Cari duit
Salam
Ada orang mencari duit secara seorang diri. Contoh nelayan di Besut. Hanya ayahnya sahaja yang bersusah payah mencari duit, melawan ombak badai di tengah laut. Ibu menanti .. hasil tangkapan ikan dan memasak lauk. Sedangkan …
Ada orang itu sekelamin mencari duit. Selepas ayah pulang dengan duit dari pasar contohnya , ibunya pula keluar mencari duit ..membasuh kain baju di rumah saudagar kaya dalam sebuah taman perumahan tertentu. Paling penting, jumlah duit semakin banyak. Itu fikir mereka siang dan malam. But wait ..jap.
Ada orang , tak cukup dengan anak anak menantu keluar mencari duit, si ayah dan ibu di rumah turut terlibat juga keluar mencari duit. Dengan sebab itu kenderaan penuh sesak di jalan raya di negara ini. Oleh sebab terlampau banyak kenderaan, maki hamun antara sesama manusia menjadi satu yg lumrah. Org kelantan maki kat orang india, dan orang cina maki hamun kat orang hindu. Pendek kata, banyak sungguh maki hamun antara kaum di sini di atas lebuh raya dan .. juga parking areas.
Mengapa yer?
- Duit adalah alat untuk membeli makanan, sewa rumah, sekolah , universiti dan macam macam lagi kesedapan hidup. Pernah saya berjumpa seorang kenalan yang baru sahaja bersara .. secara fizikal nampaknya dia ini letih sahaja. Saya tanya dia .. mengapa ni Meee? Dia jawab .. pitih tak banyak dah di dalam saku aku. So mengapa? Stail hidup aku banyak dah berubah … dulu boleh jugak makan dengan prof prof di warung Parit Raja tetapi selepas pencen( bersara) , siapa lagi mahu makan dengan orang bersara macam aku ini. Lagi pun, risau aku tak macam risau kamu kalian. He..he..he..
Begitulah nasib seorang pesara. Kasihan yer?
Ingat jika pesara itu kehilangan isteri .. kematian atas sebab kesihatan / kemalangan .. tentu dia akan merasa teruk lagi dari keadaan sekarang berstatus pesara.
- Say atertarik dengan istilah ‘risau/ bimbang’ yang digunakn oleh kawan saya itu En Meee politeknik kota bharu.
Mengapa risau?
Sepatutnya bila sudah bersara ..kita boleh berehat sebentar sementara kita belum dijemput oleh tuhan semesta alam ke rumah 6 kaki dalam bumi. Biarlah ..orang orang muda bersusah payah sedikit membina kehidupan mereka masing masing.
Kita risau kerana ..kita sudah biasa dengan status risau. Bila risau, kita buat sesuatu yang positif untuk mengatasi risau tersebut.
manusia islam atau bukan, kita risau beraneka rupa. Ada oarng risau pasal duit. Ada risau pasal isteri dilarikan orang Mat Pakistan Karpet. Ada orang , suami nya kuat digoda oleh mak chik mak chik yang menjual di pasar itu. Si anak risau ..pasal biasiswa JPA dan .. orang Rohingya ..yang baru masuk ke negara ini risau juga untuk mencari pekerjaan.
Pendek kata semua orang risau.
Jom kita kembali kpd Rasulullah s.a.w. di saat saat dia nak nak wafat ..meninggalkan kita semua.
Perkataan yg sempat keluar dari mulut nya ialah
umat umati ..oh umat ku oh umat ku ..
Mengapa yer?
Tak keluar pulak .. dari mulut baginda .. pitih RM , pitih Sing , pitih Brunei ..
kalau pitih lah yang menjadi ukuran ..sudah tentu ..pitih yang akan disebut sebut oleh kekasih Allah.
Yes .. baginda risau keadaan umatnya .. di akhir zaman.
Ramai tak beriman, ramai tak ikhlas, ramai hilang kejujurannya, ramai rasuah, ramai tak kesah halal dan haram.
semua ini kerana .. godaan dunia dan wanita, pangkat dan darjat.
Jika kita sayang Rasululllah s.a.w. sepatutnya risau dia ..risau kita jugak lah. baru lah boleh kita menggaku .. kita umat baginda Rasulullah sa..w.
Sekian.
Jom kita keluar dakwah macam baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan para para sahabat nya. barulah datang seluruh dunia ke kaki kita. Kita tawan satu dunia bila semua orang memeluk islam. Senang jer.
Insyallah.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/05/cari-duit.html