cemburu manusia
salam
nak sharing jer ni.
Manusia ada perasaan bergelar cemburu atau iri hati(dengki). Dalam bahasa inggeris disebut ‘jealous’. Perasaan ini bersarang dalam hati kita sebesar 100 gram sahaja dan duduknya dalam badan masing-masing. Banyak kes pembunuhan berlaku dalam kalangan manusia disebabkan faktor cemburu. Ada banyak gelaran bagi istilah cemburu ini seperti ‘cemburu buta’ dan ‘cemburu ala profesional’. Dalam Al Quraan tuhan benarkan kita mencemburui orang bertiga ini sahaja iaitu orang yg mana tuhan kurniakannya kekayaan dan dia sedekahkan hartanya siang dan malam ,HOW? Dia bina masjid untuk faedah semua manusia bergelar musafir// tuhan kurniakan seseorang berilmu pengetahuan matematika dan dia gunakan sepenuh hayatnya menyebarkan ilmu aljabar, geometry, trigonometry, kalkulus, Central Limit Theorem, statistic perihalan dan statistic inferential dan lain-lain lagi secara terang-terangan dan sembunyi-sembunyian dan akhir sekali tuhan kurniakan seseorang itu suara merdu dalam pengajian kitab suci Al Quraan dan dia terus sibuk dengan pembacaan Al Quraan tersebut siang dan malam termasuk mengajar IQRA.
Tetapi .. untuk maksud akademik teruslah membaca tanpa sikap prejudis
keadaan cemburu timbul dalam kalangan manusia :(i) Si suami berkahwin lain. Kawan-kawan si suami pun jealous meh.(ii) Si teman lelaki mempunyai database dan perhubungan 1:1, 1:m; m:n dengan perempuan lain walaupun Nabi Muhammad s.a.w dah kasi warning bahawa semua perempuan mempunyai senjata yg sama kecuali tahap ‘ketakwaan’nya sahaja yg membezakan mukminah solihah atau pun tidak. Tetapi tak ramai orang lelaki percaya bendo ni. (bedebahnya mereka….)(iii) Kekayaan(iv) Pangkat dan darjat DG54, M54 .. Profesor Utama Gred Jusa ‘A’(v) Pencapaian akademik Pra-Tadika, UPSR, PMR, SPM, STPM, Degree, Masters, Ph.D(vi) Dunia bisnes dgn gelaran bilionwan, jutawan(vii) Dunia peragawati dan peragawan(viii) Antara adik beradik di mana si sulong sentiasa mendapat ‘pembelaan’ yg lebih dari ibu bapa kita sendiri. Tak aci(ix) Warna kulit, saiz bibir, ketinggian tubuh, slim 6 kaki tinggi tanpa kasut, kecantikan, paras rupa ( rujuk Filem Melayu Hitam Putih Bawang Putih Bawang Merah ..kasihan)(x) Jenis makanan, kediaman, perabot, persediaan Hari Raya Aidil Fitri (rujukan; Court Mammoth, Singer, CIMB bagi tahun 1980 - 2013) (xi) Biasiswa luar Negara / dalam Negara/ PTPTN/ pinjaman MARA(xii) Peruntukan kerajaan (subsidi)(xiii) Projek pemberian Kad Pengenalan Malaysia@ IC di Sabah ( tak aci …muuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)(xiv) Royalty minyak antara negeri Terengganu dan Kelantan, Malaysia. ( selagi org kelate tak leh royalty ini .. payohlah BN nok tawan negeri cik siti wan bulan itu). Why? Tanya cerdik panda org kelate kito tuh yg paka serban besar bakul dan berjanggut berwarna putih itu.(xv) Kuasa politik dan macam macam lagilah tetapi rumusan cemburu ini semua terkandung dalam kitab suci Al Quran seperti kisah-kisah anak-anak Nabi Adam a.s. Nabil dan Qabil(xvi) Dan berebut , berpakat-pakat buat Biography Sekian. Renung-renungkanlah. Baguskah kita mempunyai perasaan begini sejak kecil hingga ke sekarang terutama orang-orang berumur yg bergaduh siang dan malam untuk berebut tampuk pemerintahan Negara di Putrajaya? Kubur kata mari dan dunia kata pergi. Wak gapo berebut lagi adik kakok weh?
Translation:Why must we be jealous?Al Fatihah.
Walllahu aklam. ( God knows the MOST)
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/cemburu-manusia.html