CEREWET


Update terakhir:

Salam

Ramai kalangan  kita cerewet.  Si muda lawa cerewet dengan pakaian nya tiap tiap hari dan si tua pun apa kurangnya. 

jOm kita singgah ..berceritakan pasal cerewet ini.

KES I:  musim raya

Anak , bini, cucu sudah balik kampong di kampong Pintu Geng, Kota Bharu  tetapi mereka tidur hotel lahhh..

Mengapa?
Cerewet punya pasal lah.

Isteri Kumpur cerewet.
Nak buang air ..  kena ada seat dan holder.  Pakai tisu lah..

Suami pun cerewet.  Tak nak makan nasi kerabu hitam dah. Kes ada budu.

Anak dara dia ..cerewet jugak.  Nak makan dalam restoran  tempat ada air-cond jer.  Tak nak makan hidangan dari nenek .. masakan traditional sahaja.  Pedas gila dengan cili burung di tumbuk dalam lesung.

Anak bujang lelalki satu hal pulak -   tak suka tidur rumah nenek . Tak ada ASTRO..
Ini semua .. kesnya ..suami isteri berpelajaran tinggi / berpendapatan tinggi.

Seorang kerja AIR STEWARDESS .. Fly tinggi tinggi
Seorang lagi .. kerja KLCC .. Tingkat 28 ..cukuplah tinggi.

Disebabkan perkara ini,nenek atuk di kampong cukup terasa hati.  Setiap tahun feeling .. bad, worse dan worst.
Mereka semua balik kampong tetapi ..  tak terasa pun berhari raya .. tidak ada hilai ketawa cucu cicit berebut bantal tidur di rumah atuk nenek kelate maghi.. perempuan lelaki .. kerana mereka dok asyik tengok program TV / ASTRO di Hotel Renaisaance sahaja.  Syabas!!!

tak ada cucu nak tolong buat ketupat.
Tak ada menantu tolong tolong tumis itu ini nak buat rendang /  pulut kuning.

Begitulah.

KES II

Cerewet .. pembacaan Al Quraan.

Al Quraan adalah dalam bahasa arab.

Lidah melayu/ bangla/ sri langka .. susah jugak lah nak lentuk macam lidah arab Saudi/

Jika baca tak betul al Quraan ..tak sah solat kita masing masing.

Oleh sebab itu kita kena belajar betul betul pasal makhraj/ tajwid/ tanwin / idgham dan sebagainya.

Tetapi ..kita kena berpijak di bumi nyata.

Lidah kita bukan macam orang ORI dari Negara arab.

Tak percaya ..cuba jalan jalan di Pakistan/ India/ Bangladesh

cuba dengar azan mereka.  Ada sama tak dengan orang melayu memberi azan?

Sama?

Ha..ha..ha..

 macam mana hukum itu?
cuba ikut solat terawih di masjid maki , Karachi, Pakistan.

Imam nya baca cukuplah laju.  Cuba mintak Ustaz Hj Hassan (Muqaddam) check .. betul ker ni Tan Sri?  sahkah solatnya.

mereka baca laju.
ok ker ..

hakim tajwid mesti beri markah rendah rendah ..  kerana .. mereka tak stop pembacaannya ..ikut symbol dalam al Quraan pun.

Ini sebablah .. ilmu pembacaan al Quraan cuuplah cerewet/  kena pulak ..ustaz, ustazh ..tidak mahir memberi motivasi ..kekalkan minat membaca Al Quraan dari muda sampai ke tua pasal anak anak muda di kampong ini.

Pasal cerewetlah ..ramai anak anak muda melayu tak mahir/ pandai membaca Al Quraan .. terutama surah Yaseen di saat ibu ayah nak mati.

Di Masjid Telipot .. kitab-kitab  tahleel Yaseen macam tak ada sambutan pun.  Masih tak ada pembaca ..kerana ..kitab kitab ini nampaknya masih fresh seperti sedia kala walaupun di tulis ..wakaf tahun 2010 lagi. 

Kasihan?

KES III

Laki bini

Laki tidur bising. Macam kerbau disembelih pada musim raya haji.
Dah tegur macam macam dah .. tetapi tabiat tidur bising ini tak boleh hilang walaupun sesaat.

Isteri fed up.  Skala fed up 8/10.  Menyampah.

Isteri pulak ..cerewet di dapur.
Bila cerewet pasal kebersihan .. ibu mertua pun takut nak basuh sudu garfu di dalam sinki dia.
Isteri cukup pembersih.

Tak boleh tengok ..  kertas bersepah sepah.
Di sebabkan terlampau cerewet ..satu hari hilang ..kertas markah ( summary sheet) kertas SPM Matematik II ..sekolah Tun Razak Seremban.

Mampus ..mereka bergaduh.
Macam macam bahasa digunakan.

Akhirnya bercerai.

Mengapa?
Kes cerewet so karo lah.. suami cerewet jgak maklumlah guru pakar .. JPN/ PPD / LPM cukup respect pada dia/  tahun depan jika tidak ada apa apa aral melintang ..confirm DG54 JUsa .

Tetapi dapat gred pangkat tinggi pun tak guna

isteri cantik Hang Li Po sudah cabut lari.
Tak tahan .. bahasa kesat si suami pada dia that day.

Kasihan!!!

Begitulah ilmu cerewet untuk kali ini.
Lain kali saya sambung lagi.  In sya Allah.

Sekian. Wasallam.

p/s:  jangan cerewet sangat.  Plus minus plus minus sudahlah. 

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/cerewet.html