cabaran kita


Update terakhir:

salam

Orang islam berhadapan dengan bermacam macam cabaran.  Contoh termudah:
1)  akidahnya

  1. makan minum nya

3)  muamalatnya

  1. dan lain-lain lagi.

Akidah?

mana lebih penting ..jawatan seharian  atau Allah?

melalui pekerjaan kita dapat gaji untuk faedah makan minum kita sekeluarga dan kadang kadang.. duit itu kita extend kepada ibu ayah di kampong. Duit kpd ayah ..dia masukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat.

ramai orang tak melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam .tetapi mereka beriya sangat ke opis tanpa menjaga solat subuh dan asar nya setiap hari.  Bukan suami jer ..dia bawak isterinya jugak ..
Ini cabaran akidah.

Islam itu berlandaskan kpd solat 5 waktu. Jika tak jaga ..solat …runtuhlah iman seseorang.  Bila iman dah runtuh ..apa lagi yang nak diharapkan.

Pemandangan ini tidak terhad di Negara ini bahkan ….benda ini berlaku seluruh dunia.  Ada pilihan antara solat subuh di rumah atau solat di opis. Kalau tak sempat solat di opis ..bagaimana itu?


Makan minum

Hadith:  jika makan satu suap makanan haram .. ibadat kita tak sah 40 hari 40 malam ..

Puasa bagai nak rak ..  ttapi berbuka puasa dgn benda benda yg haram ..rugi besarlah dia.

makanan haram = babi/  lemak babi/  air liur babi //  dan banyak lagi ..tak larat nak tulis ,.. kalau di eropah/ amerika biskut dan coklat ..ada emulsifier ..  kalau plant emulsifier ..ok
tetapi kalau animal emulsifier ..tak boleh makan lah.

berus conteng conteng melukis ..dibuat dari bulu bulu babi ..haram. Tak boleh guna lah.

warna warni pun ..bahagain make up  pun jika ada …bulu babi ; protein binatang/ haiwan ..takleh guna

Seingat saya ..di UK ..kalau ada 100 produk … rasa rasa 90 produk tak leh makan/ minum/ gunakan ..kerana ada unsur unsur was was.

Wal hasil ..  payah nak makan.  Tengok sahaja dan telanlah air liur mu itu.

Minuman pun payah nak cari 100% halal sejati.

Apa kata ..  susu/ garfu/  pisau/ gelas/ cawan ..org kafir guna untuk makan makan ..  pada peringkat awal awal say 0930 mlm

selepas itu kita mat kelate masuk restoran nak makan jam 1000 mlm ..menggunakan garfu/sudu/ pisau yang sama.

To’ke restoran ..tak samak pun .. sudu/ garfu/ pisauu tu .. dengan pasir dan air 7 kali bnyk nya.  Alat alat basuh pinggan di dapur .. dia tak asing-asingkan ..kesat lemak babi atau tidak.  So how?

Macam mana?  patutkah kita membawa sudu/pisau/garfu kita sendiri merata rata tempat kita berada terutama jika kita bertugas sebagai diplomat negara?

apa kata ..pinggan itu ..jam 1100 ada 4 - 5 keping daging babi dipotong potong nipis nipis macam shuchi ..tadi ..

selepas digunakan ..

ini giliran kita pula menggunakan  pinggan yg sama.  Ok tak?
tak loyar kau?  Bayangkan lah seekor babi atas ..meja makan anda ..
he..he..he..

begitulah cabaran kita di Eropah/ Amerika/ Jepun/ Korea/ Taiwan/ Hong Kong ..

org alim kata ..kalau tak makan pun ..kau tak akan mati ..  carilah alternative.

masalah nya yg tukang bercakap itu ..dia selalu kenyang makan di kampong halamannya sahaja sepanjang hari, minggu, bulan dan tahun.

Nampak tak?


muamalatnya

Dalam kitab agung Al Quraan ..  sudah jelas ..riba itu haram.  Banyak tempat dalamnya ada terkandung bahayanya RIBA.

Tetapi .. orang guna kad kredit …terlibat dalam riba setiap hari dan bulan.  Statement bulanan nya ..ada tercatit riba  2.5% sebulan; setahun 18% riba.  How?  kalau dah guna kad kredit  10 tahun ..  tanpa henti henti kita dah telan  18 X 10 tahun = 180 % riba.
Orang ambik pinjaman rumah,kereta dan ..apa apa projek ..dibiayai oleh bank semua terlibat dgn riba.

Tak ambik ..melepaslah rumah kedai di Parit Raja, Johor tu.

Kalau ambik ..mcm mcm  ..dichop atas dahi kita oleh mukmin dan mukminat lain .. muamalat kamu ..semua bermula dengan …riba/ haram/  berdosa besar lah kamu ..

Orang kerja kerajaan jika ambik pinjaman rumah 4% adalah bunga/  haram.

Kalau 100,000rm = ribanya  4000rm/ setahun
kalau ambik 25 tahun

kita bayar balik  25 * 4000rm  =  rm100,000   riba// satu kali ganda.

Sekarang mana ada rumah berharga RM100,000 di Bangi, Kajang dan Seremban 2.  Tell me..nak beli dua biji lah..

Beginilah ..cabaran cabaran kita la ni.

Orang yg sanggup menyimpan duit sedikit demi sedikit .. sahajalah yg selamat dunia dan akhirat.

Tetapi dari 100 orang pegawai kerajaan .. nak cari 1 orang tak ambik pinjaman rumah ..cukuplah payah…  termasuk ustaz ustazah graduate UKM, UIA, UM Fakulti Islam .. tak ada pun. Mana contoh yg terbaik.. ada atau tidak..  

Bagaimana itu?

Sekian.

Orang islam yg sanggup dicabar sebegini rupa  tetapi dia redha  ..lantas dia mati ..insya allah surga.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/06/cabaran-kita.html