cakap sikit , boleh?
Salam
Kita kena jujur. Bukan sahaja pelajar sekolah rendah sahaja yang perlu jujur , gurunya pun kena jujur.
Kejujuran sangatlah penting untuk kehidupan kita manusia sejagat.
Tanpa jujur, dunia akan huru hara.
Kata lawan kepada istilah jujur ialah ‘menipu/ curang’. The opposite of sincere is ‘cheating’.
- Berikut adalah kes ketidakjujurannya manusia. Contoh sahaja yer:
Si A (pegawai kerajaan) didakwa menipu dalam urusan tuntutan perbatuannya semasa dia berada di luar pejabat tahun lalu iaitu di luar negara. Hasil kes dan pendakwaan , pegawai ini dibuang kerja.
Si B (suami) didakwa tidak jujur. Hasil ketidakjujuurannya di Thailand, Medan, Hanoi (tq Air Asia) .. satu rumah tangga hancur. Hilanglah kasih sayang ayah, ibu ke atas anak anaknya bila ibu bapa bercerai.
Si C( kerani) didakwa tidak jujur. Dia hilang peluang kenaikan pangkat dan bonus tahunan. Walaupun dia telah berkerja dengan syarikat gergasi tersebut berpuluhan tahun, gred jawatannya tidak meningkat sedikit pun. Majikan tidak memandangnya walaupun dengan sebelah mata pun.
- Kejujuran perlu diamalkan bukan setakat pegawai rendah sahaja tetapi ianya meliputi pegawai tinggi sesebuah organisasi seperti kementerian di satu satu negara.
Mengapakah begitu?
3.1 bila seseorang individu di universiti, LPM, MPM tidak jujur, kualiti sijil , diploma, ijazah seseorang .. dipandang rendah oleh semua orang. Bahkan dijadikan bahan ketawa oleh manusia sejagat sama ada mereka berkumpul di dewan besar seperti PWTC atau di langit biru.
3.2 pendidikan adalah penting. Fakta mestilah betul seperti fakta-fakta sejarah. Bila fakta ini salah, satu negara boleh menjadi huru hara bila pergaduhan dan pertumpahan darah berlaku antara kaum. Bila satu bangsa didapati tidak jujur dengan bangsa bangsa yang lain … mungkin payah kita hidup bersatu padu. Kita boleh menyanyi lagu kejujuran siang dan malam untuk berhari hari lamanya ..tetapi bila fakta sejarah diragui .. lagu itu tidak mempunyai apa apa erti.
Oleh itu , kejujuran hendaklah dijaga.
Jika rakyat diminta jujur, menteri menteri baru dan veteran pun mestilah bersikap jujur.
Dalam dunia yang serba pantas, rakyat beilmu dan dibantu dengan teknologi yang serba canggih boleh mengetahui dan menilai .. siapa jujur dan siapa tidak.
Jika ini berlaku satu dunia akan ketawakan kita. Dalam kamus ada istilah ‘conscience’ bermakna hati nurani , hati kecil kita , suara hati kita.. kita tahu sifat dan status kejujuran kita. Kita bersalah atau tidak jika kita malas dalam sesuatu tugasan atau telah menyeleweng (harta benda rakyat) pada skala rendah atau tinggi.
Itu sahaja suara saya. Suara ini ditujukan kepada saya dahulu dan .. semua pembaca yg saya hormati sekelian. Kejujuran adalah sub topik ketaqwaan dalam bidang agama islam. Bila kita bertaqwa , tuhan akan tunjukkan kita jalan keluar dari satu satu bencana tanpa kita sangka-sangkakan. Tanpa bertaqwa, kita tdak akan ke mana mana da. Tengok sahaja ekonomi kita .. dulu GST dikatakan boleh mengatasi masalah kewangan negara, sekarang harga tambang kenderaan awam seperti LRT diheret sama ..bolehkah ini membantu negara ? Minggu minggu lepas .. harta TNB dijual sudah kepada pihak China ..mcm mcm ..tetapi tak selesai jugak bukan? Perlu taqwa , dan perlu jujur jer ..brother.
hasil hati nurani kita boleh kembali ke jalan yg benar.
Sekian.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/jujur.html