cabaran Pengetua zaman I T
Salam.
Syukur saya tidak dilantik menjadi Pengetua atau Penolong Kanan I, II dan guru-guru kanan subjek termasyur seperti Sejarah, Sains dan Bahasa semasa hidup ini 1957 ~ tahun 2111.
- Semua guru mempunyai satu cita-cita murni. Yes. Menjawat jawatan Tuan Pengetua Sekolah Gred A. Tetapi sayang, hanya 1% sahaja ..guru yang berpeluang menikmati nikmat jadi guru sedemikian. Betul tak?
Tengok .. ramai guru bawah Tuan-tuan Pengetua mengadu dalam akhbar-akhbar ..dia orang kata ,.. kalau dia orang tak buat kerja .. sudah tentu Pengetua/ Penolong Kanan ..tak akan harap dapat DG54, DG52 .. macam tu lah. Mengapa jadi begitu Tuan?
-
Sebagai Pengetua .. kita kena slow talk dengan se tiap guru di bawah jagaan kita. Kalau boleh berkongsilah tugas tuan dan hadiah/elaun tuan tu ..walaupun banyak/sedikit biar semua orang merasa termasuk PAR. Jika kita buat begitu. Saya yakin semua orang akan gembira. Dulu semasa saya menjadi se orang guru muda, .. , se tiap satu, dua, atau tiga kali saya memasuki kantin sekolah , .. cepat-cepat orang atasan akan settle semua minumannya sebelum saya sempat mengambil tempat duduk pun. Mungkin dia sibuk dgn urusan di pejabatnya ..tetapi saya dengar dari jauh .. dia sibuk membina pagar rumah barunya yang .. mana kos pagar lebih mahal dari rumah utamanya. Tengok? Elaun keraian untuk pagar bukan .. untuk membelanja warga guru di bawah kawalannya. Doa orang bawah ini kadang-kadang .. makbul juga Tuan Pengetua. Bukan banyak pun.
-
Dalam peluang terhad ini saya ingin menulis 2 atau 3 point terpenting berkaitan dgn tajuk di atas. Yes tugas pengetua.
4.1 Memandu warga sekolah ke arah pencapaian akademik dan non-akedemik yang lebih cemerlang lagi dari hari ini / tahun ini / seterusnya. Ini bukan satu tugas yang senang. Kalau boleh cuba tuan tunjuk sekali sekala ..kehebatan tuan mengajar matematik SPM , STPM/ fizik/ Bahasa Inggeris ker .. biar guru-guru semi tua ini .. terkebil-kebil melihat kehebatan tuan/ bahawa tuan adalah se orang pakar dalam subjek tersebut. Jangan setakat mengajar subjek ‘SIVIK atau Moral ' sahaja. Terlalu senang orang luar kat pagar sekolah sana kata. Too easy man. Cuba demostrate bahawa tuan boleh membimbing semua warga guru sekolah tuan dalam memberi kursus WORDS 2007 - outlining ; bina WEB se tiap warga guru; bagaimana menulis blog ; menulis novel, buku bimbingan menjawap soalan STPM kertas STATISTIK dan lain-lain lagi sesuai dgn zaman IT yang canggih ini. Tunjukkan komputer tuan Mcintosh punya brand di mana tuan membuat penilaian prestasi tahunan setiap individu sekolah menggunakan programming JAVA yang tuan bina sendiri. Sure mereka tabik prestasi tuan pengetua.
4.2 memandu / mengurus/ menyelia semua soal pemasalahan yang timbul dari proses mengajar dan belajar di sekolah tuan. Cuba gi tengok .. makmal mana yang mana pelajar-pelajarnya merasa tersangatlah panas , tidak selesa, .., pengajaran guru susah kerana kelas fizik terlalu hampir dengan lebuh raya PLUS, jalan raya bandar yang sibuk, dan lain-lain lagi. Cuba sekali sekala , berdiri di belakang perhimpunan murid-murid , untuk melihat sama ada sistem P A (loud speaker) .. berjalan dengan baik atau pun tidak. Jika tuan pengetua tidak mendengar apa yang dicakap oleh guru di atas pentas di hadapan sana, sudah tentulah .. pelajar-pelajar di belakang baris perhimpunan akan .. tidak dapat mendengar dengan jelas juga. Jangan kita dok syok cakap benda-benda yang world class world class sedangkan ..ramai pelajar tak dapat mendengar dan menghayati apa yang nak di world class kan pun.
4.3 menunjuk contoh terbaik se orang KETUA yang paling cemerlang. Kita patut datang paling awal ke sekolah dan pulang paling lewat dari sekolah. Jika kita sudah lama tak datang sekolah kerana urusan mesyuarat dan berkursus sana-sini hingga ke LONDON, NEW YORK, BEIJING, atau Kuala Lumpur .. gantikan semua masa yang mana kita ‘menghilang’ itu .. kepada warga sekolah. Tunjukkan kita ambil cakna .. dengan kejayaan/ kegagalan team hoki, bola sepak, .. jenggok-jenggoklah ..pelajar yang sakit terlantar di hospital besar seperti USM Kubang Kerian itu. Bawalah sedikit buah tangan kepada pesakit di hospital .. korbankan sedikit masa tuan dengan keluarga pelajar yang sakit itu. Seandainya staff ada menganjurkan majlis perkhawinan/ kesyukuran/ nak naik Haji / .. hadhirlah .. tunjuk muka tuan/puan itu. Beri sedikit masa .. melalui proses ini .. nama tuan harum sampai bila-bila walaupun badan tuan dimakan ulat dan berbagai-bagai lagi organisma dalam tanah perkuburan itu. Saya percaya ..jika tuan jatuh sakit tiba-tiba, bersara.. setiap masa guru-guru dan murid tua akan melawat, mendoakan dan menyebut nama baik dan jasa tuan. Jangan jadi satu kes ..bila tahu tuan pengetua nak berpindah ke sekolah baru .. semua warga ..berpesta ria .. mereka terlepas dari azab dan bala di bawah pemerintahan Tuan Pengetua yang tidak cakna.
Cuba jenggok rumah pelajar-pelajar di kawasan pedalaman/ rumah flat KL. Dari lawatan itu, kita akan faham mengapa kadang-kadang mereka datang lewat ke sekolah, mengapa mereka tidak dapat membayar itu dan ini mengenai .. banyak .. kutipan derma / paksa rela. Melalui lawatan itu .. semua orang kampung akan berikhtiar habis-habisan untuk membantu tuan menguruskan pentadbiran sekolah tuan itu.
Jika ada guru yang bermasalah dalam kedatangan paginya, cuba melawat guru tersebut. Bawalah limau sunkist 10 biji .. dan sambil berbual di rumahnya ..tanyalah dia ..mengapa dia selalu datang lewat ke sekolah. Mungkin ada jawapan di hadapan mata tuan pengetua seperti guru ini sibuk menolong isterinya yang JUARA KARIPAP SEGERA di seluruh kawasan perindustrian Pengkalan Chepa , Kelantan ataupun .. guru ini .. adalah guru tuisyen .. di bandar Kota Bharu dan Kubang Kerian. Saya percaya hasil lawatan tuan itu .. besar kemungkinan guru ini akan merasa ‘malu mata’ dengan sendirinya kepada tuan pengetua. Insyallah dia akan berubah maklumlah dia pun ada harga dirinya.
SEperkara lagi - cuba beri markah yang tinggi-tinggi kepada warga sekolah tuan apabila mereka ingin dinaikkan pangkat. lagipun markah itu ..bukan duit tuan pun. Tak luak pun .. rezeki tuan ..jika tuan beri markah semaksima yang mungkin. Biar se tiap warga sekolah tuan .. mendapat markah 97% ke atas untuk .. proses menyambung pelajaran ke luar negara, naik pangkat dari DG44 ke DG48, naik pangkat DG 48 ke DG 52 .. beri jer markah. Jika ada kesilapan yang sedikit dari mana-mana warga guru ke atas tuan/ maafkan sahajalah .. lupakan sahaja ..kes yang lalu. Ini masa mereka nak dinaikkan pangkat. Beri markah yang terbaik. Saya percaya jika mereka berpindah ke PPD/ JPN / KPM /KPTM .. orang pertama mereka akan hubungi dan mengucap ribuan terima kasih ..mestilah tuan pengetua yang disayangi. Doa mereka untuk kebahagiaan tuan juga pada hari ini dan hari hari yang akan mendatang. Anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit tuan ..mereka insyallah akan jaga .. seperti mana tuan pengetua ..mengambil berat kes mereka ..semasa Tyan Pengetua berkuasa penuh memberi markah kenaikan pangkat .. pada satu masa yang lalu.
Dulu masa tuan.. sekarang masa mereka.
Dulu masa mereka.. sekarang masa tuan.
Kita tidak akan duduk di atas .. sepanjang masa .. satu hari nanti kita pasti akan duduk di bawah juga. Cuba tanya .. mantan Ketua Polis Negara .. Tan Sri Musa Hassan. Semua orang besar sudah merasa ini semua. lagi pun …pangkat tuan DG54 jer .. sedangkan Ketua Polis Negara ..lebih dari itu kan?
Sekian. Harap kita semua dapat iktibar dari ini semua. Salah silap saya mohon maaf Cikgu. Tuan Pengetua. Apa yang ditulis .. dari maklumbalas warga sekolah di bawah sana. Dikesempatan ini saya dalam diam-diam melantik diri ini sebagi wakil mereka.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/05/tugas-pengetua-mencabar.html