cuti sekolah yang panjang


Update terakhir:

Salam

Musim cuti sekolah datang lagi.
Ramai anak cucu pulang ke kampung.
Ada tu kampungnya di pinggir hutan dan ada juga di tengah tengah bandar yang besar.

Bila bercuti
Riuh rendah anak cucu di rumah atuk nenek mereka.
Ada cucu berumur 1 hingga 3 tahun sahaja. Kaki nangis dah sampai dah.
Ada tu, umur cucu mencicah 20 hingga 30 tahun. Ada yg sudah bekerja dan ada yg sudah berumah tangga.

Pulang ke kampung adalah satu tradisi dalam kalangan orang melayu, cina vdan india di negara ini.  Wajib balik selagi datuk nenek masih ON.

  1.  bila berada dalam rumah secara beramai ramai
    Banyak makanan diperlukan.

Terdapat 2 cara mengatasi perkara ini

2.1  buat sendiri
2.2  membeli dari kedai di luar

Ulasan

Buat sendiri makanan bagus juga.
Makanan kegemaran saya ialah laksa, laksam dan lompat tikam.
Selalunya nenek akan mengepalai tugasan
Memasak makanan makanan ini di dapur.  Banyak masa diperlukan. Mereka menggunakan kayu api sebagai bahan pembakar.

Riuh rendah emak, emak saudara, kakak membantu.
Lama lama rumah jadi senyap.
Mengapa?
Mereka sedang mengadap makanan beramai ramailah tu. He..he..he.

Zaman 30 hingga 50 tahun lalu
Masak masak beramai ramai adalah wajib dalam kalangan wanita. Kebanyakan mereka mahir memasak. Jarang orang bercerai kerana tukang masak sedia ada. Kunci rumah tangga ialah kemahiran memasak.

Tidak sekarang.
Zaman sekarang datuk akan membeli makanan seperti sarapan pagi.
Makanan di sini ialah

Nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk air dingin
Kueh macam macam ada.  Kueh pulut lepor ada, kueh goreng kacang ada dan banyak lagi.
Kadang kadang datuk belanja besar semata mata
Memenuhi selera anak cucu di rumah.  Datuk turun cepat dari masjid jika caravan banyak di rumah.
Duit dia tak kesah.
Yang penting datuk nenek seronok bila mereka dikunjungi
Pada musim cuti sekolah.  Duit datuk banyak. Hasil padi dan getah jngn cakaplah.

Bila ramai cucu
Ada yg bergaduh.
Menangis bising itu .trademark anak cucu bila berkumpul di kampung.

Anak perempuan dan cucu cucu
Membawa macam macam cerita dari
Kota, bandar atau tempat mereka mencari kehidupan.

Topik paling hangat ialah kenduri khawin musim depan. Sapa lawan sapa.
Selain dari itu
Topik sedap bercerita ialah bila angah dapat adik baru?
Oncu anak ramai dah.  Suaminya tamby penang.  Kulit gelap mcm arang. Oopss..sepupu ku lawa mcm Hema Malini Hindustan.
Kadang kadang topik kegemaran ialah pasal sekolah tinggi dalam kalangan fast track.
Ada bercerita pasal anaknya di London.
Ada anak anak di maktab guru, pusat latihan polis, kolej bidan
Ada anak anak di tadika pasti
Dan macam macam.

Titik klimak
Duduk di kampung ialah berebut bantal dan kain selimut.
Ada sepupu menangis maklumlah bertumbuk dgn sepupu badan gergasi.
Berebut macam macam seperti mencari tempat
Terbaik menonton TV.  English Soccer.  Kartun inggeris.  Black n white.

Sekarang zaman berduit.
Adavrumah datuk 2,3  peti  television.
Satu di ruangan tengah,
Satu di dapur dan satu lagi mobile. Pindah randah.

Dulu kita suka bercerita.
Aku seronok bercerita dgn arwah datuk dan nenek pasal wayang gambar wahid satay.
Selepas bercerita diberinya aku upah.
Selalunya duit hijau dan merahlah ..kejayaan ku sebagai narator.
Sekarang kurang dah benda alah ini.  Tengok di bawah tu.

Masing masing sibuk dgn handset.  Bini aku tak suka aku cakap banyak.  Dia kata berdosa jer.  Baik bnyk berdiam.
Waktu sarapan cucu cucu ralek tengok cermin smart phone
Masing masing.
Ibu bapa pun sama.
Datuk dan nenek pun ..2 kali 5.

Aku tak suka itu.
Selalu perkara ini dijadi punca kemarahan ku bila
Waktu makan bersama sama.

Bila berkumpul kita patut guna peluang banyak kenal
Mengenali.

Cara bercakap adalah cara terbaik.
Sepupu utara boleh kenal rapat dgn saudaranya dari Kucing, Sarawak
Dan Lahad Datu Sabah.  Cara cakap lain lain.  Geng budu jangan asyik cakap jer.  Dengar orang kedah cerita.  Hang, hang pa, sekupang dan mcm mcm.  Ayak pun ada.

Jika main hand phone
Kita akan ketawa dan cakap sorang sorang diri.
Silap silap org kata dia tu gila kot di tepi dinding.

Ha..ha.ha..

  1.  dulu rumah atuk biliknya satu.
    Kami tidur beramai ramai di tengah rumah.
    Banyak kelambu askar dipasang sekeliling kawasan tidur kami.

Kadang kadang kumpulan jejaka buat khemah mereka di utara rumah
Sedangkan kumpulan anak gadis tidur
Di kawasan dapur sahaja.  Ubat nyamuk dipasang sejak petang lagi.  Seronok nyamuk di hutan kali ini. Darah utara manis, darah kelate manis leting, johor tawar dan Sabah .. kurang garam niii.

Aurat wanita kena jaga dgn rapi.  Peha mak long ..dasyat bila tidur kurang sopan.
Kalau tidak susah nanti.

Klimak tidur
Ialah

Atuk nenek kejut cucu cucu bangun subuh.

Waktu tu…macam macam boleh berlaku.

Pertama berebut tandas.  Along marah marah angah. Lamanya kau kencing?
Kedua air perigi sejuk sekali. Terketak ketak  gusi.  Sejuk nak mampus.
Kadang kadang 30 minit baru selesai
Ambik wudhu untuk solat beramai ramai.

Selalu atuk akan jadi imam.
Sedap suara atuk membaca al quraan.  Dia baca surah pendek pendek jer.  Sakit tahan kencing.
Dalam solat.

Kami suka amimmmmm kuat kuat jer.  Belum sampai amimmm  atukku kita dah amimmm cepat cepat.
Bila begitu
Ayam, itik sudah lama bangun dari sarangnya.  Bergetar lantai kayu papan bila budak budak terjun buat sujud atas tikar sembahyang.

Keadaan awal awal pagi tersedap sekali.
Udara nyaman pagi di kampung waktu hujan monsun
Paling nostalgik sekali.

Ramai kami lelaki
Selimut telanjang jer
Dalam kain pelikat bersaiz budak.  Oops..tangan engkau  tu di mana Zaman?
kami syok tengok jiran jiran bawak keluar lembu, kerbau dan kambing ke petak sawah.

Masing masing membilang titik titik hujan
Bila jatuh di atas atap zink rumah datuk
Paling kami sayang sekali.  Titik titik hujan dlm keadaan bising membawa aku zaman kegemilangan dgn atuk pok mudo di pasir puteh, kelantan.  Cukup terkenal tukang rumah tanpa menggunakan banyak batang paku.

waktu petang main mcm mcm.
main polis kejar pencuri.
main doktor dan pesakit.
main khawinbkhawin.
main rumah terbakar.  Main selambut. Main to nusuk.
main getah.
main basikal atuk saiz gajah. Kadang kadang rusak basikal atuk.  Kasihan.  Handle basikal patah doh.
main mesin getah atuk.
belagor buah getah.
main pelepoh nyior. Along tarik angah atas pelepoh nyor.
main daun terup.
main cokok dgn butir butir getah.
main parit sampai merah butir mata.
Main sungai sampai lemas.
main bola dibuat dari buah kelapa kering.
mcm mcm main.  Silap silap budak besar kasi penampor.

  1.  tak lama sangat kami di kampung.
    Paling lama 3, 4 hari jer.
    Ayah aku polis.
    Cutinya tak panjang mcm pak sedara aku yg lain.

Kami balik kampung naik tren.
Kluang Wakaf Bharu Kluang pulak.
Aghh..tak bestnya.
Nenek nangis bila cucu pulang ke johor.  Ramai hantar di tepi jalan besar  ke  Kota Bharu dan Wakaf Bharu.

Aku ..dalam poket baju ..datuk dah masuk senyap senyap
Duit kertas rm10.  Bau duit ..macam bau skrap getah jah.

He he he

Zaman dulu duit sebanyak itu
Can go far tau?

Ha..ha.ha..
Mee cina goreng 10 kupang jer aku telan di kantin sekolah.

Mcm mcm aku makan di kala itu.
Semua ditelan kecuali babi jer.

Kami anak polis tak obses sangat halal haram.
Sekarang budak budak..bila balik jer dari sekolah
Bnyk coklat ..tiba tiba berstatus haram.

Entahlah.
Kurikulum sudah berubah.  Ustaz ustazah pun makin ramai di sekolah.

Sekian.
Sedap cuti di kampung.
Banyak makanan semuanya laku.  Perut lapar, semua alright.
kopi  oorrr  dari arang bestlah.

org melayu mesti ada kampung asal usulnya.  Betul tak?
tanpa kampung..mu ni  bara.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/semua-barang-laku-dijual.html