Dugaan pemimpin beragama islam


Update terakhir:

Salam.

Kita sudah tahu ini semua.  Apa dia?  Kita semua adalah pemimpin.  Setiap pemimpin akan disoal mengenai orang yang dipimpin.  Dalam ertikata lain ..  isu kepimpinan kita sendiri di dunia yang fana ini.

  1. Siapakah yang akan bertanya?  Jawapannya ialah .. tuhan robbal alameen - Allah khaliq kito !

  2.  Soalan soalan sudah pun bocor sejak 1436 tahun yang lalu.  Antara soalan ialah:

3.1  bagaimana makan minum anak bini mu?
bagaimana makan minum anak tok laki mu ?  (perempuan yang bekerja dan suami di rumah sahaja).

3.2  bagaimana perjalanan ibadat beragama islam mu - solat mu, puasa mu , muamalat mu dengan ibu bapa, masyarakat mu ?

3.3  bagaimana pencarian rezeki mu itu?  duit gaji , duit jualan kueh mueh, kain batik design waktu PdP di sekolah ..  makjun itu dan ini waktu rehat di sekolah, politeknik, IPG dan universiti ..

Pendek kata ..macam macam Tuhan mu akan tanyo.

Satu soalan ..  kenapa mu settle hutang bank lebih bersungguh-sungguh lagi dari melunaskan hutang orang rapat dgn mu seperti Tambi Raja, Ah Kow, Ah Ling ..dan sebagainya?

Kitab mano mu guna?  Siapa pengarangnya ..  mu belajar betul betul ker …

Di sekolah .. kau datang jam berapa ..dan balik jam berapa ..  dalam kelas matematik ..kau mengajar matematik atau .. cerita pasal Red Warriors kalah lagi dan lagi?

Aduhai ..

Dalam agama islam ..  tok guru ..  memberitahu .. bila soalan telah dijawab dengan cemerlang .. baru kita dijemput ke syurga.  Kalau tidak ..kita akan dihumbankan ke dalam neraka sama dengan tempat Firaun, Abu Lahab, Abu Jahal, Marcos Filipino yg kebas duit di negaranya untuk maksud membeli kasut berbagai bagai fesyen ..untuk bininya Imelda Marcos ..  atau mu raso guanor ?

4.0  Biloo mu tahu semua itu ..

why you put all the trouble to hold on to this temporary power ?

Mu cayor kor nerako …. mu tahu manor letok nyor syurga ..?

Kalau mu cayo semua itu ..  mari balik lah ..  kembalikan kuasa itu kepada orang paling layak ..sudahlah.  Imam Malik bin Dinar pernah ditawarkan jawatan besar Mufti di negaranya.  Tetapi dia menolak mentah mentah.  Kenapa?  Dia takut dengan amanah tuhan yang bakal dipikulnya.  Orang bertakwa takut serba serbi ..  orang tak bertakwa berebut semua benda serba serbi.  Di syurga .. tempat berkumpulnya orang orang bertakwa.  Apa itu takwa?  takut kepada azab Allah ..takut dosa pahala.  Takut ..melakukan kianat terang-terangan dan tipu daya .. manusia dan godaan syaitan.  Begitulah ..tuan/puan.  Serba sedikit dugaan kita ..sebagai seorang pemimpin sama ada kecil atau besar-besaran.

Sekian.

Renung-renungkanlah.

Syukur saya ayah kepada 6 anak dan isteri hanya seorang.  Harap harap cepatlah ke syurga .. Ameen.

What say you?

Wasallam.  

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/10/dugaan-pemimpin-beragama-islam.html