Di waktu anak-anak kita berkonvokesyen ..


Update terakhir:

Salam

Seingat-ingat saya, sudah 10 kali saya hadhir ke majlis konvokesyen.

https://mail.google.com/mail?view=att&th=13ad88b863e0cbf3&attid=0.1&disp=thd&realattid=f_h97s6ugy0&zw

Pertama di Universiti Sheffield England 2004 - anak saya Ilyas Sobirin menerima ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik;

Kedua di Universiti Petronas , Perak 2008 - anak perempuan saya yang sulung.
Ketiga di UiTM Shah Alam 2011 - anak perempuan saya yang ketiga - TESL
Keempat UTHM di mana saya sendiri berkonvokesyen - menerima skrol PhD
Kelima UTM Skudai 2012 - anak sulong saya terima ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik
dan konvokesyen 6 - 10 -  semuanya di UTHM 2006 - 2007 ; 2009; 2011; Politeknik Kota Bharu , Kelantan.  Alhamdulilah.

—-

Di mana-mana pun saya perhatikan semua ibu ayah dan sanak saudara memberi penuh kerjasama , tolak ansur agar anak-anak dapat menghadhiri konvokesyen dengan jayanya.  Terbayang di wajah semua ibu bapa kepuasan dengan kejayaan yang telah diraih oleh anak-anak mereka masing-masing.  Syukurlah.  Walaupun langit gelap sejak semalam, mereka terus berpusu pusu datang ke majlis konvokesyen ini.  Mengapa?  Jawapan tidak lain tidak bukan ..meraikan kejayaan mu itu wahai anak.  Walaupun mereka berjalan meredah hujan ..  di wajah mereka terukir wajah kepuasan membesarkan anda.  Tanyalah mereka?

  1.  Memandangkan perkara di atas, saya minta sangatlah .. wahai anak anakku semua mestilah ..  menghargai jasa baik ibu ayah sekalian .. tak kiralah kita berbangsa melayu, cina atau india .. semua ibu bapa cukup sayang kpd anak anaknya.  Mereka telah banyak berkorban demi untuk kejayaan anda dalam semua bidang iaitu pendidikan, kehidupan, kesihatan dan lain-lain lagi.  Tidak ada lagi .. yang mereka dapat berikan kepada anda selain dari pelajaran yang tinggi ini.  Ada mak ayah sanggup berkorban membeli sebuah kereta MYVI atau motorsikal untuk kalian gunakan
    sepanjang pengajian anda di sini.

Tidak ada sebab , anda mesti melawan kehendak mereka selepas mereka telah bersusah payah membesarkan anda sepanjang 20 - 30 tahun kehidupan anda.  Ada sesetengah kalian, mak ayah mereka menaiki bas dengan adik adik .. jimat belanja .. tidur sepanjang malam dari Kelantan ke Johor - demi untuk menghadhirkan diri mereka dan memberi sokongan padu kepada kalian pada konvokesyen pagi ini  supaya anda  terus berjaya dari saat ini hinggalah ke saat ..  sampai bila bilalah.  Dengan kejayaan anda , mereka mengharapkan sangat anda dapat memberi jasa bakti menjaga mereka kelak bila mereka sudah tua .  Saya percaya kita semua adalah anak anak yang baik dan bertimbang rasa.

Antara ibu ayah dan adik adik ..  kasih sayang mereka melebihi kasih sayang yang dicurahkan oleh sahabat sahabat anda sepanjang pengajian ini.  Oleh itu, jagalah hati ibu ayah sepanjang masa dan hati perasaan adik adik beradik kita , saudara mara kita melebihi kita menjaga kasih sayang sahabat sahabat kita seperjuangan ini.  Ini adalah kerana kasih sayang sahabat adalah bertaraf sementara sedangkan kasih sayang ibu ayah, adik beradik, sanak saudara adalah selama-lamanya tanpa batas waktu dan keadaan.

Kalau kita jatuh sakit , terlantar di hospital , kes accident, saudara mara kita jugalah yang akan menjaga kita siang dan malam sedangkan kawan kawan kita sudah jauh dari mata dan perhatian kita.  Oleh itu berikan jasa bakti mu yg tidakk berbelah bahagi kepada ibu ayah dan adik beradik anda.  Insyallah selamat.

Jika dapat  gaji pertama, biarlah sebahagian besar gaji itu ..kita hadiahkan kpd ibu ayah dan adik adik kita.  Jika selama ini, emak tak pernah merasa nikmat pakai gelang dan rantai emas di badannya ..  bila dah dapat gaji pertama - kesepuluh ..  budget lah duit itu .. belikanlah gelang dan rantai emas untuk ibumu.  Berikan peluang ibumu senyum sepanjang masa menikmati gelang dan rantai emas besar … sejak kamu mempunyai pekerjaan.

Untuk ayah?  eloklah berikan hadiah yg sama rata.  Jangan berkira sangat.  Dulu tak kan kau tak ingat .. kadang duit ayah dalam poket banyak mana sangat .. RM10 - Rm100 jer ..tetapi bila kau kata kau nak gunakan untuk bayar itu dan ini .. semua duit dalam poket ayah telah dia keluarkan demi memenuhi kehendakmu itu wahai anak.  So sekarang bila dah berjaya, dan isteri pun sudah bekerja, ayuh jangan berkira lagi dengan ayahmu yang telah banyak berkorban itu dan ini.  Hadiahkanlah ayah dengan sebuah kereta VIOS , Honda Accord .. menggantikan kereta merah Kelisa 1.1 .. boleh kau?

Jika kau terasa perit nak taja wang bulanan untuk membayar instalment kereta baru ayah ..begitulah bagaimana peritnya si ayah .. membela kamu untuk menyekolahkan kamu pada hari pertama kau bersekolah rendah hinggalah  hari kamu hendak berangkat ke MRSM, Kolej Matrikulasi Yayasan Saad UEM Lembah Beringin , terbang ke United Kingdom dan gi sana dan gi sini untuk melanjutkan pelajaran dan macam-macam lagi. Perit sungguh wahai anak.

Tetapi di saat begini bergelar majlis  konvokesyen, semua keperitan itu tiba tiba hilang .. tak nampakdah ..wajah susah hati ..yang bertukar ialah wajah riang gembira mak dan ayah kamu ..meraikan kejayaan mu.  Biarlah keriangan di wajah mereka .. sentiasa terukir dari sekarang sampai saat mereka akan meninggalkan kamu ..wahai anak.

Tak kira kau cina, india , benggali, melayu, iban, dayak, kadazan ..  kita semua ada tugasan .. sekarang .. gembirakan hati ibu ayah kita dengan memberi kualiti kerja yang terbaik dan curahkan kasih sayang kpd ibu bapa kita sampai bila-bila. Bila kamu berbuat demikian, anak anak kamu juga akan berbuat baik kpd kamu kelak bila kamu sampai ke umur tua.  Hidup ini adalah seperti roda.  Jika kau buat bbaik kpd ayah mak kau sekarang .. anak anak kau sendiri akan melayan mu ..sebagaimana mereka melihat kamu melayan aku dan ibu mu. Lembut cara cakap mu kpd aku now .. lembutlah cara percakapan anak anak mu nanti melayani kerenahmu di saat saat kau sudah tua.

Ayah sentiasa doakan untuk mu wahai anak.  Selamat Berbahagia dan sukses selalu.

Wasallam  dan wallahu aklam.  p/s:  jangan sekali-kali kau hampakan hati ayah dan emak.  Please.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/di-waktu-anak-anak-kita-berkonvokesyen.html