elit cina, india, arab dan melayu 1850 - 1990
Salam
Syukur kita dibangunkan oleh Allah Taala. Bolehlah kita hidup sehari lagi. Insyallah. Mengapa bersyukur? Kerana sudah ada kenalan kenalan kita yang pulang ke rahmatullah semalam. Kita bangun dari tidur dengan doa ' alhamdulilah hil lazi ah ya na ..bak da ma , a ma tana .. wa ilaihin nushur'.
Semalam saya membaca sebuah buku ‘Fortunate sons’ mengenai elit cina 1850- 1890 di Amerika. Bacalah.. sebagai satu perkongsian.
Assimilasi budaya dan kreativiti orang Amerika oleh orang cina
Pada pertengahan tahun 1850 , lebih dari 100 orang pelajar dari Negara cina telah terpilih melanjutkan pengajian pada peringkat menengah rendah hingga ke university di Yale, Amerika Syarikat dan banyak lagi university university terkenal di sana.
Tujuan utama ialah kerajaan Cina pada masa itu .. mahu Negara cina di bangunkan menggunakan teknologi , sains dan kreativiti bangsa amerika berserta dengan pegangan kuat budaya cina dan kesopanan dan tamadun asia. Tetapi sayangnya pelajar pelajar ini balik dengan otak amerika tanpa budaya cina yang kaya sejak turun temurun. Oleh itu terjadilah masalah jati diri kalangan pelajar elit cina ini.
Negara India pun buat begitu tetapi mereka menghantarkan pelajar pelajar mereka di awal 1900 ke Amerika dan United Kingdom. Sejarah membuktikan bahawa bukan satu yang senang untuk seorang pelajar elit untuk berfikiran barat tetapi mempunyai cinta kasih atau jati diri tinggi terhadap Negara asalnya. Masalah ini berlaku kerana segelintir pelajar elit berkhawin dengan rakyat tempatan Amerika atau Great Britain.
Negara arab pun buat begitu pada tahun 1950’an. Mereka berhadapan dengan masalah kahwin campur di mana ramai pilot, tentera dan bijak pandai mereka berkahwin dengan mat salleh mata biru dan hijau. Contoh banyak .. tengok sahajalah Shah of Iran. Tengok Raja Jordan. Bini mereka .. ya habibi kah? Tak ramai orang elit arab mahu berkahwin dengan perempuan arab tempatan. Entahlah mengapa? Mungkin dengan perkahwinan ini cita rasa dan kepandaian mereka boleh meningkat naik dari sehari ke sehari. Mengikut kawan saya berketurunan arab, daging orang Amerika atau Great Britain ini manis , pejal dan everything.
Malaysia pun pada satu masa dahulu 1970- 1990 menghantarkan ramai pelajar melayu elit ke luar Negara. Mengikut kertas kerja asal dari pihak Kementerian , kerajaan mahu membasmikan pengenalan kaum berdasarkan bangsa. Sila rujuk Dasar Ekonomi Baru 1970. Buku terbitan INTAN banyak mengupas pasal penghantaran pelajar pelajar melayu ke luar Negara. Syukurlah ..dengan berkat otak kementerian , ramai melayu menjawat jawatan yang tinggi dari Perdana Menteri Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Razak, Tun Ismail, .. sampailah ke menara gading di mana ramai professor melayu sedang mencurahkan ilmu , pengalaman dan bakti membangunkan negara ini. Khawin campur? Ada tetapi tak ramai .. sebab itulah Negara Malaysia terkenal dalam kalangan Negara Negara arab dan afrika .. dengan nama jolokan Negara Islam terbaik. Mengapa? Ketua ketua pentadbiran Negara ini ramai yang beristeri dengan rakyat tempatan tetapi mempunyai hubungan istana. Untunglah mereka ini. Ketua Menteri Serawak pun lagi untung ,.. ambik orang arab Lebanon. Hebat ..hebat.
Perkara yang mendukacitakan sedikit ialah ada sebilangan orang pandai melayu walaupun sudah bertahun tahun belajar di luar Negara , kebolehan mereka berhujah dan berpidato di hadapan khalayak ramai dalam bahasa inggeris cukup mengecewakan. Tak percaya .. dengarlah cara cara orang orang terkenal kita bercakap inggeris dengan wartawan luar Negara. Masih berbunyi Kelantan, trengganu dan slang jawa. . Kekecualian ialah Tun Mahathir dan DSAI. Tetapi mereka bukan belajar di USA, UK, Ireland pun. So siapa dia hah?
Tetapi mereka selalu menuduh kami yang muda muda ini sudah ketinggalan dalam kebolehan berbahasa inggeris. Mereka kata .. kualiti kurikulum Bahasa Inggeris sudah menurun dari sehari ke sehari. Guru guru kami pada hari ini pun mereka tuduh.. kurang cekap dan macam macamlah. Tetapi mereka tak faham bahawa kami belajar bahasa Inggeris di Pahi , Kelantan sahaja sedangkan mereka belajar Bahasa Inggeris di Tottenham Court Road, London. Nak tahu fasih atau tidak orang kelate . belajar di England .. cuba suruh mereka sebut tempat tadi. Sebut Oxford Street. Bond Street. Bryanston Square, Picadilly Circus, Finsbury Park, Stamford Hills, …, Aldgate East .. Silap silap bunyi totenghen kort rot jah. Mengapa jadi begitu? Adakah mereka takut beristerikan dengan orang orang putih , rambut perang dan mata biru? Jawapan ada di sini. Mereka di luar Negara selalunya mencari satu tempat di mana ramai melayu sana dan sini. Cuba ziarah Birmingham England. Ramai anak melayu di sana. Manchester pun ramai .. mak chik mak chik sibuk car boot shopping tak habis habis .. sebab itu ..ada pak chik gi buat Ph.D balik balik .. bukak beg .. keluar sudu, piring , cawan , novel buruk, seluar bola mendiang George Best di Manchester United .. tetapi beg pak chik tak ada pun Ph.D. Cukup trajik bukan? Mungkin sibuk melayan mak chik mak chik ..mungkin tak bersekolah tinggi kot. he..he
Walaupun begitu, kita patut puji pak chik pak chik melayu ini .. ada cita cita tinggi nak belajar di luar Negara walaupun stamina mental tumpul di tengah-tengah jalan kot. Maaf saya pinta. Ramai yang pulang dan Berjaya menjadi usahawan terbilang . Jual perabut antic dan batu batu permata. Syabasshhh. Saya bangga dengan tuan puan. Ikhlas ni. He..he..
Perkara yang saya tahu ialah.. nak hidup dengan orang putih .. kos menanggung kuda-kuda inggeris bukanlah murah abang ooi. Mereka tak makan nasi goreng ikan bilis kepala besar tau. Belachan kena ganti dengan coklat Cadbury. Mahal tu. Bayangkan setiap hari .. belum lagi kos shopping, musim krismas dan macam macam lagi. O ya .. musim krismas .. kos terbang mak dan pak mertua dari Edinburgh ke Tumpat , Kelantan dan pulang pula ke Scotland ..silap silap kita jugak yang tanggung. Masya allah! SEmasa di sini dia orang tak makan buah mempelam muda dan bercicahkan cuka, belachan dan lada burung. Pedasss..tetapi kita boleh kata kat dia orang ..why not you try? Best pa?
Sekian. Nanti saya buat penutup dan rumusan artikel ini. Insyallah.
Rujukan: Liel Leibovitz dan Mathew Miller. (2011). Fortunate sons. USA: Norton
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/elit-cina-india-arab-dan-melayu-1850.html