Dilema ibu bapa moden
Salam
Sekarang dalam keadaan dunia berputar-putar secara moden , kita boleh melihat beberapa fenomena menarik:
(i) isteri dan suami semua keluar mencari rezeki/ bekerja di luar rumah dalam tempoh waktu tertentu
(ii) anak-anak mereka dijaga oleh nenek, atuk, bibit (indonesia)
(iii) makan minum orang hebat / berkarier disediakan oleh orang gaji
(iv) kebanyakan kehendak anak-anak dipenuhi hampir-hampir 100% .. nak kereta , beli; nak komputer, beli; nak khawin, mak bapak dia yg uruskan dari A hingga Z
(v) tanggungjawab solat 5 waktu tidak dipenuhi 100% oleh semua ahli keluarga
Melihat keadaan ini, maka dunia dipertontonkan akibat , kesan fenomena di atas kepada kita seperti:
(i) khawin ekspres , cerai pun ekspres dan malangnya mati pun ekspres
(ii) kasih sayang anak terhadap ibu bapa tidaklah sekuat dulu. lantas ibu bapa yang sudah uzur dihantarkan ke rumah kebajikan orang -orang tua hingga satu masa mereka berjumpa ‘alam mati’
(iii) ada sesetengah anak anak kita yg perempuan tidak tahu/ tidak ingin tahu pun skil memasak, dan menghidangkan makanan kepada tetamu dan lain-lain. Suami lebih gemar makan kat luar kerana tidak ada apa lagi yg menarik dengan isterinya terutamanya bila setiap pasangan ini sudah berumur 50 hingga 60 ++
(iv) anak anak terlalu manja dengan ibu bapa. Kemewahan hidup mereka menyebabkan mereka lupa apa maknanya sabar, tabah, cekal, bijaksana, berani , ikhlas, tawaduq, bersederhana dan macam-macam lagi sifat terpuji para-para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Bila si ayah dan ibu mati ekspress, maaflah kerana menggunakan istilah ini, anak-anak akan berebut harta dan melalui ketidakpuasan hati dalam pembahagian harta si mati yg mati terkejut , maka anak-anak ini akan berperang dan bermusuh-musuhan sesama mereka hingga kepada satu titik/ tahap mereka sangup membunuh. A u zubilah hi minas syaiton nirojim.
(v) masjid mereka tersangatlah besar tetapi sayang, banyak kipas dari makmum-makmum masjid tersebut. Masjid hanya penuh dan padat di waktu sembahyang fardhu Jumaat, Eid Mubarak dan Aidil Adha. Itu sahaja. Orang kita kenal masjid bila ada upacara akad nikah dan bila tubuh ayah atau mama kaku disembahyangkan oleh orang-orang masjid di kariah masing-masing.
Mengapa? Ini semua angkara ibu bapa dan kesan pendidikan moden mereka selama ini. Siapa harus kita persalahkan?
Itu sahajalah pemerhatian saya. Rumusannya kita mesti berwaspada dengan nikmat tuhan yg turun mencurah-curah ini. Mungkin ada dalam kalangan kita hidup aman damai dan ada juga yg hidup ‘sengsara’ walaupun nikmat hujan kemewahan sedang turun membasahi tubuh badan mereka.
Wallahhu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/dilema-ibu-bapa-moden.html