dugaan kita berbeza-beza ..


Update terakhir:

Salam

Orang kaya diduga dengan nikmat kekayaan dan kelalaian ..

Orang miskin (papa kedana) diduga dengan kekurangan dalam banyak segi terutama makanan, minuman, tempat tinggal, imej dan ..macam macam .  Tak percaya?  cuba tengok bilangan jammah yg meratip untuk si miskin di bandingkan dengan arwah dari keluarga kaya Tengku, Nik, Sir dan Profs.

Jika diberi pilihan , tak ramai manusia mahu kemiskinan .. majoriti kita  mahukan  kekayaan kerana melalui kekayaan kita boleh buat banyak amalan seperti bersedekah, buat masjid, fly over antara bandar Ketereh dengan Wakaf Che Yeh, dan banyak lagi.  Tak percaya?  cuba kita perhatikan ..majlis agama ..ramai yg datang untuk mendapatkan tips kemurahan rezeki melalui solat dhuha dan … majlis agama tiba tiba berstatus sepi jika tok guru berbicarakan  pasal ..kehidupan sahabat Nabi bernama Bilal r.an hu ..  mengenai pakaian semasa dia meninggalkan dunia ..  tak besar kain kafannya ..ditarik ke kepala ..ternampak pehanya dan jika kain kafan ditarik ..ke bawah menutupi lutut dan alat sulitnya ..  kepalanya pun nampak terang terangan. Osh ..kasihannya!

Kalau buat filem pun ..box-opis ..adalah berkenaan dengan topik kekayaan yg melimpah ruah.  Syukur alhamdulilah.  Penoton ramai mahu melihat filem melayu dengan moto besar, kereta besar, rumah besar, badan pelakon besar besar ..dan hidup dalam istana besar besar besar dan berseri seri.  Disebabkan sifat besar, hutang mereka pun besarlah.  Percakapan mereka tak main RM3 untuk beli lopez dan gula melaka tetapi …. stail cakap mereka ..  RM 2.6 bilion .. dari jauh rakyat jelata terdengar ada orang sudi bersedekah jer pada orang begini.  Bayangkan?

Itu sifat manusia ..sejagat.  Saya tak mahu komen pasal benda alah ini.

  1. Dugaan kedua ialah status kesihatan.  Bila kita sihat ..ramai kawan mahu bersahabat dgn kita.  Diajaknya kita makan minum ke sana sini.  Tak cukup dgn waktu siang ..waktu malam pun ..berdering handset kita ..kerana sahabat sahabat mahu berbelanja makan minum dgn kita ..
    jika kita sakit di hospital ..  rasa rasa ..tak ramai yg sanggup meluangkan masa ..melawat kita tersandar di atas katil bercadarkan kain serba putih.  Mengapa agak-agaknya?

Jawapannya ..tak ramai orang mahu bersedih ..berduka .. dan maklumlah ..kain cadar serba putih ini cukup menakutkan ..  lainlah kain cadar berwarna serba merah.  Tanda ..  kita berani dan pantang menyerah kalah.  Waktu melawat orang sakit ..kita punya stail bercakap ..tak seseronok seperti bercakap dgn orang yg baru pulang dari U.K bawak balik mem, kereta merz, kayu golf dan scrol Ph.D.  He..he..  ke hospital ..setakat membawa .. 3 biji epal lebam ..dan kerepek kering .. dari Parit Raja, Johor.  Rasa rasa kurang thrill bercakap dgn orang sakit dengan barah stage 4 dan prostat ..  stage berjaga jaga sudah.

Itulah dugaan.  Sebab itu ..Nabi Muhammad s.a.w berpesan kpd sekalian .hargailah 5 perkara sebelum 5 perkara dtg pada mu ..  iaitu nikmat sihat, kaya, berilmu, muda cergas bergigi penuh set atas dan bawah dan akhirnya hidup sebelum mati.

Ingat tu?

  1.  Dugaan ketiga ialah ..  keadaan keluarga kita sendiri.  Ada orang dapat anak .. asyik yang berpenyakit jer ..  kalau tak kena asthma .. tuhan menduga kita dengan penyakit gagap/ bersen tak sudah sudah.  Bila musim jerebu datang ..anak anak makin tak sihat.  Bila anak anak tak sihat ..ibu pun turut sama tak sihat.  Di saat ini ..kita diduga ..dgn masa melayan rakyat jelata yg sakit dan terus sakit.  Bau ubat ..kuat merebak ke seluruh dewan rumah kita tak kira bersaiz kecil atau besar.  Bila kuat sangat wap berbau ubat ..urut, batuk, astma ..dan macam macam bau ..mood kita nak berkerja bersungguh sungguhh semakin luntur ..dan produktivi kita tergugat bukan sehari ..tetapi banyak banyak hari .. kasihan bukan?  Buku sekolah pun turut berbau minyak urut langkawi dan kadang kadang .. kita keliru minyak ini minyak masak atau minyak urut satu rumah keperluan nya.  Dasyat ..dugaan tuhan kpdnya.

  2.    Selepas diduga ..  kita diajar bersabar.  Orang alim masjid ..ajar kita ..sabar separuh dari iman.  Orang sabar kawan nabi ..dan selepas nabi ..kita ke syurga.  Senang kan bunyinya?

He..he..he..
tetapi tak tahulah saya ramai mana orang pandai bersabar jika anak anak asyik sakit jer.  Bila susah ..kadang kadang mulut isteri pun bising ..  marah marah kepada suami ,,maklumlah ..suami baru jer pulang dari sekolah .. ada masalah disiplin, masalah banyak sgt arahan JPN , PPD, Ketua Sektor dan macam macam lagi.  kalau bercerita pun ..  isteri apa tahu .. Yang pasti .. jom bang ..kita ke hospital lagi…..

Bila musim pilihan raya ..bagus juga ..  parti BN datang ..menghulurkan bantuan.
Parti DAP/ PAS / PKR ..datang juga ..  dengan bantuan mereka tetapi sayangnya ..  merka datang sekali jer dalam tempoh 4 - 5 tahun lamanya.

Walaupun begitu ..  bagus juga ..musim PRU ..  banyak juga bantuan yg dihulur dan disalurkan.

Selepas BN menang ..  payah nampak batang hidung  MP MP kita ..  apa boleh kita buat?

Itu sifat manusia.  Ada udang di sebalik batu. Lakonan arwah Nordin Ahmad ( al fatihah)

Sebagai penutup ..  dugaan ini satu nikmat juga.  Bila datang dugaan ..kita sentiasa ingat pada tuhan.  Kekuasaannya ..kebesarannya .dan kehidupan ini sebenarnya satu lakonan sahaja. banyak kali  juga kit abaca surah yaseen siang dan malam berhari hari lamanya.    Titik kemuncak satu satu dugaan kesakitan ialah satu kematian.  Selepas mati .. kita harap kita redhalah .. dan insya allah hadiah redha ini .. ialah syurga yg kekal abadi.  Cepat mati ..cepat syurga ..kau kata?

Allahu Akbar!

Wallahu aklam bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/10/dugaan-kita-berbeza.html