Ceramah Isra Mikraj (lawatan Baginda Rasulullah s.a.w ke neraka dan syurga)


Update terakhir:

Salam

Semalam di tempat saya ..  Masjid Jamek .. ada ceramah isra' mikraj.

Dalam 365 hari se tahun .. ada satu hari dikhaskan oleh masjid ini ..ceramah isra' mikraj.  Ceritanya begini.

Baginda Nabi Muhammad s.a.w dibawa oleh malaikat bertemu dengan Pencipta Agung Allah Taala.
Perjalanan dari Masjid Mekah ke Masjid Al Aqsa ..  jarak perjalanan ..  lebih kurang 2 bulan ..menggunakan kenderaan kuda/ unta terpantas di kala itu.

Cerita cerita di bawah . hanya dapat difahami jika kita ada beriman kpd Allah Taala sahaja. Tanpa iman ..semua cerita ini; kesah Al Quraan ; hadith Nabi Muhammad s.a.w  .. nampak satu khayalan , mimpi dan (entah).  Jika kita menggunakan otak logik semata mata seperti hukum matematik dan fizik ..  besar kemungkinan ..cerita terkandung dalam isra mikraj ini .. nampak dogeng sahaja.  Astahgh firullah .. min zalik.

Jom kita sambung cerita.

Dalam malam yang sama ..  Baginda diangkat ke langit ke tujuh dan seterusnya ..  berjumpa dengan Allah.  Di sinilah perintah sembahyang diturunkan ..50 kali solat sehari semalam.  Selepas ‘negotiation’  jumlah 50 ini dikurangkan kpd 5 kali solat sehari semalam.  Jadi perintah solat dikuatkuasakan dari atas langit … Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahu akbar.  So gunakan lah faedah solat ini sebaik mungkin saudara saudariku semua.  Mintak apa apa sahaja dengan Allah.. ilham, keberanian, kejituan penulisan tesis PhD , masters …  mintak dgn Allah dan berdoa banyak banyak kpdnya.   Why?  Allah Maha Kuasa .. makhluk tidak ada kuasa.

  1.  Dalam sesi lawatan Baginda tersebut ke langit ..  Allah memberi peluang .. baginda rasulullah menjenguk ‘sekejap’ penghuni penghuni 2 tempat teristimewa bernama syurga dan neraka.

kesah kesah ini diabadikan oleh Allah dalam Al Quran ..  dengan adanya surah Al Isra'.
Betapa istimewanya malam isra' mikraj.

Walaupun ramadhan ( 30 hari banyaknya) adalah bulan teristemewa kpd orang orang mukmin mukminat kerana adanya malam lai latul qadar ..  tuhan tidak menciptakan satu surah pun bernama Al Ramadhan dalam kitab suci Al Quraan.  Betapa besarnya ..malam isra mikraj ini!

Rumusan :
lawatan ke neraka -   baginda melihat .. ramai penghuninya wanita ..kerana apa yer?  Ada orang alim kata ..  wanita tidak bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan kepada mereka semasa di dunia fana ini.  Mereka tidak bersyukur .. adanya suami di sisinya, adanya rumahtangga, suami beli ayam, itik, angsa, rusa, kancil , ikan, ketam, kerang, …  ada wanita masih tidak berpuas hati dengan pembelian si suaminya;  ada wanita pelacur; ada wanita yg suka mengumpat ke sana ke mari ; ada suami digolongkan ke dalam tempat ini kerana tidak mendidik isteri dan anak anak dgn baik;  suami memberi makan kpd keluarganya .. dengan rezeki yg haram ; ada orang kaya raya (tidak bayar zakat) sombong kedekut angkuh;  ada orang yg hidupnya teerlalu senang ..  boros .. banyak membazir ; anak anak yg derhaka kpd kedua ibu bapanya dan banyak lagi lah.

lawatan ke syurga - penghuni nya majoriti .. orang orang miskin papa kedana,  anak anak yg selalu taat kpd ibu ayah mereka di kala berhadapan atau berjauhan dari mata mereka;  org yng menjaga solat 5 waktu sehari; jaga puasanya; jaga zakatnya; jaga ‘haji’nya;  dan redha kpd qada dan qadar tetapan ilahi kpdnya.  orang yg menjaga alat kelaminnya kecuali dgn org orang yg dibenarkan oleh islam agama yg suci.  Orang yg mana mulutnya bebas dari mengumpat, mencela, bercakap besar , sombong, angkuh , takabur ..  mungkin senario PRU12 dan 13 yg lalu ..  org yg mungkir janji ; munafiq; penipu; pengkhianat;  pembunuh; perompak dan lain lain lagi.

O yes .. tak lama .. saya mendengar ceramah itu.  Disebabkan kesihatan ..saya pulang agak awal ke rumah.  Tetapi …  saya sampaikan di sini .. setakat apa yg saya dengarlah. Ini sahajaygsaya mampu di saat saat begini.   Jika tidak 2 hari 2 malam saya mampu menulis rumusan ceramah ustaz tersebut.  Insyallah.

Yang baik dari Allah dan yang tidak baik ..semua adalah kelemahan saya sendiri sebagai insan biasa seperti Arwah S. Shamsuddin (pelakon se angkatan dgn P. Ramlee, A.R. Tompel dan ..)

Al Fatihah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/06/ceramah-isra-mikraj-oleh-baginda.html