Fadhilat berbakti kpd ibu ayah


Update terakhir:

Salam

Orang paling rapat dengan kita ialah ibu dan ayah kita sendiri, bukan?

Tidak ada orang yang paling sayang kepada kita kecuali ibu bapa kita sendiri.

Antara sayang isteri dengan sayang ibu ..  percayalah ..ibu anda lebih menyayangi anda dalam banyak dimensi.  3D  - dunia, didikan dan duka nestapa (susah senang kita harungi bersama).

Begitu juga sayang isteri dgn sayang ayah.  Tak leh lawan.  Why?

Kerana ..

Kerana …

He..he..he..

Oleh sebab itu kita mesti meletakkan prioriti ibu bapa paling teratas sekali dlm senarai ranking manusia manusia yg lain hattta Perdana Menteri sendiri sekali pun..

Fadhilat berbakti kpd ibu ialah:

(i)  kunci syurga ialah redha nya ibu kepada kita dunia dan akhirat.

(ii) air mata ibu .. air mata kasih sepanjang hayat.

Kau masuk universiti ..  ibu ayah yg susah susah ..ikut tak dengar lagu dikir Halim Kelate?

kau masuk penjara pun ..  (na u zubilah )…  emak jugalah yg menangis siang dan malam.

Cantik kau ..ibu yang memuja mu.

Hodohnya kau di mata masyarakat ..  ibu kau juga yg akan mencari mu ..  mengesat wajahmu, membedak muka mu ..kasi cantik cantik ..

Begitulah kasih sayang ibu kepada anaknya ..tak kira melayu,, cina, india, indonesia, myangma…. semua ibu sayang kpd anak anak nya.

payah membesarkan anak.
Zaman sekarang lagi lah payah.

Semua benda berharga cukuplah mahal.
kadang kadang ada ibu bapa hidup tak makan .. berhari hari semata mata menghantarkan duit ke England ..  anak nya tidak  ada biasiswa ..  duit Malaysia sudah semakin kecil.  Bayangkan jika ayah dan ibu setakat menjual buah potong di pintu Jeti Pulau Pinang sahaja.

bnayak manalah duit jualan mereka  sehari hari?

Sekarang ..nak hantar bulan bulan duit cash ke London.

Bila kau dah berjaya..
jangan lupa ibu ayah mu ini.

Biarlah wajah mereka tak secantik menteri menteri di Putrajaya ..   ibu ayah mu itu jugalah yang terlampau banyak berkorban untuk mu siang dan malam.

ingat tu.

  1.  senyum kat mak .. dosa kau diampunkan.

Senang tengok wajah mak ..  sehari hari .. dosa mu banyak diampunkan Allah.  Hiduup mu semakin berkat dan berbahagia.  Yakinlah.

Sekian.

rujukan:

Al Quran nur Kareem.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/fadhilat-berbakti-kpd-ibu-ayah.html