Cuti cuti sekolah Malaysia 2 minggu


Update terakhir:

Salam

Ramai ibu bapa .. sibuk melayan kerenah anak anak yg sedang bercuti panjang selama 2 minggu pada masa ini.

Tak lupa juga ..banyak kenduri kendara di kampung maklumlah ..ramai sanak saudara jauh dan dekat sedang bercuti sama.  Boleh lah mereka datang ..memeriahkan majlis kenduri tersebut.

  1.  time cuti apa kita selalu buat?

2.1  tidur ..extra panjang/ lama selepas subuh
2.2  tolong mak ayah kemas kemas rumah
2.3  ikut mak ayah kenduri kendara jauh jauh ke kampung asal usul kita org melayu.  bila lagi bukan?

  1.  duit mak ayah?

3.1  banyak duit kena ..ada maklumlah semua makan di rumah ni
3.2  pergi cuti cuti Malaysia ..semua pakai duit ..untuk minyak, makan minum dan hotel.


Di sini ..nak komen pasal tidur hotel ini?
mana nak tidur hotel atau ..tidur rumah sanak saudara?

jawapan nya ialah 70% suka tidur di hotel  dan 30% suka tidur rumah saudara mara di kumpur.

why?

3.2.1   malas nak menyusahkan sanak saudara yg mana hari pertama ..muka mereka manis jer
3.2.2  wajah tuan rumah mungkin nak mula .. tak manis dah ..maklumlah penattttt..melayan ..dan memasak itu dan ini
3.2.3  entah lah?

Tetapi sebagai orang tua .. kita kena utamakan rumah sanak saudara kita ..dengan berbuat demikian kita dapat kenalkan .. anak anak kita nanti ..  manalahtahu 20 tahun ke hadapan .. anak anak kita nak kenal sanak saudara yg kerja best best di Putrajaya/ Cyberjaya dan lain lain tempat.

Lagipun ..duit boleh dicari anytime …but hati budi sanak saudara ..  jangan buat .. main main tuan tuan.  Jagalah hati mereka sedikit.  Tak mahu tidurpun ..  jengok jengoklah rumah tangga mereka.  Bawak buah tangan sedikit seperti apples/ oranges/ grapes/ dan macam macam.

Borak lama lama sedikit please.  Bila kita buat demikian ..  keseronokan itu ..tak terkata..
why melawat saudara mara?  nama kita akan disanjung sampai bila bila.

Dia orang akan bilang ..‘pok li ..maghi hari tu dgn anak anak tino dio … baguslah dio ..
lama jugak atas rumah kito ni.. tapi ..dio ok jah…  berborak ..tu ..macam .. sudah lama ..tak jumpo jumpo..

nama ini ..dek ..  akan diingati/ dikenang oleh semua anak anak , cucu cicit saudara mara kita yg berperanan jadi tuan rumah itu/

4.0  penat sikit ..melayan .. dan mereka aktiviti musim cuti sekolah

Summer camp?  tak yah.  kita boleh buat sendiri
Ajak anak anak jantan kito ..gi dengar ..org baca kitab agama ..di madrasah 1 jam ..setiap malam.
kalau 2 minggu ..mereka dah dapat tadah telinga at least 10 jam dah/  itu summer camp dah// tak yah bayar pitih apa apa.

Tuisyen?

he..he..  time cuti ..wat apa tusiyen
kalau dapat 5A pun UPSR .. mana leh kerja kerajaan lagi .. jawatan posmen pun nak SPM brader.

so ..  elok eloknya ..jgn bebankan anak anak dgn tuisyen ni/

kasihan mereka.

biar mereka seronok main ..guli kat depan rumah dgn sepupu dia// belago buah getah ..  cari buah getah dalam kebun getah  ..dan mereka boleh try  belago .. hok mana satu butir getah paling kukuh/ kuat/ gagah/  ..why?  dgn cara itu .. kita dapat tanamkan kasih sayang antara sepupu sepupu anak anak kita.

Why asyik dengan FB?  tak ada faedah itu/  kalau kita sakit .. mana ada member FB nak tolong kita.

wat perabih duit dan masa jer ..main FB ni.

time cuti cuti sekolah .. jom kita friend ..dgn orang orang kampung kita .. boleh?

5.0  malam malam

before tidur .. kitaajak anak anak buat summary/ ringkasan ..apakah aktiviti yg telah dibuat hari ini?

dgn cara taklangsung  .. kita dah train anak kita jadi wartawan dah //.. sejak mereka sekolah menengah lagi.

kalau kita tak suka cara ..mereka berkawan dengan sanak saudara ..kita boleh tegur mereka secara santai .. insyallah mereka akan berubah sedikit demi sedikit.

Taka da kedai boleh ajar anak beradab dan berbudi bahasa .. kecuali semua ini datang dari mak ayah kita sendiri.  Kitalah yang akan menentukan .. warna .. peribadi mereka di awal hidup mereka sampailah mereka dewasa.

SEkarang .. kerajaan buat macam macam program .. tetapi ,,mak ayah .. tak tahu nak .. edit/ ammend/ append/ baiki / tokok tambah sedikit sedikit itu dan ini .. if we do that ..insyallah bangsa malaysia .. akan sentiasa maju dalam semua bidang.

Sekian.

Letih lah .

He..he..

al fatihah.

walllahu aklam bis sawabbbb.  Jom ngaji Quraan today. Surah Ar Rahmannnn.  Try?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/cuti-cuti-sekolah-malaysia-2-minggu.html