disebalik Si tanggang moden
Salam.
Panjatkan bacaan Al fatihah kepada ibu ayah yg sudah lama pergi. Al fatihah.
Sekarang jika anak tak jenguk kerap-kerap si ibu dan bapa yang dah lama terlantar kat hospital ..masyarakat melayu cepat sangat memberi chop ' si tanggang moden'.
Anak derhaka / sesuai disambar petir dan lantas menjadi batu, keras kekon .. batu belah batu bertangkup. Mak mengidam makan telur ikan apa itu ? alahhhh ..mak kau ni .. itu pun berkira sangat/ bukankah anok mu tok berapa cerdik lagi?
Memang si tanggang ini … lupa diri ..dari mana asalnya tetapi cuba kita berada dalam kasut si tanggang moden yg berkerja di Kuala Lumpur zaman lo ni. Kerjanya banyak termasuk :
(i) sangkut dalam trafik jam. Walaupun dia bayar tol mahal sekali pun .. dia masih machet / jam dalam traffik setiap hari pagi dan petang. Fokus tinggi ..nak cepat sampai opis dan bekerja dan dapat wang bayar kondo RM500,000 ; kereta RM150,000; bibit indon RM8000 advance dan mcm-mcm lagi
(ii) sekarang di kuala lumpur .. si lelaki akan mencari pasangan yang bekerja .. so faham-fahamlah ..bukan semua pasangan yg dapat bekerja sama-sama. Satu di Kedah dan satu lagi di Johor Bharu. Selalunya ..pada hujung minggu ..mereka bertemu dan .. refreshing … mana ada time nak jenguk secara fizikal kat ibu bapa di kampung. Please faham lah si bapa dan si ibu di kampung nun jauh di sana. Urut-urut jer badan dan jantung sendiri. Redhalah please dgn anak anak mu ini. Long distance laki bini sejok zaman dulu lagi.
(iii) bila mak ayah sakit ..baru sedar ..dengan linangan air mata - hush sedih sungguh kita melihatnya - Sedar tak - mereka sendiri tak banyak pun .. memberi didikan agama kpd anak-anaknya dahulu.. tak semestinya … orang melayu kampung tinggi ilmu agama dan kaya budi .. ada keluarga melayu kampung sembahyang pun tak buat 5 kali sehari; ngaji quraan jauh sekali .. didikan agama ..mana ada da?
yang saya nampak .. orang bandar selalu sibuk dengan klas fardhu ain// pasti/ Ustaz Don/ dan macam-macam ..berkenaan dgn agama .. dan akhlak. Pesepsi melayu masih kuat menebal mengatakan orang orang melayu kampung .. banyak agama dan tinggi budi bahasa. Tak 100% tepat itu?
Cuba gi .. siasat kat majlis-majlis ceramah agama dan lain-lain di ceruk-ceruk kampung - majoriti orang tua jer yg kurang dengar / kurang nampak / menjadi ahli belajar kitab itu dan ini. Mana ada anak-anak muda pun? Kalau time puasa ..baru ramai sedikit bilangan anak-anak muda lelaki ..
so tahap kesedaran agama dan akhlak berbudi tinggi ..tak ada; kurang sangat ditekankan oleh masyarakat kampung di Ulu-ulu Kelantan , Dabung, Manek Urai dan lain-lain lagi.
Yang serius pasal agama ialah leluarga melayu profesional di Telipot , Kubang Kerian Kota Bharu jer. So ..tak leh salahkan si tanggang moden pun.
Si bapak dan si ibu yg tenat itu ..banyak .. tak kena dgn penekanan ajaran agama kepada anak anak nya pada satu masa dahulu/
Oleh yang demikian , filem si tanggang moden .. sudah ..out of touch pun/ org melayu sekarang tak sensitive mana pun/ why? bila kau(mak ayah yg sudah tua sekarang) tak peduli pun agama dan budi bahasa ..jgn masa kau nak “mati " ..baru nak kata ..anak anak kau tak ingat kat kau orang .. anak derhaka dan macam-macam/ tak betul itu? Cara kau cakap tak betul mana pun.
Ombak di pantai itu ada pasang surut nya. Roda kereta kuda …. ada atas dan ada bawah. May be may be ..mungkin mungkin .. kau orang pun (orang tua terlantar sakit ) tak layan kat mak ayah kau jugak satu masa dahulu .. sekarang tuhan Allah Aza wajala nak kau rasa pulak ..giliran ini / anak anak kau sendiri lupakan kau orang. Fair and square!
So penutup cerita @ rumusan
jangan cepat sumpah kat anak ..sampai jadi batu .. Redhalah .. kalian.
Doakan banyak banyak agar anak anak kau cepat pulang menjenguk kau .. tahu tak bukan senang ,,,, nak kumpulkan isteri di Johor dan anak anak ..sedang si suami bekerja di Kedah ..sama sama pulang ke Kelantan ..sekadar untuk melihat ayah ibu yg sudah lama terlantar sakit.
Macam plot cerita filem hindi tahun 1960 - 1970 an sahaja. Banyak air mata meleleh di pipi si ibu melayu di kampung pada jam 0300 ptg hari jumaat TV1 dan TV2. Sedih nya?
Redhalah wahai ibu ayah .. keadaan semasa sudah gitu laghu … kalau anak ada hantar duit bulan-bulan kat kalian/ telepon sekali sekala/ ..kira kira bagus sangatlah anak-anakmu itu.. why? anakmu di Kedah sedangkan menantumu di Johor Bharu. Payah … sekatloh dok kor?
Wa llahu aklam. Maaf saya pinta .. banyak banyak maaf lah adik kakak sekalian. Think rethink redo .. jgn stereotype sangat filem sedih ini. Anak derhaka? Al Fatihah kpd orang yg terlantar sakit di mana-mana mereka berada. Redhalah dengan anak-anak kita sendiri.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/disebalik-si-tanggang-moden.html