Dugaan umat islam


Update terakhir:

Salam

Banyak dugaan kita.

Pertama, blur jugak nak makan makanan moden @ fast-food zaman sekarang.  Coklat seperti Cadbury dulu ..sekejap haram ..sekejap halal.  Jika kita melancung ke sana sini, melihat telatah dan cara staf kapalterbang membawa diri , rasa rasa konfiden ke .. mereka jaga benda alah ini betul betul 100%?

Kedua, berkenaan dengan ‘riba’.  Sekarang kos rumah sudah melambung. Rumah teres sahaja di Kota Bharu RM200 - RM300K sedangkan di Nilai, N9 ..kos adalah RM450K - RM700K.  Bagaimana hendak beli ini jika sang suami / isteri sahaja yang bekerja?  Beli aset melalui perbankan islam ..orang kata mahal sedikit dari perbankan conventioanl seperti Maybank, Public Bank dan lain-lain tetapi pokoknya .. kerajaan kita tak ‘smart’ sangat mengawal harga benda alah ini demi untuk kesejahteraan rakyat jelata berumur 35 - 55 tahun. Ini sesuatu yang penting selepas sepasang pekerja mendirikan rumah tangga.  Bila ini berterusan, ramai orang islam terjebak dalam dosa ‘riba’.  Kitab termasyur memberitahu ..pemgambil riba lebih  dasyat dari berzina dengan ibu sendiri. Ambik kau?

Ketiga, kitab suci Al Quran selalu mengingatkan  kita berkenaan dengan pemisah antara alam orang orang mukmin dan orang orang kafir.  Syurga dihadiahkan kepada umat islam yang bertakwa dan neraka adalah balasan tempat mereka yg kafir. Tetapi ..  tabiat tabiat yg diamalkan oleh generasi dulu dan sekarang .. nampak-nampaknya tidak menunjukkan sebarang pemisahan yang jelas.  Org kafir main bola ..tetapi ada umat islam yang masih tidak berganjak dari padang bola walaupun ..hari sudah masuk maghrib.  Orang kafir disko ..ada juga orang kita yang berebut rebut ke sana juga.  Macam-mana ini?  Orang kafir sibuk bertanding menyanyi ..kita orang islam berduyun duyun hadhir menyaksikan acara muzik dan berlakon.  Hatta mak chik kita yg bertudung pun ..berada di barisan hadapan program tersebut.

Keempat,  penjara di dunia disediakan untuk orang bersalah dalam segi undang-undang.  Hari itu orang kita dijel selama 1 tahun , dan keesokan harinya ..orang kafir pula yang dihumbankan ke dalam jel.  Mengapa tempat yang sama untuk 2 kumpulan manusia yg berlainan?  Pelikkan.  Mana satu betul ini ..islam dan jel atau kafir dan jel. Mana kualiti keimanan orang kita itu?  Tertewas dengan fitnah dunia - rumah rumah banglo besar dan tersangatlah besar sedangkan saiz kubur saiznya kecil.  Nasib baik ..agama tak memaksa pengali kubur ..untuk masukkan rumah bersaiz demikian ke dalam lubang lahat untuk simati sebagai jaminan hidup di dunia sana. Sana. Sana.  Jika tidak, penat lo.

Kelima, berkenaan dengan keimanan masing-masing termasuk ‘ikhlas’.  Amalan ikhlas ..tuhan terima. Amalan tidak ikhlas ..tuhan reject tak kira kita bina istana untuk fakir miskin, masjid terbesar di dunia , jam clock tower tertinggi, atau jadi mantan pendakwa raya terhebat pun untuk kes brother kita DAI ..  oleh itu kita kena berkira-kira pasal elemen keikhlasan ini.  Payah ini?

Iman ialah ketakwaan kepada perkara yg ghaib.  Contoh bercakap benar walaupun pahit. Kita perhatikan banyak masa kita telah diperhabiskan untuk buat@memikirkan benda benda yg remeh temeh semata mata hendak mengalih/ menutup perhatian rakyat kepada perkara terbesar seperti dosa penyelewangan dan penipuan.  Untuk menutup cerita besar, kita telah menggunakan banyak tenaga dan fikiran pegawai-pegawai kerajaan ..semata mata kita sedang berkuasa di saat saat ini.  Jika kita takut kepada azab Allah, kita sepatutnya buat sesuatu yg tepat dan betul sekali dan berkali-kali.  Tengok sahajalah ,  …

Hari ini ..dunia bolasepak ..FIFA mengantungkan ramai pegawai tertingginya seperti Michael Platini dan Blatter kerana kes rasuah.  Ini benda bola sepak jer dalam kalangan orang orang kafir.  Sebiji bola yang mana satu bilion pemain dok kejar kejar dan sumbat bola ini  ke dalam gawang gol.  Ini pun ..ada orang kena gantung perkhidmatannya.  Permainan bodoh pun ada orang kena gantung.

Dalam dunia islam lain pula.  Walaupun sesuatu itu terang-terangan ..  menunjukkan satu penyelewengan telah berlaku ..  tidak ada penggantungan apa apa ke atas mana-mana pihak bahkan pihak berkuasa sedang mengejar si penggadu itu pula lari dan lari.  Bukankah ini satu cerita yang ganjil yang menimbulkan banyak perkara  ‘blur, blurer dan blurest’ dalam kalangan orang orang kafir seluruh dunia?  Mereka confuse ..  betul ke ,..  ada neraka ini?

Jika kita umat terbaik ..  berapa lama lagi kita rakyat jelata mesti dihidangkan dengan irama sonsang yg berlaku di hadapan mata.  Betullah kata Imam Muda Masjid Gelugok ..Hj Al Hafiz Saad .. kita patut fokus masa kita kepada satu amalan yg akan menyelamatkan diri kita dari azab Allah.  Fokus kita kepada ..membimbing anak anak ke perkara yg baik @ maaruf dan jauhkan ahli ahli keluarga kita dari perkara perkara yg laror (melalaikan).  Di negara islam bnyk masa rakyatnya dihidangkan dengan benda benda yg laro - tarian gelek di padang pasir, dikir barat di serambi mekoh dan belago ayam / sambung ayam di kawasan pantai pantai timur negara kita.  Aduhai ..jika England , rakyatnya gilo kepada perlumbaan anjing mengejar ‘arnab robot’ , dunia islam apa kurangnya.  Jika si anu itu keluar dari jub*r hindu pun ..  dia confuse dengan peristiwa peristiwa yang menjadi pujaan rakyat negara islam.  Sekejap berpuasa 1 bulan , sekejap menunaikan ibadat haji dan umrah , dan sekejap lagi ..ada anak cucu orang kito jugoklah  ..dok gila main moto berkuasa besar di pagi pagi hari 3:00 hingga 04:00 pagi di Georgetown, Pulau Pinang.  Sesetengah itu dok bawak minah punggung besar ..  sebagai pembonceng ..  mana mok ayah budak2 perempuan ini?  Tak takut ke .. ayat Al Quraan ..  mahfumnya ..  jagalah anak anak bini mu dari siksaan api neraka yg mana bahan bahan adalah manusia dan tulang-tulang batu belako belako.

Ayuh bertaubatlah!  Negara islam dengan pemimpin islam.  Ada kor benda benda begini?

Sekian.  Dugaan umat islam semakin besar tahap keblurannya.  Aku mohon maaf.  Tersalah bahasa.

Wallahu aklam bis sawab.  

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/10/dugaan-umat-islam.html