disadvantages if too perfect


Update terakhir:

salam

Ramai orang gila ‘too perfectionist’.

bagi saya .. tidak bagus itu macam.

Ada 5 sebab:

  1. orang begini tak pernah rasa gagal

rugi besar. Dia tak ada experience handle … disappointment.

Ibu bapa yg menekankan kecemerlangan pelajaran semata mata UPSR satu lori skor A, PT3 satu treler dapat A , SPM satu kapal terbang Boeing 777 semua subjeck boleh A + .. besar kemungkinan ..  dia memandu anaknya ke mercu kehancuran. pada satu hari nanti.  (Jika tidak tahu caranya). Tengok sahaja lah.

Statistik bunuh diri ada di Jepun/ Hong Kong/ Singapura. Korek korek stats, ada mereka tak pernah jumpa …failure sekali pun dlm hidupnya.

sangat sangat lah merbahaya.

hidup ni ..macam macam. Jika gf tak layan itu satu kegagalan. If dapat bf ,,mcm mcm tak tahu …itu pun kegagalan kepada seseorang.

Malaysia mula meniru sudah trend ini. Seorang demi seorang pelajar malaysia membunuh diri.  Tegur sikit ..bunuh diri lah dio ni.  Tak dapat layanan gred A + , mulalah dia nak terjun ke bawah.

tengok gf layan kawan dari surabaya .,dia rasa cukup frust. Mula lah memencil diri dan cari racun ..buatan sendiri. Lantas nyawa dia  habiskan.

  1.  Mereka nampak satu cara sahaja kejayaan ..hanya dalam pelajaran atau alam cinta fantasi.

Sedangkan .. kejayaan ini ada di mana mana jua.

kalu kita pandai ‘soft skills’ ..  otak kurang pandai pun tak apa.  Anggota lain ok juga. baiki paip air Ok, masak kueh karipap segera pun Ok .. pasang tayar bocor ok..pujuk pompuan kaya pun ok .. berniaga ok. Jaga emak dan adik adik semua ok. Ini sudah bagus tau?

dari pemerhatian saya, org tak cemerlang SPM depa boleh

 control graduates baru balik USA, UK dan Jepun ..semua bawah remote control kita.  ha..ha..ha..  malu besar mu?

  1.  Orang too cemerlang takut takut takut sentiasa.

Mereka takut bayangan sendiri. Takut org kritik. Nervous dan berpeluh batang hidung tak tentu pasal. Why hah?

Cakap seorang diri.

Orang kata ..mu gila ke ni?

  1.  Orang too cemerlang payah nak tido.

Mereka takut tak tentu pasal. Takut essay tak menjawab tajuknya. Takut tersilap point lah.

buah Jambu rasanya nangka.

buah Kiwi New Zeland mereka rasa pahit .. macam  kiwi kasut BATA aku jer.

Mengapa?

  1.  Saya tak galak sangat budaya cemerlang ini. 80% pun dah ok jugak. 20% failure. Bagus bagus. Biar kau rasa juga.  Perkara pokok how to handle small hick up ni?

Yang penting kita hidup sihat, bahagia dan .. aman tenteram.  Bawak kereta ..biar sampai rumah dengan selamat.  Sudah lah .. isteri pun tenang.

Kita 40% ok ; isteri 50% ok..  jumlah 90% dah. Yg lebih ..anak anak pandai jaga diri.

nak apa lagi kan?  Paling vital ..ikut suruhan tuhan.

tips of the day.

if anak dapat 8A, English jer B.
appreciate 8A itu please.
ignore the B.

she has done so well indeed. Next time we shall help her improving the B.

Dengan cara itu…semua orang will be happy. Happy ever after. Layan anak baik baik. Sekarang org tak suka anak ramai. Takut miskin. Macam macam plastik cari. Cegah itu dan ini. Jika anak tiba tiiba mati, bagaimana pak?

itulah ..anak ramai itu rezeki.

Cemerlanglah itu.

Sekian.

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/disadvantages-if-too-perfect.html