Dulu sejarah guru dan pendidikan di tanah air kita


Update terakhir:

Bentuk kerja guru dari zaman ke zaman
Salam
Tugas guru tersangatlah mulia.  Demi menjaga kemulaian tugas tersebut diturunkan stail tugas guru dari tahun 1900 hingga 2012.
Sejarah
1900 - 1960Guru hanya ada kelayakan yg paling minima.  Tahu membaca dan menulis.  Dengan kemahiran serendah ini , mereka mempunyai murid-murid yg hadhir ke kelas untuk mengenal huruf A, B, C , …, Z/ tulisan jawi.  Selepas itu bagaimana nak kenal perkataan BUKU dengan BUKIT.  Satu kelas mempunyai pelajar berlainan umur.  Darjah 3 terdiri dari pelajarberumur 20 tahun dan ada pelajar berumur 10 tahun.  Mengapa jadi begitu?  Mereka tidak lulus peperiksaan.  Tak lulus , tak boleh naik kelas. Ada pelajar berbadan besar terutama pelajar perempuan.  Ramai antara mereka pemalu.  Pelajar lelaki pergi ke sekolah memakai kain pelekat sahaja.  Tidak ada beg sekolah pada masa itu.  Keadaan darurat (peperangan ) masih berkuat kuasa di kawasan berhampiran dengan Kuala Lumpur.  Ancaman komunis dan kongsi kongsi gelap masih boleh dirasa.
Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dijadikan panduan sistem pendidikan.  Salah satu perkara penting dalam Penyata Razak ialah bahasa Malaysia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, ramai pelajar berbagai bangsa belajar di bawah satu bumbung bergelar sekolah.  Kami menggunakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa inggeris kerana pengaruh penjajah masih menebal di sana sini di seluruh Negara.
1960 – 2000Guru mesti ada kelayakan.  Ada SPM, STPM, HSC, MCE, Diploma, Ijazah.Mereka yang ada ijazah diberi peluang jadi GURU BESAR pada tahun 1970.  Ramai guru besar adalah alumni Universiti Malaya.  TIdak ada lagi UTM, UTP pada masa itu. Pada masa ini dah ada peperiksaan Darjah Lima, SRP, SPM.  Sekolah elit MCKK, TKC, STF, STAR menjadi idaman ramai ibu bapa dan anak anak mereka.  Kebanyakkan pelajar ke sekolah ini adalah dari keluarga guru sahaja.  Begitu juga Sekolah Menengah Sains dan  MRSM pada tahun 1980’an.  Ramai pejar adalah dari keluarga guru sahaja.  Guru ada mata dan pandangan yg tajam pada masa itu.   Tetapi satu perkara yg unik ialah semua pelajar boleh naik kelas tak kira boleh membaca, mengira atau menulis. Semua naik kelas.  Kalau disebut sahaja umur 15 tahun .. sipelajar mesti darjah / tingkatan 3.  Ada 2 sistem pendidikan.  Ada sekolah aliran kebangsaan  dan ada aliran Bahasa Inggeris.  Tak ramai anak Kelantan dihantar ke sekolah aliran Inggeris. Ibu bapa takut ..anak anaknya akan  masuk Kristian dan berkhawin dengan anak anak raja Inggeris.  Dulu graduan / alumni sekolah inggeris mempunyai peluang jadi DO = District Officer.  Majistret.  Ramai orang takut bila ada DO masuk kampong.  Banyak lembu dan kerbau tumbang kerana DO datang melawat kampong halaman kami.  Belum lagi orang UMNO.  Menteri UMNO.  Makin banyak lembu dan kerbau disembelihkan untuk menjamu menteri menteri masuk kampong sekali dua sebelum pilihan raya.  (laugh).  Di Kelantan, Dato’ Asri yang kuat PAS pun masuk UMNO.  KUat pengaruh UMNO di kala itu.  Walaupun begitu, orang PAS pun kuat lagi.  Serban orang PAS semakin besar dan berat (jika nak timbang pakai grams dan kilograms).  Serban lambang kuat fikrah agama islam dan amalan islam.  SElagi ada ramai tok guru pondok dan surau , madrasah .. mereka org pakai serban ..peluang UMNO nak tawan Kelantan semakin payah lah.
Pada masa ini, ada segelintir guru sebenarnya dia tak mahu jadi guru. Tetapi disebabkan tidak ada pekerjaan lain yg dapat dijawatnya , maka pilihan terakhir ialah guru.  Mereka berada di sekolah sekadar badan sahaja tetapi hati dan jiwa mereka berada ditempat lain(maaf guruku).  Mereka buat bisnes part time.  Ada itu guru dapat menjalankan bisnes ‘pusat tuisyen ‘ secara besar-besaran dan cukup Berjaya.  Sebut sahaja nama guru tersebut, semua lapisan masyarakat mengenalinya.  Contoh Cikgu TEO. Sekarang dia  pence hampir 10 – 15 tahun sudah(stail cakap orang Sabah). Dia ada pusat tuisyen TEO.  Ramai graduan di Bandar tersebut , asalnya belajar tuisyen dengan cikgu TEO.  Pendapatan cigu Teo , banyak dari pusat tuisyen dari gaji hakiki di sekolahnya.  Walaubagaimanapun, semua guru bekerjasama dengan baik supaya semua orang dapat peluang berniaga dan kerja sampingan.  Jual kain batik, karipap segera, jual cincin permata, jual ubat kuat tongkat ali , jual madu lebah, jual tanah , jual rumah taman perumahan, jual kedai, jual tayar dan macam macam lagi.    Pendek kata gaji guru dari kerajaan sangat sangat tak cukup.  Ada sesetengah guru mengambil keputusan bahawa jawatan guru adalah berbentuk FIXED ASSET.  Dah ada kerja dah. Mesti ada duit dihujung bulan.  Mereka mengajar bagus atau tidak .. gaji mereka sudah ada dah dihujung-hujung bulan.  Oleh itu, mereka meneroka kea lam perniagaan MLM, insuran, pakej haji dan umrah, pakej pelancongan dan macam macam lagilah. Ada guru/ pensyarah sanggup bawak teksi untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.  Nasib baik MAS tidak kasi peluang guru guru ini untuk jadi part time pilot.  Jika tidak, sudah tentu ada guru part time PILOT.  Seronoknya kehidupan guru di saat saat ini.
Kebelakangan ini sudah ada isu,  pelajar cina mula berjinak jinak nak belajar di sekolah berpendidikan cina kerana pengaruh MCA/ DAP.  Mereak merasakan bahawa system pendidkan di bawah KPM tidak cemerlang kerana laporan TIMMS 1999.  Pelajar kita kalah dengan pelajar Singapura dan Korea Selatan dalam prestasi matematik sains di peringkat umur 14 tahun.  KOnsep matematik sains pelajar pelajar Malaysia tersangatlah lemah.  Oleh itu, kaum cina mahu bawa anak anaknya memasuki sekolah cina dan belajar matematik dan sains dalam bahasa cina dan berguru sepenuhnya dengan guru guru cina yg paling cemerlang dengan matematik.  Guru matematik sekolah cina ramai yang belajar di Benua Cina/ Taiwan/ Hong Kong.  Ijazah mereka ada yg tidak diiktirafkan oleh KPM, KPTM dan kerajaan. Dengan cara ini , secara tidak disedari , perasaan perkauman kembali semula dalam kalangan penduduk di Malaysia.  Bukti:  di politeknik KPTM , bilangan pelajar cina sudah mula berkurangan jika diukur populasi pelajar cina di politeknik  sejak tahun 1980 hingga tahun 2000.
2000 – 2013
Sekarang bagi tahun 2000 – 2013 kebanyakan guru mempunyai skrol ijazah .  Macam macam ijazah mereka ada.  Guru sekolah rendah pun digalakan mempunyai ijazah walaupun dari Open Universiti.  Gaji graduan Open Universiti adalah setara dengan gaji graduan Universiti Malaya.  Yang penting setiap guru mempunyai ijazah.
Kebanyakan guru dihantar berkursus di waktu cuti persekolahan. Salah satu contoh ialah kursus Bahasa Inggeris.  Projek PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) menelan belanja lebih dari 1.2 bilion ringgit selama 10 tahun.  Saya rasa .. kalian dah tahu nasib PPSMI.  Tiba-tiba kerajaan menghapuskan PPSMI dengan alasan pelajar-pelajar tidak mampu belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris terutama dari kawasan pendalaman Sabah, Serawak, Kelantan, Perlis dan KEdah.  Di Kedah, Pulau Pinang, Perak hampir hampir 50% guru guru matematik dan sains tidak cekap menjalankan tugas dalam konteks PPSMI. ( Tan, 2007).   Kerajaan cukup berbaik hati dan baik sangka terhadap guru PPSMI.  Jawapan paling tepat ialah guru guru yang ada gagal melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.  Bayangkan banyak mana jatuhnya maruah kemuliaan nama  guru Malaysia disebabkan projek PPSMI.  tu lah Dr Mahathir…. punya pasal.
Untuk menanggani masalah itu berulang lagi, kerajaan KPM KPTM memperkenalkan system borang di mana peperiksaan PMR dimansuhkan terus mulai 2012/13.   Sekarang semua guru Tingkatan 1 ..Tingkatan 3 behempas pulas , mengajar, menanda kertas peperiksaan dan memasukkan markah pelajar-pelajarnya ke dalam system computer Kementerian.  Banyak masa mereka habis kerana cuba memasukkan markah pelajar tingkatan 1 ke dalam system. (contoh bulan NOVEMBER 2012) .    Markah ini akan dibawa ke tingkatan 2 dan seterusnya.  Markah pelarasan?
Saya fikir bagus jugak system ini.  Barulah guru guru mula focus kepada kerja utama mereka iaitu mendidik pelajar pelajar di bawah amanah mereka.  DEngan berbuat demikian, gaji mereka 100% halal di sisi agama.  Mereka mula pandai menguasai computer, teknologi computer dan banyak masa mereka akan berbincang pasal computer, markah pelarasan , prestasi pelajar mereka dan macam macam faedah yang lain.
Syabas KPM/ syabas  KPTM.  Biar guru guru jadi kerani di samping menjadi guru guru.  Insyallah, mulai sekarang .. bakal bakal guru sedar bahawa jawatan guru ialah 3 ..  mengajar, penjaga murid dari jam 700 pagi hingga 4 petang dan akhirnya jawatan kerani (computer).
Di politeknik, bilangan pelajar cina sangat sangat minima dan hampir pupus. Mereka beranggapan system politeknik KPTM terlalu lambat.  Dalam 3 tahun pengajian baru dapat DIPLOMA.  Kalau mereka menghantarkan anak mereka ke kolej swasta, sijil  DIPLOMA dapat diperolehi dalam masa 1 tahun setengah sahaja atau paling lama 2 tahun.  Mereka dah dapat Diploma.  Dah mula bekerja Banking.  Bagi mereka .. tempoh masa adalah wang.   Pada masa ini , di Malaysia sudah ada kolej swasta IPTS berjumlah 500 buah banyaknya.  SElain perkembangan ini, pelajar dari Afrika dan Negara Arab sudah mula membanjiri Malaysia kerana adanya IPTS.
Mereka datang dengan berbagai bagai tujuan.  Ada sampai jadi usahawan membuat dadah (belajar teknologi kimia, pemprosesan industry) dan mengedar dadah ( belajar ilmu bisnes MLM)  untuk penduduk Malaysia dan seluruh dunia.  Mereka menguji kecekapan system kepolisan Malaysia.  Setakat ini ,  masyarakat dah Nampak .. PDRM ..  tidak dapat bergoyang kaki lagi dah.   Bagaimana ini boleh terjadi di depan mata kita semua anak bangsa Malaysia?
Baru hujung minggu  lepas TIMMS report 2011 , mengambarkan prestasi pelajar 14 tahun di Malaysia jauh tercorot dibandingkan kecekapan , kefahaman matematik sains Singapura , Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.  Purata kecemerlangan maths , sains dunia diletakkan pada  270 mata tetapi Malaysia memperolehi sekadar 230 - 240 mata sahajadalam sainns dan matematik.  KIta punya prestasi matematik dan sains  .. sama sama menurun dengan negara Finland dan banyak lagi negara yg kecil / tidak gah apa apa dlm mata dunia.  Kita sudah jatuh dan terus jatuh.
Kasihan? INi lah nasib prestasi kita … 
Sekian.
Wallahu aklam.  p/s:  saya ada 2 orang anak berjawatan guru KPM.   

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/12/dulu-sejarah-guru-dan-pendidikan-di.html