pula.

Buat apa kan?
Belilah PERVIE Proton ke …
hadiah untuk ayah.

jarang kita dengar anak anak sanggup berpakat ..membeli satu benda yang mahal sekarang ini.
Selalunya mereka berpakat membeli kain pelikat dari Madras, minyak atar, buah tasbeeh, ktab yasseen ..  alahai .. rasa tua nya ayah ….

Belilah benda benda mahal satu.  Boleh?

3.  Adik beradik
Adik beradik pun kena buat baik.
Time kita senang .. kita tolong adik beradik tanpa syarat.
Why?  nanti bila kita dah mati ..adik beradik ini lah ..diharapkan menolong anak anak saudara mereka pula.  Jangan berkira dgn adik adik. Tolong jer.

Dia nak g haji/ tolonglah.
Dia nak khawin lagi / tolonglah.
Kita?
sabar sabar .. kita si sulong kena banyak bersabar.  Sabar memanjang.
kasihan bukan?

  1. saudara mara

Ini silatul Rahim
Orang buat baik kepada saudara mara, dia kuatkan silatul Rahim.
Hadith:  orang yang menjaga silatulrahim ..umurnya panjang dan rezekinya luas.  Yakinlah.

Ada saudara susah -  peneroka Felda.  Tolonglah.
Ada saudara kaya .. penjual karpet -  beli satu karpetlah .. kasi dia happy happy.  Tak boleh?

5.  jiran tetangga

Sebenarnya jiran ini adalh adik beradik kita juga.
Jika ada tragedy kat rumah, jiran jiranlah yang kita harapkan. tak kan kita nak calling PM yang asyik main golf di Amerika sana.  Betul tak?

nak buat baik dengan jiran senang jer?

5.1  masak bubur kacang - pass sikit kat depa.  Paling best .. hantar juga roti supaya boleh makan bubur dengan roti
5.2  jika kereta jiran rusak .. buat pura pura tolong dengan cara .. touch sana dan sini spark plug. Cabut spark plug dan pasan balik.  Jika tak start juga .. calling calling mekanik.  Begitulah.

6.  kawan satu organisasi

nak buat baik?
senang jer.

time nak raya ni .. belilah kerepek kering dia tu dari Pontian Kecil.
Bukan apa?  nak kasi dia feeling all over the moon.

Bila dia happy ..semua power points dia kasi kat kita nanti.

jika opismate kematian isteri ( dah lama sakit barah)
tolong carikan pengganti.

Bukan apa?
itu benda baik sekali.
Kasihan dia …dah setahun ni ..  tak kenal malam dan siang dia.
Jadi jururawat katakana.

7.  Haiwan

jangan usik usik kucing, anjing, kuda dan ..kura kura dalam kolam.
Biar mereka bermain dengan geng geng depa.

Jika mereka lapar ..pass sikit daging kat mereka.
Sedekah itu.
Kucing pun pandai berdoa tau? ..  panjangkan umur tuan aku ni.
Bukan setakat dgn jiran dia baik ..dengan aku sang miou miou pun dia buat baik.
Luluskan dia dalam VIVA phd ya ROBBI.

Ameen.

  1. bangsa lain

Bnagsa lain ialah kaum lain.  Cina/ India/ Inggeris/ Afrikan

buat baiklah kepada mereka.
Jika kereta mereka tak ada minyak pagi pagi ..
tolong ambik dia ..gi SHELL .belilah minyak itu.

Then
then bawak dia balik ke kereta dia, tuang minyak dan jalan.

Senang kan?

Kita tak tahu .. apa yang akan berlaku kpd diri kita dan anak anak di masa hadapan?
Manalah tahu ..bila melancong di Shanghai nanti ..tiba tiba .. semua passport kita hilang.

Masa itu ..kita perlu orang cina menolong kita.

Cemas.
Cemas
Cemas.

tetapi relax ..   Allah ada.  Sentiasa ada.

Tiba tiba satu kampong di China akan menolong kita ..urus pasal passport itu.

Yakinlah.

Tuhan tak akan sia siakan kita dalam semua tindakan baik kita selama ini.

  1. orang miskin/ kesusahan/ kemiskinan

ini pun perlu kita tolong.
jangan berkira sangat.
time ini ..kita kaya sedikit dari depa.

Mana tahu ..anak cucu kita susah nanti di Afrika.

D sini kita perlukan keajaiaban dari Allah.
Percayalah .. Alah akan menolong kamu jika kamu telah .. memberi pertolongan terbaik kpd orang lain ..suku sakat .. pada satu hari yang lalu.

Saya pernah berhadapan dgn saat getir.
Satu malam ..hujan lebat..petir sambung menyambung.
Aku naik balik ke kampong isteri saya BIG RIVER.

short cut punya pasal dari  KOta Bharu
tiba tiba ..Proton saya ..mampus di atas puncak bukit .. lebuhraya Grik, Perak.

Ini bateri mampus punya angkara..

Tiba tiba ..keluar 3 orang India berbadan besar .. kenapa abang?

mari kita tolong ..push push push

tiba tiba enjin Proton hidup balik.

Aku nak ucapkan terima kasih dan memberi sedikit hadiah wang.

Aku paling sana paling sini
mereka bertiga sudah hilang.Sekelip mata ..boleh hilang.  Adakah mereka hantu?

Ajaib.
Begitulah ..Allah tolong kita dari .. angkasa lepas.  Tak kita sangka sangkakan.

Kereta aku pada masa itu ..penuh dgn anak perempuan 1 - 15 tahun.

Bayangkanlah betapa kecut hati ibu mereka.

Moral of the story:  belilah kereta baru.  Toyota ker?

  1. pendatang asing

No comment.
He..he..he..
nantilah ..aku karang sedikit story berkenaan perkara ini.
Sekarang HOT sikit dgn geng Rohingya.
Makn sireh ..airnya ..kena baju Orlando aku.  Hishhhhh.  sakit hati nya ..tak tanggal ni klorox seminggu pun?

Sekian.
Berbuat baik lah kamu.  Ok?

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/buat-baik.html