Dunia dulu dan dunia sekarang
Salam
Alhamdulilah hari ini Jumaat dah .. syukur ..tuhan beri kita hidup satu hari lagi. Esok ..mana kita tahu bukan? Entah ada entahkan tidak. Apa nak share hari ini yer? Jom .. isu-isu berkenaan dgn dunia dan masalah guru pada tahun 1980 - 2012 di Malaysia. Saya menulis perkara-perkara di bawah dari perspektif seorang guru di tanah air tercinta Malaysia sejak menjawat jawatan guru dari awal tahun 1980’an lagi.
Dulu sekolah pada tahun 1965 -1985 , guru dan pelajar-pelajarnya:
(i) sekolah dibina dengan akitektur ala barat seperti Sekolah Menengah Penang Free, Sekolah Anderson, Ipoh, English College, Johor Bahru.
(ii) disiplin guru dan pelajar adalah berpandukan kitab barat. Jika ada kejadian kesalahan disiplin pihak sekolah akan membuang guru dan murid serta merta jika didapati bersalah. Senang. Pecat dan buang.
(iii) majoriti guru dan pelajar patuh 100% ucapan dan inspirasi Pengetua sekolah
(iv) proses peperiksaan dikawal dan dipandu oleh Universiti Cambridge , England seperti HSC (STPM), MCE (SPM) dan lain-lain peperiksaan guru di maktab-maktab perguruan. (Mahathir, 2011). Pelajar melayu yang cemerlang pada tahun 1970an , akan dihantarkan ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris di sekolah yg disebut di atas.
(v) tetapi yang paling penting, wujud rasa hormat menghormati dalam kalangan murid dan guru yang bersifat berpanjangan dari umur pelajar 13 tahun sampailah dia menghembuskan nywa yang terakhir @ mati.
(vi) alam belajar cukup seronok. Tidak ada kelas gantian, kelas sabtu atau kelas pemulihan. Jika adapun dulu dibuat dengan cara sukarela sahaja. Lillah hi taala.
(vi) gaji guru tidak tinggi sangat seperti pada tahun 1970, guru berijazah memulakan perkhidmatan gurunya dengan tangga gaji tak sampai pun RM800 sebulan. Yes , kurang dari RM1000/ bulan
(vii) warga guru ramai yang mampu membeli tanah bendang, tanah kebun dan macam macam lagi di Kelantan dan Terenggannu kita.
(viii) ada segelintir guru berniaga secara sambilan. Ada yang membawa kambing dan lembu ke sekolah. Ditambatnya haiwan-haiwan ini sama ada di dalam kawasan pagar sekolah ataupun di luarnya. Mengapa? Padang sekolah ada banyak rumput terutama dihujung-hujung tahun waktu peperiksaan STPM, SPM atau SRP. Penat guru ini berniaga. Sama juga guru menjual karipap segera, coklat niseng, kerepek ubi, sambal daging atau serunding .. mereka bawa bekalan-bekalan ini dalam kereta/ motorsikal. Mengapa? gaji tak cukup ma kerana keluarga guru besar. Ada guru mempunyai 10 orang anak dari Tingkatan 6(atas Sastera) hinggalah Darjah 4. Setiap tahun guru ini berjaya melahirkan anak. Subjek paling sesuai untuknya ialah Biologi/ Rampaian Sains.
(ix). rasa kasih kepada guru sangat menebal. Time raya .. ada pelajar tua yang sanggup datang menjenguk guru lama mereka untuk bertanya khabar. Ada murid tua menjawat jawatan Menteri Pendidikan .. mereka peluk guru tua mereka ..dalam Old Boys Meeting STAROBA .. dan masukkan dalam akhbar sebagai tanda penghargaan mereka kpd jasa guru mereka satu masa dahulu. Kasi keseronokan kpd guru guru lama itu.
(x) statistik sekolah - ramai guru lelaki dari guru perempuan. Menandakan kaum pria lebih pandai dari kaum hawa. Alhamdulilah. Budak budak respect sekolah kerana ada ramai guru lelaki yang berbagai bagai perwatakan. Pertama gagah berani macam Tan Sri Dr Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepung dan ada juga guru-guru berwatak TO' GURU .. asyik baca kitab agama sahaja walaupun dia seorang guru Ilmu Hisab (matematik) pada peringkat SPM/ STPM.
(xi) Scholarship. Dari 10 biasiswa JPA, pelajar melayu ada chance dapat 7 - 8 biasiswa, pelajar cina 1-2 , dan pelajar india 1. Rakyat Malaysia kaum melayu seronok tak terkata pada hari itu. Ini berlaku kerana dulu BN kuat kerana UMNO kuat. (orang orang UMNO kata). (Rujuk: Mahathir, 2011).
Sekarang ( 2000 - 2012 ) guru dan pelajar-pelajarnya
(i) tak seronok manapun berada di alam sekolah kerana ada banyak aktiviti seperti kelas Sabtu, kelas pemulihan, kelas kecemerlangan dan macam macam ada. Ikut cara iklan ASTRO. Macam-macam ada.
(ii) warga guru ramai jugalah yang mampu membeli sebuah rumah teres setingkat / 2 tingkat dengan kos RM300,000 ke atas kerana mereka bekerja suami isteri. Bilangan kereta 2 buah (minima).
(iii) kesemua sistem sekolah dan peperiksaan di Malaysia .. dikelolakan sendiri oleh kerajaan Malaysia di mana bahasa pengantar utama adalah Bahasa Malaysia. Pelajaran matematik dan sains sekejap diajar dalam BI dan sekarang guru kena mengajar dalam BM untuk pelajaran matematik dan sains. PPSMI diwujudkan pada tahun 2003 - 2011. Sekarang .. ramai guru melayu secara spontan mengajar mathematics dan sains dalam bahasa tercinta iaitu BM. Ada warga bandar yang tak berapa gembira kerana mereka lebih suka subjek ini diajar dlm BI memandangkan dunia internet banyak menggunakan BI.
(iv) kurang rasa hormat menghormati antara guru dan pelajar kerana .. ada kalangan ibu bapa mendidik anak anaknya dengan memberi pandangan ‘salah’. Seperti guru itu bekerja di sekolah kerana guru itu tidak mempunyai pilihan lain selain dari menjawatan jawatan guru. Orang-orang yang hebat akademiknya .. berkerja sebagai jurutera, akauntan, Bank Negara, doktor dalam skim jawatan kerajaan di negara ini. Bukti .. guru sekolah ramai yg berkereta Proton sdgkan kereta ibu ayah murid-murid adalah berjenama luar negara seperti VOLVO, MERX dan BMW. Paling komang Honda , Datsun dan Toyota.
(v) gaji guru la ni tinggi jugaklah seperti guru baru berijzah ialah RM2200 sebulan pada tangga gaji pertama (hampir 3 kali ganda gaji guru zaman tahun 1970an) , campur campur dgn elaun itu ini RM2800 .. mungkinlah.. tetapi sayangnya harga barang-barang di luar dari pagar sekolah adalah mahal dan melambung-lambung. Nampak sangat kerajaan kita kalah dgn tindak tanduk toke-toke cina di luar sana. Dulu orang menggadu harga barang naik kerana harga petrol naik. Tetapi.. bila harga petrol turun / toke toke cina .. tak semudah itu nak turunkan harga barang-barangnya.
(vi) warga sekolah ada yang bekerja guru di waktu pagi tetapi ada yang mempunyai pekerjaan sampingan seperti menjual insuran, ahli MLM, penjual kereta second hand, buat bisnes nursery, buat bisnes jual tiket kapal terbang dan macam-macam jualan. Sebut jer.. adalah tu. Mengapa? Bisnes atas talian. CIMB Clicks ada. Maybank2u.com pun ada. Semua ada di hujung jari anda! Pesanan untuk membeli karipap segera boleh dibuat secara s-m-s sahaja. Senang bukan?
(vii) ada guru yang datang ke sekolah dengan langkah yang berat. Mungkin mereka boleh dipanggil guru yang dah hilang semangat kerana mungkin mempunyai bebanan hutang yang banyak, masalah keluarga dan mungkin masalah kesihatan, walaupun guru guru mempunyai skim insuran hayat Prudential dan sebagainya.
(viii) Alam belajar mengajar tak berapa seronok dah. Kenapa? Sekarang nak denda murid . pihak guru kena pilih-pilih kategori jenis dendaan yang patut dikenakan. Silap-silap haribulan .. ada samseng yang akan membunuh sang guru tersebut. Kalau tidak ..kereta baru guru adalah tempat pelajar melepaskan dendam dan benci kesumat maklumlah ..mengajar tak pernah cukup 10 bulan setahun .. ini pula .. mendenda anak anak “ketua kampung”. Nahas cikgu!
(ix) sekarang guru berperanan seperti seorang ‘penjaga ' kpd anak-anak orang kerana ibu bapa murid-murid ramai yang berkerja di waktu siang dari Jam 0800 pagi hingga 0500 ptg. Oleh yang demikian sistem pendidikan negara ini ..nampak gayanya .. terpengaruh dengan tekanan tekanan sampingan dari masyarakat luar. Konsepnya: Mesti ada orang menjaga anak anak mereka waktu siang-siang begini. Oleh itu guru sekarang mengajar subjek Biologi dari jam 0730 pagi hingga 0200 ptg dan .. aktiviti kokurikulum seperti sukan dan pasukan beruniform .. dari jam 0300 hingga 0430 ptg. Wal hasilnya ..ramai guru guru muda (35 - 45 tahun ) mempunyai penyakit sampingan seperti sembelit, buasir dan barah usus. Syukur pihak insuran ada permintaan yg tinggi.
(x) guru sekarang kena uruselia berbagai-bagai jenis masalah masyarakat. Sekejap mengajar matematik, sekejap lagi jadi drebar pelajar pelajar sakit (tiba-tiba pengsan, coma) ke hospital kerajaan yang berhampiran. Pelajar sakit kerana tidak bersarapan dalam jangka masa yg sudah lama/ mengapa tak sarapan Muthu? Mak ayah saya bekerja shift pak guard mak guard di KB Mall cikgu. Tengok? siapa tolong Muthu. Jawapan ialah Cikgu Aminah yang baru bekerja 5 - 6 bulan yang lalu. Sekarang cikgu baru kena ada kereta. Tak beli lagi tak apa. Pakai jer kereta ke 3 yg ayah ibu punya. Oleh itu pihak pentadbiran sekolah senang-senang beri tugasan sebagai drebar budak budak hostel kpd guru guru muda yg belum sah dlm jawatannya. Kasihan kereta ayah masuk kawasan sawit ..budak budak sakit ini. Jika rosak kereta, telefon ibu bapa asal kereta itu. Pihak atasan sekolah tak tanya pun. Yang penting guru muda dah jadi ..agen khidmat masyarakat jer.
(xi) kertas peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM walaupun sudah ditapis berkali kali .. ada juga soalan yang tersilap. Mengapa jadi begini? Jawapan mungkin - mungkin .. panel kertas soalan tak fokus kot. faktor lain: dah lama sangat jadi panel. Taking things for granted. dan mata pun dah naik blur jer. Mungkin begitu kot. Old brooms? New brooms function better? Oleh itu, masyarakat buat aduan dalam dada dada akhbar .. soalan itu dan ini bocor, silap ejaan dan ..ada soalan tak ada jawapan yang tepat pun. Alamak!
(xii) skim kenaikan pangkat guru ..hebat lani. Kerana .. bilangan guru dalam sektor kerajaan adalah paling besar sekali. Banyak desakan guru , kerajaan BN kena dengar. Kalau tak dengar, undi guru akan berpindah kepada parti pembangkang. Hasil perjuangan guru? guru naik pangkat ikut time based. Terdengar secara berjenaka - restoran depan Masjid Telipot, KB - Ada guru tak payah isi borangpun .. jawatannya dah berubah dari gred DG44 naik ke DG48. Sebelum guru pencen , insyallah , jika seorang guru memulakan perkhidmatannya pada gred D1 guru berijazah kepujian.. 25 hingga 30 tahun tempoh perkhidmatan - gred jawatan mereka dipromotekan kpd gred DG54. Ini adalah sama taraf dengan status seorang Profesor Madya di IPTA IPTA. Syukurlah ada kerajaan BN yang cukup prihatin kepada masalah guru di atas. (laugh). Pensyarah-pensyarah IPTA putih matalah kerana gred jawatan mereka mengikut rubrik ala Universiti Oxford dan Harvard. Pokoknya berapa papers yg berindeks Scorpus dan ISI index. Penulis blog ini baru sahaja ada H1 citation factor. Pagi ini 7 Sept 2012 - artikel penulis dalam Procedia Behavioural Science (index by Elsevier ) baru sahaja diumumkan akan diterbitkan oleh Elsevier. Berjaya diterbitkan. Syukurlah ada juga berita gembira untuk sipenulis pada hari ini. Lubang hidung rasa lain macam sahaja/ syok seorang diri sahajalah. He..he.. Tetapi hakikatnya ..oleh sebab bilangan pensyarah tidak seramai mana jika dibandingkan dengan bilangan guru guru seluruh negara .. maka desakan pihak pensyarah .. tak berapa nak dihiraukan oleh menteri kita yg handsome n menawan.(laugh). Number games here! Klau ramai .. baru ada peluang pensyarah DS45 naik ke DS52 naik DS54 naik V7, V6, V1. So mu nok pakoh sapo dalam PRU13 ni weehhhhhhhhhhhhhhh .. wahai cerdikiawan-cerdikiawan semua?
(xiii) stail arkitektur bangunan bangunan sekolah sekolah baru - semua 3/ 4 tingkat tingginya. Nampak sekali pandang macam Hotel Sri Malaysia. cantik dan hebat. Syukurlah tersengam indah dibumi Malaysia!
(xiv) Disiplin guru dan murid dikawal oleh satu badan kecil pihak sekolah tersebut. Kadang-kadang tepat tindakan disiplinnya tetapi kadang-kadang ..berat sebelah. Contoh: ada guru baru yang mana ibu ayah mereka mempunyai pengaruh besar dalam AJK PIBG sekolah ..bentuk disiplin adalah didapati sedikit berbeza .. dengan kes guru muda orang Kelantan .. tertangkap membaca akhbar dari parti pembangkang. Dendanya: lambat disahkan jawatan dan ada yang kena disiplin - jadi guru pengiring pelajar pelajar ke sekolah sekolah luar dalam tempoh masa yang panjang. Kasihan mu cikgu!
(xv) rasa hormat guru murid guru - kadang-kadang nampak sekali pandang cukupnya hebat tetapi kebanyakan masa ..tak hebat mana pun. Pelajar hanya akan ingat kepada guru pada tahun itu sahaja. Selepas mereka berjaya ke Menara Gading .. berjumpa guru pun ..mereka buat buat tak nampak pun. Kasihan cikgu! Oleh itu .. bila mengajar zaman IT dan internet ini .. jangan over over sangat. Jasa pun mungkin orang tak hairan pun. Tuisyen industri menjadi menjadi. Result mereka hebat kerana tuisyen peribadi. Guru sekolah sekadar jadi penjaga anak orang saja. Aduhai nasib diriku malang…
(xvi) Statsitik: sekarang ramai guru perempuan dari guru lelaki dalam kebanyakkan sekolah SK, SMK (KPM), politeknik dan universiti KPTM. Wal hasil? Bau sekolah cukuplahh harum dari jam 0700 pagi hingga 0500 ptg. Ada guru perempuan pakai all green dari tudung warna hijau hinggalah kasut tumit tinggi warna hijau juga. Hanoi , Viietnam mari. Ada juga ..satu pandangan ..dalam bilik guru . ramai guru wanita .. perutnya dah mula membesar. Tanda nya .. banyak kelas tak ada guru musim peperiksaan di akhir tahun nanti. Susah hatilah Pengetua kita seorang. Ada guru perempuan .. suaranya tak sesuai jadi guru kerana cakap tak berapa nak jelas jer .. tetapi dah ramai pelajar lelaki tak layak memohon jadi guru siswazah .. maka pihak KPM .. terpaksa ambik guru bersuara slow slow macam suara ustazah di kampung .. tak boleh kuat ..kerana suara wanita adalah ‘aurat’ bukan? Aduhhai.. cikgu. (Rujukan - To’ Guru Nik Aziz (2000)).
(xvii) masalah situasi penggunaan hand phone dalam bilik darjah. Banyak problem atau kebaikannya. Sila bahaskan. Ingat handphone ada kemudahan kamera. Boleh sebar gambar guru melayan pelajar wanita T6 dalam kadar pantas dan berbentuk viral. (300 patah perkataan - rujuk majalah KUNTUM Sept 2012)
(xviii) teks ucapan Pengetua adalah datang dari KPM,JPN atau PPD. Semua warga mesti menyokong dasar kerajaan BN. Tidak ada orang yg berani nak tukar teks ucapan guru besar. Sekali dengar macam dok depan TV1, TV2 atau TV3 sahaja. Kalau siapa siapa yg berani lawan .. please print 1 tiket kapalterbang untuknya ke Sabah / Serawak kau .. maukau? Sila lapor diri 24 jam dari sekarang.
(xix) scholarship luar negara. Sekarang semua pakai sistem meritokrasi. Dengan khabar dari 10 orang calon yg berjaya diinterview oleh JPA . Calon Melayu dapat 4 - 5 biasiswa, pelajar cina 3-4 biasiswa, pelajar india 2 biasiswa. Kalau ada yg lebih.. untuk kerabat/ kroni menterilah .. dan orang Sabah dan Sarawak.
Ha..ha… gitulah laghunya. Why like this? Kalau tuan ikut membaca paper Stars dari tahun 2000 - 2012 , BN dari parti MCA kuat membuat desakan itu dan ini. Mengikut ilmu matematik sub topik carta pie (statistik) .. bila MCA kuat kuat dan semakin kuat hasil perjuangan mantan Menteri Kesihatan YB Chua Sow Lik ( Batu Pahat) .. sudah tentu .. keadaan UMNO dan MIC.. semakin tak kuat dan terus tak kuat. Mengecil ..kata orang matematiks. Menghampiri nilai ‘x’ kepada satu nilai 0. Lagipun .. orang melayu dah terbahagi kpd 4 puak. UMNO, PAS, PKR dan DAP. ini tak termasuk lg dgn geng katak melompat ke sana sini YB dari Pasir Mas itu. Maka ..meritokrasi .. telah mengurangkankan bilangan pelajar melayu yg dapat biasiswa ke luar negara. Syabas orang kito!
Sekian. Ditulis untuk berkongsi kongsi pengalaman dan pemerhatian (kualitatitif research). Biar pelajar-pelajar T3 - T6 sekolah senang sedikit buat karangan BM, Kajian Tempatan atau Kertas Am STPM. Insyallah.
Wallahu aklam
Rujukan;
Mahathir Muhammad (2011). Doctor in the house. Kuala Lumpur: Popular MPH
Nik Aziz Nik Mat (2000). Seri kuliah Pagi pagi Jumaat di Kelab PAS Kota Bharu Kelantan. versi -CD.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/dunia-dulu-dan-dunia-sekarang.html