den kaloh gak ..gitulah ...
Salam
Adat bertanding begitulah. Ada menang dan ada kalah.
Di Rompin, PAS tewas sedangkan di Permatang Pauh, PKR menang.
Banyak pengajaran yg boleh diambil dari peristiwa PR kecil ini.Itu pun kalau nak belajar.
Pertama: PAS tak mampu nak lawan BN kalau berseorangan. Negara yang amalkan demokrasi, setiap undi dikira penting. Lagi pun , majoriti pengundi di Rompin, Pahang ..asal usulnya dari peneroka, Felda dan ada juga .. dari negara luar tetapi sudah lama bermastuatin di Kota Bahagia. Orang Felda tak mampu nak tolak, hadiah hadiah dari kerajaan. Nak lawan boss payah sedikit lah.
Kedua, BN payah nak tawan kubu kuat PKR di Permatang Pauh. Walaupun, pembangunan material ( dalam bentuk projek rumah, bangunan dan lain-lain infrastructure ) tak sehebat tempat tempat lain, pengundi PP lebih maju dan berfikiran lebih terbuka dari orang orang Rompin. Lagi pun .. PP dekat dengan kubu kuat DAP (Pulau Pinang). Walaupun mereka tak suka hudud, disebabkan Wan Azizah (isteri ABI) ..mereka lupa sekejap faktor PAS , mereka turut membantu. Dengan sebab itu, PKR menang.
Kesudahan 1: 1 seri. Kalau BN menang kedua-dua tempat PR kecil ini sudah tentu ..akhbar akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia , Berita Harian , Metro ..akan memberi sekurang kurangnya 10 muka surat .. rumusan dan cerita ceriti mengapa rakyat tolak politik pembangkang. Mungkin 1 bulan mereka putar putar cerita dalam Berita Perdana jam 800 mlm.
Syukur tuhan tolong BN dan tolong PKR.
He.he..he..
Jom kita dengar apa PM Dato' Seri Md Najib Tun Razak nak ulaskan perkara ini di PWTC hari ini. Dah lama dah saya tak dengar teriakan ‘1Malaysia’ ini. Mengapa yer? Islam Hadhari pun dibungkus sudah.
Rakyat nak pembaharuan … kalau boleh .. menteri menteri atau timbalan memteri yg tak cekap .. tolong gantikanlah dengan kadar segera dengan orang orang yg berkalibar dan berpelajaran tinggi.
Ramai rakyat la ni semakin pandai dan cerdik.
Depa sudah tak terdaya nak telan perkara perkara yg disebut oleh Tun Mahathir kito .. islam, bukan islam, melayu asli, melayu kacukan, cina, india , 13 Mei 1969 , berdarah dan sebagainya. Kami mahu kerajaan yg bersih, cekap dan ..tak korup lagi lah. Di Jepun, bila ada insiden yg memalukan seseorang menteri, kementeriannya, negaranya ..cepat cepat menteri itu mengundur diri. Mereka ada sedikit perasaan malu dan yg penting ‘being a gentleman’ dia letak jawatan tersebut. Mu kato guanor? Di sini lain pula, walaupun ada orang dalam lokap Australia ..memberi pengakuan, dia letupkan model Mongolia hidup-hidup lapan tahun yg lalu disebabkan arahan orang atas .. tidak ada seorang pun .. orang orang besar kito .. mahu mengundur diri. Yg aku nampak , mereka undur kereto dio jah di opis setiap hari kerja. Begitulah ceritonya sedikit sebanyok.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab.
Salawat kat Nabi Muhammad s.a.w. Hari ni Jumaat sudah. Satu salawat 10 hasanah , barakah dari tuhan pencipta alam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/05/they-lost.html