dunia tinggal tinggalkan
Salam
Satu hari Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan istri dan anaknya Nabi Ismail di satu padang pasir yg gersang. Tak ada orang arab marah pun.
Satu hari anakku meninggalkan isteri dan anak anaknya di negara ini. Dia berangkt keluar negara untuk belajar. 4 tahun lamanya di London.
Tak marah pun famili dekat dan jauh atas tindakan tersebut.
Ada orang India, Pakistan, Bangladesh
Meninggalkan keluarganya bertahun tahun lamanya. Ramai yg miskin.
Dan suami suami macho ini datang ke Malaysia untuk
menjual karpet, tandoori dan mcm mcm.
Tak marah pun dunia IndoPak pada mereka bila isteri dan anak ditinggalkan dalam masa yg begitu lama.
Sekarang di sini
Macam macam orang kata
Tak patut
Tak patut bila
Saya tinggalkan isteri berhari hri
Bila keluar berdakwah. Ada yang berkata saya gila. Merugikan wang dan masa sahaja. Bila maksud akhirat, senang org chap kita sudah gila. Kalau untuk tujuan dunia, semua ok.
Kenapa?
Kalau saya meninggal dunia terus
Bagaimana?
Bukankah ini satu proses
Kita mendidik anak isteri
Bahawa hidup ini pinjam pinjaman?
Saya dipinjamkan untuk mereka.
Bila sampai masa
Saya akan diambil oleh tuhan yg maha esa.
Untuk itu
kita kena bersedia.
kita bersedia untuk berpisah
bukan 3 hari
bukan 40 hari
bukan 4 bulan
tetapi untuk selama lamanya.
untuk itu
bagus kita berlatih sikit sikit
untuk berhadapan dengan satu masa
yg menyayatkan hati. Istri menangis. Anak anak bermata merah kerana menangis.
yes
.tiap tiap kita ditinggalkan. Hendak atau tidak
itulah realiti. Kita ditinggalkan ..
Oleh itu bersedialah.
wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/04/dunia-tinggal-tinggalkan.html