Budaya kita


Update terakhir:

Salam

Arwah-arwah ayah, datok dan nenek  saya tidak tergolong dalam kalangan orang pandai dan berilmu tinggi seperti Pak Sako, Pak Karno , Prof Ungku Aziz tetapi mereka ada mengajar kami anak-anaknya  beberapa perkara tentang budi bahasa seperti:

  • orang menjemput kita kenduri, sebagai orang kampung kita wajib hadhir dan meraikan sama-sama saat kegembiraan saudara sekampung kita
  • orang memberi buah-buahan seperti rambutan, langsat, duku dan durian …  kita ambik jer lah .. sebagai tanda kita berjiran dan bersaudara seagama
  • jiran kita susah, jom kita tolonglah
  • kita ada rezeki lebih, kita dermakan sebahagian hasil tanaman ygserba menjadi dan ‘duit’ kita kepada orang susah , anak yatim, ibu tunggal, OKU dan
  • cakap apa apa pun ..kita mesti berhati-hati kerana terlajak perahu , boleh undur tetapi terlajak kata kata, buruk padahnya…

  pada masa ini ..  kerajaan sedang berbaik-baik dengan semua lapisan rakyat tak kira pelajar sekolah yg berhingusan hinggaah ke  pelajar universiti dan juga ibu-ibu yg sudah tua.

Oleh itu, pada masa ini kerajaan sedang memberi RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah, RM500 kepada orang tua yang uzur dan RM250 baucer buku untuk pelajar universiti .. ..  jadi langkah pertama ..kita sebagai rakyat Malaysia ..ambik jer lah. Untuk langkah kedua .. manalah kita tahu ..  apa maksud gerangan pihak kerajaan menunaikan janji mereka nak menolong rakyat jelata yg susah dan ada juga yg buat buat susah dengan timbunan hutang dari bank bank .. kerana .. isi hati, niat , misi .. ini bukan urusan kita ?  Kalau kita korek dalam dalam pun .. apa kita nak cari  dari hasil explorasi tersebut di dasar lubuk hati ketua kerajaan kita.  Biar ..  hanya Allah sahaja .. yang serba mengetahui.  Langkah ketiga, selepas menerima duit duit duit tersebut .. jom kita leh gi … beli beras, susu, ikan-ikan, dan macam-macam lagi.  Kenyang jugak perut kita ..  jika kita tergolong dari orang orang susah sejak dulu dulu sampailah ke sekarang.

Buat apa kita tuduh macam-macam kpd orang kaya yang sanggup berbudi ini.  Apalahyg kita dapat?

Kalau tuan ..tak nak ..  hishhhh.. ramai lg orang susah yg mahu dan sangat sangat mahukannya.

Jauhilah dari kata kata yg menyakiti orang lain ..seperti ..

hampas kelapa untuk ayam-ayam yg sudah lama .. tak ada makanan dik musim kemarau atau peperangan.

Lagipun ..  mananya sumbangan tuan ..yg bukan berbentuk hampas kelapa itu … jika tak keberatan untuk saya bertanya?

Ha..ha.. susah bukan?

Oleh itu, berterima kasihlah .. kpd kerajaan yg memberi itu dan ini seperti biasiswa, dermasiswa, PTPTN , ubat kencing manis, wad hospital kelas kedua, servis cemerlang nurses dan para doktor semasa kita landing jap dlm ward itu, dan peluang belajar di maktab perguruan, institut kejururawatan, peluang  pekerjaan kpd anak anak kita walaupun kita sudah lama ..memandang serong kat kerajaan kita selama ini.  Dulu bila anak anak sibuk nak datang Putrajaya untuk menghadhiri temu duga bagi jawatan DG41, M41, U41, J41..bukan geng tuan juga yg susah susah datang, panjat bangunan kementerian, mencari pertolongan dari pihak kerajaan ..  untuk apa itu?  kalau tidak .. untuk mendapatkan pekerjaan.   Kalau anak anak kita tak bekerja selepas bergraduan selama 5 tahun lamanya..  cuba bayangkan ..kesusahan kita semua.

Oleh itu , ucapkanlah .. alhamdulilah, subhanallah dan Allah Akbar ..yg …mana anak anak kita semua masih selamat di bumi tercinta ini walaupun otak kita selalu bangkang itu dan ini semua tindakan kerajaan.  Itu tanda kita tak bersyukur kpd tuhan yg menciptakan kita sebagai rakyat Malaysia.  Apa kata jika DIA cipta kita jadi orang gurkha atau Rohingya kat sana ..di sana ..di sana?  Ucapkanlah  terima kasih kpd orang itu.  he..he…

Wallah hu aklam.

p/s:  put some common sense into our actions, shall we?

 

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/02/budaya-kita.html