Dosa dosa besar - satu retreating .. tazkirah


Update terakhir:

Salam

Syukur tuhan memberikan kita taufiq dan hidayah tanpa kita mengisi sebarang borang keahlian atau melakukan segala jenis rayuan kepada Allah Taala.
Syukurlah .. sepanjang hidup .. kita ada juga diberikan kesempatan menadah telinga mendengar perkara-perkara yang baik untuk dijadikan panduan hidup sebagai orang islam mukmin sejati.
Di sini benarkan saya berkongsi kongsi ilmu agama yang serba sedikit untuk faedah pembaca dan diri saya ini.Saya mulakan dengan tajuk ‘dosa besar’.  Hukum orang berdosa besar ialah .. memasuki neraka Allah yang mana bahan pembakarnya ialah manusia itu sendiri, batu batan dan bermacam-macam lagi.Contoh dosa besar:
1)       Syirik kepada Allah -  ini bermakna menyembah benda lain selain dari Allah yang maha besar, agung dan maha berkuasa di atas segala sesuatu.2)      Berzina dengan perempuan lain 3)      Memberi dan memakan rasuah , menipu , khianat dan segala bentuk kezaliman ke atas orang lain seperti menuduh seseorang islam melakukan perbuatan jahat tanpa adanya saksi saksi yang boleh dipercayai4)      Membunuh  makhluk Allah bernama manusia secara langsung atau bersubahat membunuh dengan cara menjalankan perancangan pembunuhan secara langsung ataupun tidak langsung5)      Mempercayai tenung nasib6)      Berjudi7)      Minum arak8)      Makan riba (bunga , interest)Huraian lanjut:1)       Bersyirik -  pada zaman jahiliah .. kita tahu orang yang menyembah bulan, matahari, lembu, batu gunung ganang dan lautan Pacific adalah perbuatan orang kafir.  Orang kafir ..tempat kesudahannya ialah neraka jahanam.  Tetapi pada zaman ini ..  bersyirik adalah lebih meluas seperti mempercayai / meyakini ada kuasa lain yang lebih power/ berkuasa dari Allah.  Tanpa kekuasaan ini , hancurlah manusia.  Tanpa keeratan , hubungan seseorang dengan kuasa ini maka malaplah masa hadapannya.  Tanpa sekongkolan seseorang dengan menteri, ketua pengarah, ketua jabatan, pengarah, pengerusi, ketua badan politik maka hancurlah masa depan kita dan anak anak cucu kita.  Oleh itu, pengabdiaan kita secara total adalah ..  bukan kepada Allah tetapi kita membawa seluruh tenaga fikir, mental dan jasad kita untuk menyembah setiap masa dan ketika segala bentuk arahan arahan atas, bawah, tepi kiri dan kanan secara bodoh dari ketua kita (di sini dipanggil manusia).  Dengan perbuatan begitu .. kita telah melakukan syirik / dosa yang besar.  Untuk mengelak diri kita terjun ke lubang kawah neraka .. eloklah kita bertaubat, mengucap syahadah sekarang dan menukar serta merta keyakinan kita dari manusia kepada pencipta yang maha agung bergelar ALLAH.  Kita mesti bertaubat sekarang juga semasa hayat dikandung badan.2)      Berzina.  Tuhan sudah maklum bahawa manusia lelaki dan perempuan mempunyai nafsu kebinatangan secara zahir atau kepura-puraan.  Oleh itu islam melarang kita untuk berzina dan menghampiri zina.  Sebagai orang islam jika kita layak khawin .. maka khawinilah orang perempuan yang baik baik agar nafsu mu terarah.    Anak anak soleh datangnya dari ibu ibu yang berpendidikan agama, mengamalkan agama 24/7 dan adab sosial yang baik-baik dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa.  Bila kita melakukan zina, maka lahirlah anak anak zina yang akan menghancurkan tamadun manusia dari sekarang sampailah ke satu saat kebinasaan dipanggil hari kiamat (titik penghujung masa dunia).  Oleh itu, jauhilah kita dari perbuatan zina ini secara menyeluruh dari peringkat badan dan jasad  dan juga sampingan.  Apa yang dimaksudkan dengan sampingan  ialah berzina mata, telinga, mulut dan otak 4 kuadrant  yang diracuni dari bahan penglihatan, bacaan dan segala bentuk berkomputer dan berteknologi tinggi.  A u zubillah.3)      Makan rasuah.  Beri rasuah.  Mendapat nikmat hasil proses rasuah.  Tumbuk rusuk kata orang kampung di kelantan sana.  Selalunya rasuah diberikan daripada seseorang A kepada orang B yang lain dengan tujuan mendapat faedah yang besar dipanggil projek projek kerajaan seperti pembinaan stadium Terengganu yang runtuh itu, pembinaan jambatan lebuh raya di Kuala Lumpur itu, dan bermacam macam lagi .. dan proses bidding projek kerajaan yg tidak mengikut cara yang rasmi.  Rasuah adalah berbentuk wang ringgit ataupun manusia dipanggil wanita upahan/ pelacur dari Negara ini atau dari luar (ramai sekali .. ).  Rasuah juga boleh dikira jika seorang Profesor lelaki memberi markah tinggi  kepada pelajar universitinya selepas melalui satu proses  persetubuhan/ lain lain lagi aktiviti haram  seperti kes Profesor Cina di National University of Singapore 2011/13.  Rasuah dikira juga jika seorang ayah memberi sebidang tanah kepada Pengarah dengan tujuan pengarah pelajaran / PPD/ JPNS tersebut memberi peluang kepada anak si ayah tersebut sesuatu nikmat jawatan perguruan, pengkeranian, apa pa bentuk  pekerjaan, biasiswa, dermasiswa, research grant dan lain lain lagi.  Rasuah dikira juga bila seorang penjawat awam seperti BIG BOSS memberi adik iparnya/ isteri mudanya sendiri  kontrak dalam satu proses bidding projek secara terang-terangan atau sulit.4)      Membunuh manusia lain.  Hukumnya haram.  Bila seorang mukmin membunuh orang lain ..  ini adalah dosa besar yang terang seperti al kisah anak anak Nabi Adam a.s sendiri bernama Kabil dan Habil.  Mengikut Al Quraan ,  balasannya ialah ..  sipembunuh itu akan dihukum gantung / dibunuh juga … darah dibayar darah .. jika dia didapati bersalah secara sohih senghoti oleh hakim hakim yang mempunyai harga diri yang tinggi.  Harga diri tinggi datang dari jiwa yang takut pada balasan akhirat nanti.  Dalam erti kata lain ,  hakim hakim mesti dilantik dari mereka yang mempunyai sifat ketakwaan  yang tinggi.  Apa itu takwa?  Takwa ialah takut pada Allah yang serba serbi maha mengetahui tak kira …hakim hakim itu merupakan kroni pihak pemerintah atau pun tidak.5)      Mempercayai orang dipanggil penenung nasib.  Di sini , manusia percaya kepada proses tenung nasib dari seorang pakar .. dengan cara melihat urat urat yang timbul dari tapak tangan , sipenilik nasib boleh khabarkan anda akan menjadi kaya atau papa ke dana. i.e.,  what will happen to you in future?  Sebenarnya Islam .. mahukan . .. kita percaya semua ini apa apa yg berlaku adalah qada’ dan qadar tuhan kepada kita.  Contohnya ada seorang  kawan saya .. dari Kelantan .. anak orang yang susah pemotong getah  ..tetapi nasib nya bagus .. dapat berkhawin dengan anak ‘raja’ ..hinggakan pada satu ketika … kerana sifat ketakwaan yg tinggi dan rezekinya yang luas  .. Allah melantik dia menjadi seorang pentadbir yang bijak bistari, baik budi, tinggi akhlaknya  ..di sebuah jabatan kerajaan  jauh di sana.  Di sana.   Islam melarang kita mempercayai ..tukang tenung nasib ..kerana sudah berlaku . pada zaman jahiliah ..ada raja itu membunuh semua anak anak lelaki .. yang baru dilahirkan.    Banyak kacau bilau yang berlaku kerana perintah raja …siapa yang berani lawan, bukan?6)      Berjudi.  Kita diharamkan berjudi sama ada menikam 4 nombor ekor dalam kedai judi TOTO .  Melalui judi , banyak rumah tangga hancur ..contohnya ..dalam kalangan orang cina ..bila suami berjudi .. banyak masalah berlaku dalam rumahtangga mereka sehinggakan .. satu masa …di puncak masalah.. pembunuhan berlaku secara melata.  Lagi pun Ah Long bin Ah Long panjang akan mengganggu mereka yang suka berhutang untuk melibatkan diri dalam judi bola .. WORLD CUP 2012 yang lalu.  Tengok .. menjauhi diri dari terlibat dalam dosa besar banyak kebaikannya.  Oleh itu elakkan diri dari berjudi. Islam menggalakan jual beli .. bekerja sebagai guru, akauntan, jurutera, doctor ..  mencari rezeki yang halal sepanjang waktu dan haram berjudi.  Ada banyak keberkatan hidup ini  dan tidur pun lena.7)      Minum arak.  Orang yang minum arak .. jantung , paru paru nya dan banyak organ dalamannya .. akan cepat rusak termasuk ususnya.  Orang yang minum arak cepat .. lupa siapa isterinya, anak anaknya , ibu ayahnya , .. dan ada pemabuk .. terlibat dalam kemalangan jalan raya dan pembunuhan secara beramai-ramai di Amerika Syarikat.  Orang mabuk tidak dapat memikir ..  secara waras  apabila kewarasannya dicabut oleh tuhan melalui peminuman arak berbagai bagai jenis setiap ketika.8)      Makan riba/ interest dari Bank Komersial.  Dalam Al Quraan yang mulia , Allah bersumpah untuk berperang dengan mereka yang memakan riba.  Ada sepotong hadith  .. dah lupa saya .. jika kita terlibat dengan 1 riba ..itu adalah lebih dashat dari berzina dengan ibu kita sendiri sebanyak 30 kali ..  Hukuman zina ialah neraka dan hukuman riba adalah 30 darjat lubang kawah pantat neraka yang tersangat dalam.  Sekarang di akhir zaman, ramai kita berlumba-lumba memakan riba.  Ke mana mana sahaja kita mendengar ..orang mengambil  pinjaman rumah, pinjaman kereta, perusahaan industry computer, projek sawit , projek memelihara kuda Argentina ..  ambil pinjaman bank membesarkan dapur walaupun ..mengikut rekod statistitk ..isterinya tak pandai pun memasak …satu masakan yang boleh bergelar masakan melayu sempurna  sepanjang musim perkahwinan ini ..  pendek kata orang ramai ..tidak takut lagi pada penglibatan riba ..  hukum hakam islam dari tuhan robbal alameen.  Iman manusia sudah lama hilang dari jiwa mereka.  Bila riba berleluasa ..  kehidupan rumah tangga .. tidak lagi dijanjikan keberkatan dan keharmonian hidup berkeluarga.  Tidak hairanlah ..  dalam masyarakat islam di sini , sudah ada anak anak yang sanggup membunuh ibu ayah mereka secara tiba-tiba just because mak ayah tak mahu ikut kemahuannya membeli sebuah motosikal berkuasa besar dan bertayar besar.  Punggung penunggang motosikal ini …pun berskala besar juga.  Tuhan angkat rahsia khair .. mempunyai  satu keluarga besar.  Tidak ada rasa kasih sayang anak anak kpd ibu ayah yang sudah tua.  Berbodon-bodon la ni anak anak  menghantarkan ibu ayah mereka ke rumah orang-orang  tua dan melawat ibu ayah ini setahun sekali.  Mungkin hasil penglibatan kita makan riba ..semasa kita membesarkan anak-anak kita , ini lah hasilnya  A u zu billalah.

** terlupa saya ..orang yang meninggalkan solat (sembahyang 5 waktu) pun ..dikira ..terlibat dalam dosa dosa besar.  Bahkan perkara solat adalah perkara pertama akan disoal oleh tuhan ..di mahkamah Allah nanti.  Untung benarlah orang selalu menjaga solat di mana-mana dia berada.

Sekian.Marilah kita menjauhi diri ini dari melakukan  dosa-dosa besar.  Jika terasa kita bersalah, jom cepat cepatlah bertaubat ..dan ambik kata putus ..tidak mahu terlibat lagi dengan perkara perkara di atas dalam saki baki kehidupan ini.
Walllah hu aklam bis sawabbbb..   

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/dosa-dosa-besar-satu-retreating-tazkirah.html